22/08/2026
π¦ PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH PENDANG SIRI 1/2026 πͺπ»π²πΎ
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Pendang Siri 1 Tahun 2026 yang memberi fokus kepada Kempen Pencegahan Nyamuk Aedes.
π
21 Ogos 2026 (Jumaat)
β° 8.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Masjid Nurul Ihsan, Kariah Kampung Paya Rawa, Pendang
Program ini menghimpunkan golongan belia dan komuniti setempat dalam usaha bersama menjaga kebersihan persekitaran serta mencegah pembiakan nyamuk Aedes.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk gotong-royong, pemeriksaan kawasan, pembersihan tempat berpotensi menjadi pembiakan Aedes serta hebahan kesedaran kepada komuniti.
π Belia bukan sekadar penerima perubahan, tetapi penggerak perubahan.
Terima kasih kepada semua sukarelawan, komuniti setempat, urusetia dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan dan kepedulian terhadap komuniti terus subur dalam kalangan anak muda Pendang. π€π»
Rakan Muda | Sukarelawan | Komuniti | Malaysia MADANI π²πΎ
Taufiq Johari