Kelab Komuniti Dan Kebajikan Guar Kepayang

Kelab Komuniti Dan Kebajikan Guar Kepayang (PPM-026-02-04032024)

Berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Terbuka kepada penduduk beralamat Mukim Guar Kepayang.

Untuk pendaftaran sila hubungi:
Pali - 014 9090 701
Zainol Saad - 019 408 3278
Ustaz Mad - 012 221 8262

25/05/2026

🌿 GOTONG-ROYONG KUBUR BESAR GUAR KEPAYANG 🌿

πŸ’° Kempen RM1 Seorang
Dana sebanyak RM5,000 diperlukan bagi menampung kos jentera dan perbelanjaan lain.

πŸ“Š Dana terkumpul setakat ini: RM2,312

πŸ—“οΈ Sabtu | 13 Jun 2026
πŸ“ Kubur Besar Guar Kepayang

Semua penduduk dan anak kariah dijemput hadir bagi menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan serta pembinaan jalan baharu di kawasan tanah perkuburan.

🀝 Sumbangan tenaga dan kewangan amat dialu-alukan.

πŸ“² Sumbangan tunai:
Boleh scan QR DuitNow yang disediakan atau serahkan kepada mana-mana AJK Biro Tanah Wakaf Kubur Masjid Guar Kepayang.

πŸ“ž Maklumat lanjut:
014-909 0701 (Fadhli Issa)

Semoga setiap sumbangan dan usaha yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🀲

πŸ“Œ Disclaimer: Akaun media sosial Kelab Komuniti dan Kebajikan Guar Kepayang digunakan bagi tujuan hebahan dan promosi program komuniti serta kebajikan sahaja. Segala kutipan adalah khusus untuk program yang dinyatakan.

11/05/2026

🌿 Gotong-Royong Perdana Kubur Besar Guar Kepayang 🌿

πŸ“… Sabtu | 13 Jun 2026

Semua penduduk dan anak kariah dijemput hadir bagi menjayakan gotong-royong perdana untuk membersihkan kawasan serta membina jalan baharu di sekeliling tanah perkuburan.

πŸ› οΈ Mohon bawa bersama:
βœ”οΈ Chainsaw
βœ”οΈ Parang
βœ”οΈ Dan peralatan yang bersesuaian

πŸ› Jamuan disediakan untuk semua yang hadir.

πŸ’° Dana awal sebanyak RM5,000 diperlukan bagi menampung kos jentera dan perbelanjaan lain.

🀲 Sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi:
πŸ“ž En. Osman Nadzri – 013-508 4979
πŸ“² Atau scan kod QR yang disediakan.

Setiap sumbangan tenaga dan kewangan amat dihargai dan insya-Allah menjadi amal jariah yang berterusan.

πŸ“Œ Disclaimer: Akaun media sosial Kelab Komuniti dan Kebajikan Guar Kepayang digunakan bagi tujuan hebahan dan promosi program komuniti serta kebajikan sahaja. Segala kutipan adalah khusus untuk program yang dinyatakan.

19/03/2026

Alhamdulillah, Program Ihya’ Ramadan 2026 telah selesai dengan jayanya.

Sepanjang program ini, pelbagai pengisian telah dilaksanakan seperti tadarus kanak-kanak, tadabbur, iftar, qiamullail, edaran bubur lambuk secara percuma serta bantuan Ramadan kepada golongan kurang berkemampuan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang serta anak kariah yang sama-sama berganding bahu menjayakan program ini.

Penghargaan khas kepada Timbalan Perdana Menteri dan Bank Muamalat sebagai antara penyumbang utama, serta Masjid Al-Fathoniyah atas penyediaan tempat.

Semoga segala kebaikan dan sumbangan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda 🀍

27/02/2026

Ucapan daripada Tuan Pengerusi, Kelab Komuniti Dan Kebajikan Guar Kepayang sempena agihan sumbangan Ramadan yang telah disumbangkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad kepada warga emas berkeperluan khas sekitar kariah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bank Muamalat atas kepercayaan serta sumbangan yang diamanahkan. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran berlipat ganda di bulan yang mulia ini πŸŒ™βœ¨

27/02/2026

Alhamdulillah 🀲🏻✨

Program agihan sumbangan Ramadan telah berjaya disempurnakan hasil kerjasama antara Bank Muamalat Malaysia Berhad, Kelab Komuniti & Kebajikan Guar Kepayang dan Masjid Al Fathoniyah.

Seramai 26 warga emas berkeperluan khas sekitar kariah Guar Kepayang telah disantuni dalam agihan yang berlangsung dari jam 9.20 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab keberkatan dan rahmat Allah SWT buat kita semua di bulan yang mulia ini πŸŒ™βœ¨

Terima kasih khusus buat pihak Bank Muamalat atas sumbangan wang tunai yang telah diamanahkan untuk disampaikan.

Semoga lebih ramai terus diberi peluang untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan ❀️

28/12/2025

Alhamdulillah, Agihan Zakat Bantuan Kelengkapan Persekolahan Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Program ini diadakan bagi meringankan beban keluarga asnaf serta membantu anak-anak memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih bersedia.

Agihan ini bukan sekadar bantuan berbentuk material, malah menjadi tanda keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam menyokong pendidikan generasi akan datang. Setiap sumbangan yang diterima amat bermakna dan memberi impak besar kepada penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang zakat serta semua penyumbang lain yang telah menghulurkan sumbangan, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran dan keberkatan oleh Allah SWT. 🀲

GOTONG-ROYONG KUBUR BESAR & KUBUR KECIL GUAR KEPAYANGAssalamualaikum semua 🌿Kami menjemput seluruh anak kariah & warga k...
06/12/2025

GOTONG-ROYONG KUBUR BESAR & KUBUR KECIL GUAR KEPAYANG

Assalamualaikum semua 🌿

Kami menjemput seluruh anak kariah & warga kampung untuk turun padang bersama dalam program gotong-royong membersihkan Kubur Besar & Kubur Kecil Guar Kepayang.

πŸ—“ Jumaat | 19 Disember 2025
⏰ 8.00 pagi
πŸ“ Kawasan Kubur Besar & Kubur Kecil Guar Kepayang

Sumbangan wang tunai atau tajaan makanan amat dialu-alukan.
πŸ“ž Hubungi: En. Osman Nadzri – 013-5084979

Mari sama-sama kita hidupkan amalan kebajikan dan jaga tanah perkuburan warisan kita.

Kehadiran anda semua sangat dihargai. Terima kasih!

08/09/2025

✨ [Part 3] Karnival Cinta Rasul ✨

Majlis diteruskan pada sebelah petang dengan pelbagai pengisian menarik. Antaranya ialah pertandingan hafazan, pertandingan mewarna, pertandingan azan, serta kuiz tentang Nabi ο·Ί yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta.

Aktiviti ini bukan sahaja mencungkil bakat generasi muda, malah menjadi wadah untuk mendidik serta memupuk kecintaan kepada Islam dan Rasulullah ο·Ί sejak dari usia kecil.

Suasana meriah dengan sorakan, sokongan dan gelak tawa para peserta serta para penyokong yang hadir.

08/09/2025

✨ [Part 2] Karnival Cinta Rasul ✨

Majlis bermula dengan perarakan selawat yang disertai oleh penduduk kampung serta para pelajar sekolah, menyemarakkan suasana penuh syahdu dan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί.

Selesai perarakan, majlis diteruskan dengan bacaan kitab Syamail Muhammadiah oleh Dr. Akli bin Ahmad, Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul Aman, yang menambah keberkatan dan nilai ilmu dalam suasana penuh hormat.

Suasana majlis bertambah indah dengan penglibatan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur. Kehadiran anak muda, golongan ibu bapa, malah warga emas membuktikan kecintaan kepada Rasulullah ο·Ί terus mekar dalam jiwa umat Islam.

Selain itu, program turut mendapat sambutan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang hadir membuka pameran, menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma serta ruang derma darah, sekaligus menjadikan majlis ini lebih bermanfaat dan meriah.

πŸŒ™βœ¨ FORUM PERDANA SEMPENA MAULID NABI SAW βœ¨πŸŒ™πŸ’š Karnival Cinta Rasul 1447H πŸ’šπŸ“– Tajuk istimewa: β€œAndainya Rasulullah Masih Ad...
04/09/2025

πŸŒ™βœ¨ FORUM PERDANA SEMPENA MAULID NABI SAW βœ¨πŸŒ™
πŸ’š Karnival Cinta Rasul 1447H πŸ’š

πŸ“– Tajuk istimewa: β€œAndainya Rasulullah Masih Ada”

πŸ“… Tarikh: 6 September 2025 / 13 Rabiulawal 1447H
⏰ Masa: 9.00 – 11.00 malam
πŸ“ Lokasi: Perkarangan Masjid Al-Fathoniyah, Guar Kepayang, Pendang

πŸŽ™ Panel Jemputan:

🎀Panel 1 : Ustaz Yaakob Yusra
🎀Panel 2 : Miss Aliya
πŸ‘€ Moderator : Ustaz Ridhauddin

✨ Malam penuh ilmu & pengisian rohani ini akan membicarakan bagaimana kita boleh mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan moden yang penuh cabaran.

Mari sama-sama kita hadir, isi hati dengan kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, hidupkan sunnah baginda, dan eratkan ukhuwah sesama kita.

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang! Hebahkan & ajak keluarga serta sahabat handai. 🌸
πŸ’š Jom pakat mai ramai-ramai πŸ’š

Address

Guar Kepayang
Pendang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Komuniti Dan Kebajikan Guar Kepayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Komuniti Dan Kebajikan Guar Kepayang:

Share