Kesuma Pengerang

Kesuma Pengerang Kelab Beliawanis Kesuma Pengerang ialah NGO berorientasikan kebajikan πŸ’œπŸ’›

25/05/2026
πŸ“¦ Program Bakul kasih Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha24 Mei 2026 (Ahad)8 Zulhijjah 1447HAlhamdulillah, menjelang s...
25/05/2026

πŸ“¦ Program Bakul kasih Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha

24 Mei 2026 (Ahad)
8 Zulhijjah 1447H

Alhamdulillah, menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, Kelab Beliawanis Kesuma Pengerang telah menyalurkan bantuan keperluan dapur kepada golongan yang memerlukan di Flat PPR Punggai, melibatkan penerima daripada kategori fakir miskin, OKU, ibu tunggal serta pesakit sakit kronik.

Penyerahan bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Aidiladha bersama keluarga tercinta. Turut serta wakil dari Majlis Belia Daerah Kota Tinggi En.Muhammad Faris dan sukarelawan pemuda.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan keprihatinan ini mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

β€œBerat sama dipikul Ringan sama dijinjing"


Ahad | 8 Mac 202619 Ramadhan 1447HMajlis Berbuka Puasa Bersama Belia Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh kemeria...
10/03/2026

Ahad | 8 Mac 2026
19 Ramadhan 1447H

Majlis Berbuka Puasa Bersama Belia Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di kediaman rasmi Menteri Besar Johor.

Alhamdulillah Syukur
Kelab Beliawanis KESUMA Pengerang turut hadir memenuhi jemputan bagi memeriahkan majlis yang menghimpunkan penyertaan golongan belia dari pelbagai daerah di seluruh negeri Johor.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia, malah turut memberi ruang untuk saling bertukar pandangan serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membangunkan komuniti belia. Semoga program seperti ini terus menjadi wadah yang bermanfaat dalam menyatukan belia serta memupuk nilai perpaduan dan ukhuwah. ✨




Ahad | 8 Mac 2026 18 Ramadhan 1447HProgram Bubur Lambuk Muafakat Orang Muda MadaniAlhamdulillah Kelab Beliawanis KESUMA ...
10/03/2026

Ahad | 8 Mac 2026
18 Ramadhan 1447H

Program Bubur Lambuk Muafakat Orang Muda Madani

Alhamdulillah Kelab Beliawanis KESUMA Pengerang dapat turut serta dalam Program Bubur Lambuk yang dianjurkan melalui usaha sama Persatuan Belia Sepakat Kampung Gambut, Kelab Belia Tanjung Sedili dan Surau Al-Falah.

Program ini berjaya menyediakan dan mengedarkan sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk kepada masyarakat setempat sebagai tanda kebersamaan serta menyemarakkan semangat berkongsi rezeki, khususnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Semoga usaha semua pihak dalam menjayakan agihan bubur lambuk ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah dapat memupuk semangat kebersamaan, kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.



Salam Nuzul Al-Quran. Semoga keberkatan Al-Quran sentiasa menerangi hati dan kehidupan kita. Jadikan Al-Quran sebagai pa...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran. Semoga keberkatan Al-Quran sentiasa menerangi hati dan kehidupan kita. Jadikan Al-Quran sebagai panduan, penenang jiwa dan cahaya dalam setiap langkah kehidupan.

Happy chinese New Year.
16/02/2026

Happy chinese New Year.

30/03/2025

Address

Pengerang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesuma Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kesuma Pengerang:

Share