Pertubuhan Seni Silat Jawa Kraton, Pendang, Kedah

Pertubuhan Seni Silat Jawa Kraton, Pendang, Kedah "Pertubuhan Perguruan Seni Silat Jawa Kraton Malaysia (PASJAK) – sebuah wadah pewarisan ilmu silat warisan Jawa berteraskan adab, seni, dan perjuangan.

Membina jati diri, memperkukuh persaudaraan, dan memartabatkan warisan bangsa."

Selamat Hari Guru..Terima Kasih Tuan Guru Utama Hazwan Hassan curahkan ilmu kepada kami semua anak2 jawa kraton..semoga ...
17/05/2026

Selamat Hari Guru..Terima Kasih Tuan Guru Utama Hazwan Hassan curahkan ilmu kepada kami semua anak2 jawa kraton..semoga ukhwah dan pertubuhan ini sentiasa di dalam rahmat Allah..amin..

21/04/2026

YBhg Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Datuk/Datin/Prof/Dr./Mr./Mrs/Ms,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Muzium Pengurusan UUM, Universiti Utara Malaysia akan menganjurkan satu program bicara “Keris Melayu sebagai Karya Seni : Estetika, Falsafah dan Martabat” disampaikan oleh Dr. Maulana Al-Fin Che Man, Pensyarah Kanan Unit Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM.

🗓 Tarikh : 28 April 2026 (Selasa)
🕒 Masa : 2.30 petang – 4.00 petang
🌀 Tempat : Pentas Utama, Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM
📍 Platform : Laman Sosial Media Rasmi PSB (Facebook, Youtube dan Tiktok)

Terbuka kepada semua dan e-sijil turut disediakan.

Link pendaftaran juga disediakan :

https://forms.gle/K8uoiVzxQ5Gaju996

Pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput semua yang berminat untuk turut serta dalam program bicara ini. Penyertaan dan sokongan pihak tuan/puan amat kami hargai dan diharap dapat memeriahkan lagi program ini.

📱Sebarang pertanyaan? Hubungi Cik Nur Darina Khairil Anwar di 04-928 3671

Penyertaan anda amat dialu-alukan.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Maaf Zahir dan Batin.Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan ...
20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua. Moga ukhuwah yang terjalin terus kukuh, serta semangat persaudaraan dalam perjuangan seni silat sentiasa mekar dan diberkati.

Ikhlas daripada:
Pertubuhan Seni Silat Jawa Kraton Negeri Kedah (PASJAK)
Guru Utama: Hazwan Hassan

03/01/2026

Gimik Perasmian Majlis Laskar Sedulur Pendang 2026 "Keris Ladrang Warisan Jawa"

Majlis Laskar Sedulur Pendang 2026
03/01/2026

Majlis Laskar Sedulur Pendang 2026

11/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh hormat, pihak Urusetia menjemput Tuan/Puan menghadiri Majlis Laskar Sedulur Pendang 2026
Klik Borang Penyertaan: https://forms.gle/9f7h52PkSE9C1PNXA

07/12/2025

Jom dengar Lagu "LASKAR SEDULUR PENDANG 2026" insyaallah..semoga Allah permudah segala urusan semua team..Seni Silat Jawa Kraton, Seni Silat Warisan Pusaka & Seni silat Silat Garuda bagi menjayakan majlis ini tahun hadapan..

Jom kita ramai-ramai..pakat pi...
01/10/2025

Jom kita ramai-ramai..pakat pi...

Lapan sarjana dan pakar bakal berkumpul pada 9 November 2025 di Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 (KOSSMA25), bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia. Konvensyen ini membawa perspektif luas yang merentasi disiplin dan zaman. Dari kajian teks klasik, falsafah gerakan, sosiologi budaya, hingga aplikasi kontemporari dalam dokumentasi dan konservasi, setiap pembentangan dijangka membuka horizon baharu tentang seni silat Melayu - bagaimana ia difahami, diamalkan, dan dilestarikan.

Konvensyen ini bukan sekadar pentas untuk membaca kertas kerja. Ia adalah medan wacana di mana ilmu diuji, diperluas, dan dibahas secara konstruktif. Para peserta akan menyaksikan bagaimana tradisi turun-temurun bertemu dengan analisis moden, merangka pemahaman yang lebih mendalam dan relevan di pentas antarabangsa.

Lebih daripada sekadar kesinambungan sejarah, KOSSMA25 mencipta momentum baharu: merapatkan jurang antara dunia akademik dan praktikal silat, memperteguhkan warisan budaya sambil menyemarakkan kreativiti dan inovasi generasi masa hadapan.





Terima kasih banyak kepada Seni Silat Kuntau Tekpi atas jemputan ke Majlis Perasmian Gelanggang di Kampung Charok Gua, S...
23/09/2025

Terima kasih banyak kepada Seni Silat Kuntau Tekpi atas jemputan ke Majlis Perasmian Gelanggang di Kampung Charok Gua, S*k. Alhamdulillah dapat hadir sama dalam majlis ni, rasa bertuah dapat bersama. Moga gelanggang baru ni jadi tempat lahirnya anak-anak silat yang hebat, terus hidupkan warisan kita, dan mengeratkan lagi ukhuwah serta silaturahim antara perguruan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada DSSM Kedah atas jemputan yang penuh bermakna ke Program Ek...
23/09/2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada DSSM Kedah atas jemputan yang penuh bermakna ke Program Ekspresi Pancarona Dasawarna pada 13 September 2025 bertempat di Dewan Ibrahim Sofiah, Tobiar, Pendang, Kedah. Semoga jalinan ukhuwah seni dan budaya ini terus subur, menjadi wahana penyatuan serta pemangkin kecemerlangan bersama.
https://photos.app.goo.gl/fvY7iMW9DFkhXsiQA

Address

Kg. Pulau Macang, Mukim Air Puteh
Pendang
06700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Jawa Kraton, Pendang, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Seni Silat Jawa Kraton, Pendang, Kedah:

Share