29/01/2026
๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐งก 28 Januari 2026 (Rabu)
๐ 8.00 pagi
๐ Tasik Pendang
Program Plog & Picnic @ Tasik Pendang anjuran Majlis Daerah Pendang (MDP) dengan penglibatan dari ahli PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PENDANG juga diadakan bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar dalam kalangan komuniti setempat. Program ini menggabungkan aktiviti plogging (berjoging sambil mengutip sampah) dan aktiviti santai berkelah.
Penganjur turut memaklumkan bahawa para peserta dialu-alukan membawa makanan sendiri untuk aktiviti berkelah. Bagi menyokong kelancaran aktiviti pembersihan, plastik sampah dan sarung tangan akan disediakan oleh pihak penganjur.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Program seumpama ini wajar diteruskan sebagai usaha berterusan dalam membentuk komuniti yang sihat, prihatin dan bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.