31/08/2025
Sukan Merdeka
Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan Belia MBFM Felda Sungai Tiang telah mengadakan pelbagai aktiviti Sukaneka di Padang Kelab Felda Sungai Tiang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pendang.
Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan walaupun ini kali pertama kita adakan semula aktiviti bersama masyarakat di Padang Kelab. Padang ini apa banyak cerita Nostalgia orang- orang lama kalau dalam Pendang ni depa panggil Padang Legend 😁.
Walaupun dalam tempoh masa yang singkat kita membuat persiapan tetapi K E P U A S A N dapat dirasai dengan kehadiran dan sambutan yang menggalakan daripada hangpa semua.Terima Kasih semua yang support dan hadir dan terus kekal di padang walaupun hujan turun berselang seli.
Objektif 90 peratus boleh dikatakan tercapai apabila melihat keseluruhan aktiviti berjalan. Perlawanan bola yang berjalan dengan baik dan dapat mengawal situasi dalam dan luar padang itu menunjukkan kematangan semua pemain dan penonton. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemain- pemain Bola Sepak dan pasukan. Begitu Sukaneka yang memang terlalu rushing untuk nak setup acara2 tersebut akhirnya dapat dilaksanakan juga . Hangpa memang terbaiklah urusetia dan Sukarelawan Satria yang bertungkus lumus memastikan semuanya dalam seperti yang di rancangkan.
Kesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada para penyumbang yang selalu support kami. Terima kasih juga kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan daerah Pendang yang memilih Sungai Tiang untuk aktiviti kali ini. Terima kasih juga ucapkan kepada pihak pengurusan Felda Sungai Tiang yang turut hadir dan support kami.
Terima Kasih kepada seluruh warga Felda Sungai Tiang dan masyarakat sekitar daerah Pendang yang mai menyertai dan support program kami. Terima Kasih juga kepada peniaga yang join progran kami,boleh dikatakan depa ni 'Rakan Niaga Belia' yang selalu ikut program2 yang kami jalankan.
Last - last 😄. Terima kasih banyak kepada Team Belia MBFM Felda Sungai Tiang, Urusetia dan Sahabat Belia yang menjadi tonggak utama kejayaan Sukan Merdeka kali ini hangpa memang betul2 boleh p jauh dah. Kelajuan setiap gerak kerja dan kesepakatan yang kuat memang hangpa terbaiklah.Semoga Allah membalas setiap sumbangan masa dan tenaga serta buah fikiran dengan pahala yang berlipat kaliganda.
Sikit lagi, Kami juga memohon maaf di atas kelemahan dan kekurangan sepanjang program diadakan. InsyaAllah kami akan memperbaiki pada masa akan datang. Semoga berjumpa lagi.