Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri Pendang

Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri Pendang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri Pendang, Community Center, Kampung Batu Hampar, Pendang.

Berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia

No Pendaftaran : (PPM-038-02-03072025)

Terbuka kepada penduduk beralamat Kampung Batu Hampar Kiri

Untuk pendaftaran sila hubungi:
Sharulhizat - 0194428017
Faiz - 0103781301
Muzammir - 01155068635

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™Pihak Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri ingin mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfi...
20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ๐ŸŒ™

Pihak Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk Kampung Batu Hampar Kiri.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Berhati-hati di jalan raya dan semoga semua pulang ke kampung halaman dengan selamat โค๏ธ

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

10/03/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ ๐‘๐„๐™๐„๐Š๐ˆ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐Ÿคฒโœจ

Pada hari ini telah berlangsung Program Kongsi Rezeki Ramadan 2026 anjuran Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri. Program ini bertujuan membantu golongan warga emas, ibu tunggal serta golongan yang berkelayakan, melalui pemberian bantuan barangan keperluan dapur sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Bantuan telah disampaikan oleh Encik Khairil Bin Abdul Hamid, selaku Biro Keselamatan, yang mewakili barisan Ahli Jawatankuasa persatuan.

Pihak persatuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SDA SHOPPE serta para penyumbang lain yang telah memberikan sumbangan dan sokongan bagi menjayakan program ini pada tahun ini.

Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini diberkati serta menjadi amal kebajikan yang berpanjangan. ๐Ÿคฒ

๐๐„๐๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ ๐‘๐Ž๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐ŒPada 30.1.2026 telah berlangsungnya satu Mesyuarat Bersama Penduduk Kampung Batu Hampar Kir...
17/02/2026

๐๐„๐๐”๐๐”๐‡๐€๐ ๐’๐Š๐”๐€๐ƒ ๐‘๐Ž๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐Œ

Pada 30.1.2026 telah berlangsungnya satu Mesyuarat Bersama Penduduk Kampung Batu Hampar Kiri bagi membincangkan isu keselamatan kampung yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Hasil perbincangan dan persetujuan bersama, penduduk telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Skuad Rondaan Malam sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko kecurian serta menjaga keselamatan harta benda penduduk.

Penubuhan skuad ini adalah hasil semangat kerjasama dan keprihatinan komuniti dalam memastikan kampung kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Pihak persatuan amat mengalu-alukan sokongan dan komitmen semua penduduk bagi menjayakan usaha murni ini demi kesejahteraan bersama.

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

๐–๐„ โค๏ธ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐€๐“๐” ๐‡๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐Š๐ˆ๐‘๐ˆMerupakan hasil sentuhan kreatif barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Komuniti Kampung Batu...
29/01/2026

๐–๐„ โค๏ธ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐€๐“๐” ๐‡๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐Š๐ˆ๐‘๐ˆ

Merupakan hasil sentuhan kreatif barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri bersama penduduk kampung yang berganding bahu dan bergotong-royong menyiapkannya.

Inisiatif ini bukan sekadar menceriakan persekitaran, malah melambangkan semangat perpaduan, kebersamaan dan rasa cinta terhadap kampung halaman. Diharapkan usaha kecil ini dapat memberikan imej kampung yang lebih menarik, kemas serta menjadi kebanggaan bersama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Bersama kita jayakan, bersama kita bangunkan kampung tercinta. ๐ŸŒฟ๐Ÿค

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

25/01/2026

๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

Dengan ini dimaklumkan bahawa berikut adalah Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri bagi sesi 2026/2027.

Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada barisan jawatankuasa yang telah dilantik. Diharapkan kepimpinan ini dapat melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan penuh komitmen, integriti dan kerjasama demi kesejahteraan serta kemajuan komuniti Kampung Batu Hampar Kiri.

Terima kasih atas sokongan berterusan daripada semua pihak.

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

โœจ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š & ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰  ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‘๐„๐‰๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡โœจSempena memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj, kami ingin mengajak seluruh...
16/01/2026

โœจ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐‘๐€๐Š & ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‰ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‘๐„๐‰๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡โœจ

Sempena memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj, kami ingin mengajak seluruh warga komuniti untuk bersama-sama menghayati perjalanan luar biasa Rasulullah ๏ทบ yang penuh dengan pengajaran, khususnya kewajipan solat sebagai tiang agama.

Semoga peristiwa ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh iman, memperbaiki amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya.

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ๐ŸŒ™Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, keberkatan serta kesejahteraan bua...
31/12/2025

๐ŸŒ™โœจ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โœจ๐ŸŒ™

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, keberkatan serta kesejahteraan buat kita semua.

Insya-Allah, pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan akan dianjurkan sepanjang tahun 2026 demi manfaat komuniti setempat.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan kepada kami.
Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan diberkati.

30/12/2025

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐€๐‚๐Š ๐“๐Ž ๐’๐‚๐‡๐Ž๐Ž๐‹ โ€œ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€

Program ini merupakan satu inisiatif Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri bagi membantu penduduk kampung serta meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan bagi memulakan sesi persekolahan 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja utama iaitu Yayasan Sultanah Bahiyah, THB Sdn. Bhd., SDA Shoppe, Wafi Holiday,Lembaga Zakat Negeri Kedah serta Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang.

Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang lain yang turut sama menyumbang dan menjayakan program ini pada tahun ini.

Semoga segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐–๐€๐‡ ๐’๐‡๐€๐ˆ๐…๐”๐‹ ๐๐ˆ๐™๐€๐ŒPersatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri telah selesai menyerah...
24/11/2025

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐–๐€๐‡ ๐’๐‡๐€๐ˆ๐…๐”๐‹ ๐๐ˆ๐™๐€๐Œ

Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri telah selesai menyerahkan kutipan sumbangan sebanyak RM1065 kepada isteri arwah Shaiful Nizam, yang telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Kutipan sumbangan ini adalah hasil keprihatinan penduduk Kampung Batu Hampar Kiri yang sama-sama menyumbang bagi meringankan beban isteri dan anak-anak arwah.

Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Komuniti, Encik Sharulhizat bin Hassan Zainol.

Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sokongan. Semoga amal kebajikan ini menjadi pahala berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐€๐‚๐Š ๐“๐Ž ๐’๐‚๐‡๐Ž๐Ž๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri kini sedang mengumpul sumbangan...
20/11/2025

๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐€๐‚๐Š ๐“๐Ž ๐’๐‚๐‡๐Ž๐Ž๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri kini sedang mengumpul sumbangan bagi program Back To School 2026, khusus untuk membantu anak-anak keluarga asnaf & B40 mendapatkan pakaian sekolah yang lengkap bagi sesi persekolahan akan datang.

Sumbangan anda mampu memberi semangat dan senyuman kepada anak-anak kita untuk memulakan tahun baru dengan lebih yakin.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Setiausaha Kami Encik Mohd Faiz di talian 010-3781301

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Terima kasih atas sokongan semua.

05/11/2025

๐†๐จ๐ญ๐จ๐ง๐ -๐‘๐จ๐ฒ๐จ๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐‡๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ซ ๐Š๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Alhamdulillah, selesai sudah Program Gotong-Royong Perdana Kampung Batu Hampar Kiri yang telah diadakan pada 5 November 2025.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk kampung, ahli jawatankuasa yang hadir dan bersama-sama mengerah tenaga menjayakan program pada kali ini.

Semoga semangat kerjasama dan perpaduan ini terus kekal dalam memelihara kebersihan serta keharmonian kampung kita tercinta. ๐Ÿก

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

02/11/2025

๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐๐€๐’๐‚๐€ ๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Misi bantuan pasca banjir bagi membantu penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut. Bantuan ini merangkumi sumbangan barangan keperluan asas serta sokongan moral kepada keluarga yang terlibat. Diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk kampung dan memulihkan semangat mereka๐Ÿ˜€

โ€œ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’“ ๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’‰๐’•๐’†๐’“๐’‚,๐‘ด๐’–๐’‚๐’‡๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’Ž๐’‚โ€

Address

Kampung Batu Hampar
Pendang
06700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Komuniti Kampung Batu Hampar Kiri Pendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share