10/01/2026
✨ KEM SOLAT 2026 KAMPUNG BATU HAMPAR ✨
Alhamdulillah, Kem Solat 2026 Kampung Batu Hampar telah melabuhkan tirainya kelmarin dengan jayanya hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada para penganjur, urusetia, fasilitator, sukarelawan serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan sepanjang program berlangsung. Pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan demi memberi kefahaman dan penghayatan tentang solat kepada para peserta.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, dan moga anak-anak ini membesar menjadi anak soleh dan solehah, berakhlak mulia serta dekat dengan Allah SWT. 🤲
Terima kasih semua. 🌸