Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Pendang Kedah - Pelangi

Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Pendang Kedah - Pelangi PELANGI adalah sebuah persatuan yang berdaftar dengan ROS dengan no pendaftaran PPM-019-02-25012012.

Matlamat utama adalah untuk memperkasakan ibu tunggal khususnya dan wanita amnya dari segi Ekonomi, Sosial dan Emosi melalui pelbagai cara dan sumber.

Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 telah diadakan pada 7.4.26 (Selasa) bertempat di Perpustakaan Dig...
11/04/2026

Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 telah diadakan pada 7.4.26 (Selasa) bertempat di Perpustakaan Digital Kedah.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah.
Dengan Tema Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.

Program dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah Puan Hajah Arni Nadhirah binti Abd Hadi.

Dihiasi dengan Forum bertajuk: Wanita Kreatif, Duit Aktif. Forum dikemudikan oleh Prof. Madya Dr Sarah sabir Ahmad. Menampilkan Ilmuan tersohor dari UITM Sungai Petani, Prof. Madya Dr. Azfahanee Zakaria dan Puan Nor Azura Abdullah, Usahawan berjaya Jenama The Batik Craft.

PELANGI telah menghantar 5 orang wakil untuk menyertai Sambutan Hari Wanita ini. Mengutip sedikit ilmu untuk bagaimana cara bagi memohon Geran Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP), di mana kami telah diberi taklimat mengenai ini oleh Timbalan Pengarah PPWN, Puan Jamilah binti Hj. Mohd. Salleh.

T. Kasih Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah kerana telah menjemput kami. Kami tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.

4.4.26 (Sabtu), bertempat di Dewan Taman Seri Seberang, PELANGI telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ba...
05/04/2026

4.4.26 (Sabtu), bertempat di Dewan Taman Seri Seberang, PELANGI telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1447h. Walaupun ramai yang tidak dapat bersama, namun suasana tetap meriah. Penduduk komuniti setempat sudi hadir memeriahkan majlis. Majlis juga dihadiri oleh Team MRA Kedah dan MRA Pendang.
Jutaan terima kasih atas kehadiran semua.

Kepada barisan AJK PELANGI dan Ahli-Ahli PELANGI sekelian, sokongan anda semua dengan membawa berbagai juadah untuk dinikmati bersama amatlah dibanggakan.

Kita sama-sama menyerikan majlis kita seadanya. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Terima Kasih.

1 Ramadhan 1447H (Hari Khamis) bersamaan 19.2.2026, PELANGI sekali lagi mengadakan Program Mengacau Bubur Lambuk buat ju...
19/02/2026

1 Ramadhan 1447H (Hari Khamis) bersamaan 19.2.2026, PELANGI sekali lagi mengadakan Program Mengacau Bubur Lambuk buat juadah berbuka.

Terima Kasih. Ramai yang memberi sumbangan untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah, memberi makan kepada orang berbuka puasa besar ganjarannya.

Hanya kepada Allah kita menyembah dan hanya kepadanya kita meminta. Meminta Allah ampunkan segala dosa-dosa dan Allah terima amalan baik kita.

Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada kita semua, ibu-ibu tunggal yang berjiwa kental.

Selamat meneruskan ibadah puasa dan beramal dengan penuh tenaga.

Kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan masaalah kesihatan, kami semua panjatkan doa agar Allah segera berikan kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan. Aamiin.

7.2.26 (Sabtu) PELANGI telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 14. Alhamdulillah, Mesyuarat berlansung mengikut sepe...
18/02/2026

7.2.26 (Sabtu) PELANGI telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 14. Alhamdulillah, Mesyuarat berlansung mengikut seperti yang dirangka. Perjumpaan Tahunan amat menyeronokkan. Terjalin ikatan Silatul-Rahim antara kita. Walaupun antara kita telah bertambah usia, tapi masing-masing tetap berazam untuk PELANGI dapat terus memancarkan sinarnya.

Bicara Agama kita pada kali ini, disampaikan oleh AJK kita sendiri, Ustazah Mdehaiyah binti Ahmad. Banyak ilmu berguna dicurahkan untuk kita amal bersama, lebih-lebih lagi kita akan menyambut Ramadhan yang Mulia. Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati kita semua.

Terima Kasih kepada semua AJK dan Ahli-Ahli PELANGI yang saling mendokong sesama kita.

Kita jumpa lagi sekali pada 1 Ramadhan 1447H untuk Mengacau Bubur Lambuk pulak.

Hari ini 24.12.25 (Rabu) Saya Latifah, Halimaton dan Norishah yang menggalas tugas sebagai Pembantu Pelindung Kanak-Kana...
24/12/2025

Hari ini 24.12.25 (Rabu) Saya Latifah, Halimaton dan Norishah yang menggalas tugas sebagai Pembantu Pelindung Kanak-Kanak Daerah Pendang telah menghadiri Program “KENALI MEREKA: FAHAMI TUGAS KITA” DAERAH PENDANG TAHUN 2025, yang diadakan seperti berikut:
*Rumah Kanak-kanak, Kuala Kangsar dan Sekolah Tunas Bakti, Taiping*

Program ini adalah anjuran Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Taman Seri Mas, Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Sg. Tiang, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Pendang dengan Kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang.

Sejak dilantik sebagai Pembantu Pelindung Kanak-Kanak Daerah Pendang, mewakili PELANGi, hari ini baru diberi peluang untuk menyertai Program yang penuh bermakna ini.

Terima kasih PKMD Pendang.

Assalamualaikum.  Untuk makluman, ramai ahli-ahli kita yang mencapai umur emas telah turut menjadi ahli Kelab Warga  Ema...
16/12/2025

Assalamualaikum. Untuk makluman, ramai ahli-ahli kita yang mencapai umur emas telah turut menjadi ahli Kelab Warga Emas Pendang dan menjalani aktiviti kelab di PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas). Setiap tahun PAWE Pendang menjalankan aktiviti Bermain Bowling di Aman Central. Jadi saya rakamkan peristiwa semalam 15.12.25 (Isnin). Salah satu aktiviti kesihatan Warga Emas Pendang. Jom kita main bowling.

Pada 27.11.25, AJK PELANGI telah menghadiri Majlis Jamuan Amal Sentuhan Kasih Bersama Anak-Anak Istimewa Anjuran Pertubu...
29/11/2025

Pada 27.11.25, AJK PELANGI telah menghadiri Majlis Jamuan Amal Sentuhan Kasih Bersama Anak-Anak Istimewa Anjuran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) NurBistari, bertempat di Dewan Cenderawasih Pendang.

Program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada komuniti untuk turut menyumbang kepada kebajikan anak-anak OKU.

Alhamdulillah, walaupun sedikit sumbangan yang diberi, namun bagi mereka amat bermakna.

Semoga anak-anak istimewa ini, terbela masa depan mereka seperti mana juga anak-anak lain. In Syaa Allah.

Berikut sorotan aktiviti pada 18.11.25 di UUM.  Semoga impian menjadi kenyataan.
19/11/2025

Berikut sorotan aktiviti pada 18.11.25 di UUM. Semoga impian menjadi kenyataan.

19/11/2025

18.11.25 (Selasa)
merupakan hari bersejarah bagi PELANGI, kerana Mejar Profesor Madya Dr. Farizal bin Rajimi dari UUM yang telah sudi menerima kunjungan hormat PELANGI secara tidak rasmi ke School of Technology Management and Logistic (STML ) UUM untuk berkenalan dan memberi penerangan ringkas mengenai projek EZEE DIY Aquaponics Automation Systems ( EDAAS)

https://www.facebook.com/share/p/1JtTzENWhk/

Projek ini menggabungkan pemeliharaan ikan dan pada masa yang sama juga dapat menghasilkan sayuran dengan mengunakan sistem dan rekabentuk yg dicipta khusus oleh STML yang mana diterajui oleh Mejar Profesor Madya Dr Farizal bermula pada tahun 2021.

Ini adalah salah langkah UUM untuk membantu memperkasakan ekonomi komuniti setempat sebagai pilihan untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan. Sehingga kini sebanyak 60 sets Aquaponics ini telah diberikan kepada komuniti,sekolah,koperasi di seluruh Malaysia melalui bantuan pelbagai geran yang diterima dari kerajaan.

Selesai penerangan, kami dibawa melawat contoh projek aquaponics dan penanaman padi basmathi dan padi biasa.

Kami juga dibawa melawat projek aquaponics Makteh di Perkampungan Rumah Traditional di Sintok. Makteh merupakan salah seorang penerima set aquaponics yang terawal. Di sana kami dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana Makteh yang telah 4 tahun mengusahakan projek aquaponics ini. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari Dr Farizal dan team, beliau berjaya menjadi usahawan dengan menjual pelbagai jenis makanan termasuk pekasam RTE ( Ready To Eat) yang dihasilkan dari ikan yang dibela di dalam tangki aquaponics ini di samping membuat jualan sayuran segar yang dihasilkan dari penggunaan sistem aquaponics ini.

PELANGI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Farizal dan UUM yang telah memberi peluang dan tunjuk jalan untuk membantu masyarakat amnya dan kepada ibu tunggal khususnya untuk menambahkan sumber pendapatan keluarga.

Besarlah harapan Pelangi agar peluang ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli yang betul-betul berminat untuk menjalankan projek ini dan mencontohi usahawan seperti Makteh .

Assalamualaikum. Pada hari Sabtu 15.11.25 telah berlangsung Program Mosque Care, bertempat di Masjid Ubudiah Kampung Sen...
17/11/2025

Assalamualaikum.
Pada hari Sabtu 15.11.25 telah berlangsung Program Mosque Care, bertempat di Masjid Ubudiah Kampung Senara.

Program ini adalah Anjuran Pertubuhan Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dengan Kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarat Daerah Pendang.
MRA Pendang dan PELANGI turut juga bersama-sama menyertai Program ini.

Alhamdulillah MRA Pendang telah turut menyampaikan sumbangan Kit Survival/Makanan segera yang diterima dari MRA HQ tempoh hari. Penerima sumbangan terdiri dari mangsa-mangsa banjir Kampung Senara, Kg Lubuk Batu, Kubur Panjang yang berlaku pada 25.10.25.

Program bermula dari Jam 8.00 pagi dan tamat lebih kurang jam 12.00 tgh.

Berkolaborasi dengan Jabatan Kerajaan dan NGO membuatkan semua urusan menjadi mudah dan berjalan lancar.

PELANGI dan MRA Pendang menerima Sijil Penghargaan yang disampaikan oleh Pegawai JKM Daerah Pendang. Alhamdulillah.

10/11/2025

Address

No 5B, Pusat Perniagaan Kiara Mas Jalan Tanah Merah
Pendang
06700

Telephone

+60126645735

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Pendang Kedah - Pelangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Pendang Kedah - Pelangi:

Share