Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau

Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau � Pendaftaran Keahlian Percuma
� Pinjaman 3 Buah Buku Selama 7 Hari
� Tiada Denda Lewat
� Ak

Aktiviti Bersama PenggunaTajuk : Boneka Jari Tarikh : 4 Jun 2026 (Khamis)Tempat : Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau B...
04/06/2026

Aktiviti Bersama Pengguna
Tajuk : Boneka Jari
Tarikh : 4 Jun 2026 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau
Bil.Peserta : 6 Orang

Terima kasih adik-adik kerana sudi menyertai aktiviti "Boneka Jari" pada petang ini.

Semoga adik-adik gembira selalu🥰




Aktiviti Bersama PenggunaTajuk : Kraf Aidiladha-Suai Gambar Haiwan KorbanTarikh : 25 Mei 2026 (Isnin)Tempat : Perpustaka...
25/05/2026

Aktiviti Bersama Pengguna
Tajuk : Kraf Aidiladha-Suai Gambar Haiwan Korban
Tarikh : 25 Mei 2026 (Isnin)
Tempat : Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau
Bil.Peserta : 3 Orang

Terima kasih adik-adik yang sudi melaksanakan aktiviti "Kraf Aidiladha-Suai Gambar Haiwan Korban" pada petang ini.

Semoga adik-adik gembira selalu🥰




📖PROGRAM DOOR TO DOOR - KELUARGAKU MEMBACA📖Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)Tempat : Rumah Peserta PilihanBil.Peserta : 3 Bu...
21/05/2026

📖PROGRAM DOOR TO DOOR - KELUARGAKU MEMBACA📖
Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
Tempat : Rumah Peserta Pilihan
Bil.Peserta : 3 Buah Keluarga
Anjuran : Bahagian Rangkaian Perpustakaan dan Perpustakaan Desa Negeri di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK)

📚Program Door to Door – Keluargaku Membaca merupakan inisiatif aktiviti turun padang oleh pihak Perpustakaan Desa Negeri bagi menyantuni keluarga di kawasan setempat, khususnya yang kurang atau tidak pernah mengunjungi perpustakaan dan dengan erti kata lain penempatan yang berada di luar bandar. Program ini memberi fokus kepada pembudayaan amalan membaca dalam institusi keluarga serta memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan secara terus kepada masyarakat.

📚Melalui pendekatan Door to Door, Pengawas Perpustakaan Desa Negeri dapat menyampaikan maklumat, bahan bacaan serta aktiviti literasi secara langsung kepada keluarga sasaran. Pendekatan ini juga selari dengan konsep perpustakaan yang lebih inklusif, proaktif dan mesra komuniti.

📌Jutaan terima kasih diucapkan kepada keluarga yang terlibat dalam program ini bagi menyokong usaha pembudayaan ilmu dalam institusi keluarga dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membaca serta mengukuhkan hubungan antara perpustakaan dan komuniti setempat.

✅ Program ini adalah PERCUMA dan pendaftaran keahlian juga adalah PERCUMA ❗Jemput datang ke Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau dan jom ramai-ramai jadi ahli perpustakaan🤗


Aktiviti Bersama PenggunaTajuk : English Grammar Exercises-PrepositionsTarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)Tempat : Perpustakaa...
21/05/2026

Aktiviti Bersama Pengguna
Tajuk : English Grammar Exercises-Prepositions
Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
Tempat : Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau
Bil.Peserta : 4 Orang

Terima kasih adik-adik yang sudi menjawab soalan latih tubi "English Grammar Exercises-Prepositions" pada hari ni.

Semoga adik-adik gembira selalu🥰




📚 ULASAN BUKU 📚Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)Tajuk : Sedikit, Tapi CukupPenulis : Fakhri FadzliTerbitan : Iman Publicatio...
19/05/2026

📚 ULASAN BUKU 📚
Tarikh : 19 Mei 2026 (Selasa)
Tajuk : Sedikit, Tapi Cukup
Penulis : Fakhri Fadzli
Terbitan : Iman Publication Sdn. Bhd.
ISBN : 9786297665047
Tebal : 248 Muka Surat

📍SINOPSIS📍

"Sedikit, Tapi Cukup: Menyemai Rasa Bahagia Dengan Apa Yang Ada" adalah buku yang mengajak pembacanya untuk memahami erti bersyukur dalam kehidupan sehari-hari.

Penulis buku ini menggambarkan betapa pentingnya sikap bersyukur meskipun dengan apa yang sedikit kita miliki. Dia menekankan bahawa rasa syukur dapat membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita.

Salah satu hal menarik dari buku ini adalah penekanan pada konsep "cukup". Penulis menjelaskan bahawa seringkali manusia terjebak dalam ambisi dan keinginan tak terbatas untuk memiliki lebih banyak. Namun, jika kita belajar menerima apa yang sudah ada dan merasa cukup dengan itu, maka hidup akan menjadi lebih bahagia.

Mengapa kita berada dalam situasi ini?

Sebenarnya, apakah perkara yang kita betul-betul perlukan? Adakah wujud satu “produk” di dunia ini yang boleh mengisi kekosongan dalam diri itu?

Buku ini juga memberikan beberapa contoh kisah inspiratif tentang orang-orang yang memiliki sedikit tapi merasa cukup. Kisah-kisah ini mengajarkan pembaca untuk melihat sisi positif dalam setiap situasi dan bersyukur atas apa yang telah diberikan kepada mereka.

Menerusi buku ini, Fakhri Fadzli menjelaskan kepada kita bahawa punca segala masalah yang timbul akibat keinginan berterusan ini adalah kerana kehilangan rasa bahagia dengan apa yang ada. Dengan tulisan yang santai, penulis mengajar kita cara membina kekayaan jiwa melalui qanaah – berasa cukup dan reda dengan susunan Allah SWT.Buku ini ditulis dengan bahasa yang sederhana namun penuh makna, sehingga mudah difahami oleh siapapun.

“Jika engkau memiliki hati yang berasa cukup, engkau dan raja dunia sama sahaja.”

Semoga kita dapat manfaat dengan bacaan berilmiah ini.

✅ Buku ini boleh didapati dan dipinjam di Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau secara PERCUMA dan pendaftaran keahlian juga adalah PERCUMA ❗️❗️❗️

🌺OUTREACH🌺SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH KEBANGSAAN S*K 2026TEMA: GURU BITARA NADI NEGARA🏤 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN S*K🗓 ...
19/05/2026

🌺OUTREACH🌺

SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH KEBANGSAAN S*K 2026
TEMA: GURU BITARA NADI NEGARA
🏤 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN S*K
🗓 TARIKH : 17.05.2026 (AHAD)
🕣 MASA : 7.45 PAGI -12.45 TENGAH HARI
👫 PESERTA : 700 PESERTA

PENGLIBATAN SEBAGAI PAMERAN BOOTH/ AKTIVITI KRAF (PRA SEKOLAH)
• Perpustakaan Awam S*k
• Perpustakaan Desa Kampung Gajah Putih
• Perpustakaan Desa Bandar Baru Beris Jaya
• Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan S*k di atas jemputan kepada kami sempena Sambutan Hari Guru 2026.
Moga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat bersama.❤️❤️❤️

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih jumpa lagi,
Budi tuan jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.





Aktiviti Bersama PenggunaTajuk : Find & Seek:Hidden ObjectTarikh : 6 Mei 2026 (Rabu)Tempat : Perpustakaan Desa FELDA Lub...
13/05/2026

Aktiviti Bersama Pengguna
Tajuk : Find & Seek:Hidden Object
Tarikh : 6 Mei 2026 (Rabu)
Tempat : Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau
Bil.Peserta : 6 Orang

Terima kasih adik-adik yang menyertai aktiviti "Find & Seek:Hidden Object" pada hari ni.

Semoga adik-adik gembira selalu🥰




Aktiviti Bersama PenggunaTajuk : Permainan Susun Blok KayuTarikh : 29 April 2026 (Rabu)Tempat : Perpustakaan Desa FELDA ...
30/04/2026

Aktiviti Bersama Pengguna
Tajuk : Permainan Susun Blok Kayu
Tarikh : 29 April 2026 (Rabu)
Tempat : Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau
Bil.Peserta : 3 Orang

Terima kasih adik-adik yang menyertai aktiviti "Permainan Susun Blok Kayu" pada hari ni.

Semoga adik-adik gembira selalu🥰




Rumah Ngaji Bulan April 2026Surah Ar Rahman Ayat 1-4 : Doa Untuk Anak HebatTarikh : 27 April 2026 (Isnin)Tempat : FB Pag...
27/04/2026

Rumah Ngaji Bulan April 2026
Surah Ar Rahman Ayat 1-4 : Doa Untuk Anak Hebat
Tarikh : 27 April 2026 (Isnin)
Tempat : FB Page Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau

Surah Ar-Rahman adalah surah ke-55 dalam Al-Quran, diturunkan di Makkah sebelum Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Surah ini berisi penggambaran tentang nikmat-nikmat Allah yang melimpah, mengajak manusia untuk bersyukur dan merenungkan kebesaran-Nya, serta memberikan peringatan kepada mereka yang tidak bersyukur.

Anak-anak adalah harta yang berharga anugerah dari Allah, yang datang ke dunia dengan rasa ingin tahu dan hati yang murni. Sebagai ibu bapa, kita memiliki tanggungjawab yang besar untuk membimbing, mendidik dan melindungi mereka dalam perjalanan hidup. Dalam proses ini, anak-anak seringkali memandang kepada kita dengan harapan dan keyakinan bahawa doa-doa kita akan mengiringi langkah-langkah mereka.

Walaupun Surah Ar-Rahman ayat 1-4 ini tidaklah secara khusus disebutkan sebagai doa untuk anak hebat dalam tradisi Islam, kita masih dapat mengambil iktibar dari ayat-ayat ini, dijadikan sebagai doa untuk membimbing dan memberkati anak-anak.

Cara Amalan Surah Ar Rahman Ayat 1-4

📌Sentiasa amalkan dan istiqomah membaca doa ini setiap hari selepas solat fardhu. InsyaAllah anak-anak kita menjadi muslim yang hebat dalam kehidupan dan perjuangan di jalan Allah.
📌Baca juga pada setiap malam sebelum anak tidur dan setiap pagi semasa anak bangun tidur. Bacakan di hadapan anak sebanyak tiga kali kemudian dihembuskan ke ubun kepala anak.
📌Boleh juga baca doa ini kemudian tiupkan ke tapak tangan dan sapukan tangan ke kepala dan dada anak.
📌Baca doa ini sambil meletakkan tangan di atas kepala anak, tak letak pun tak apa. Tapi bila letak tangan atas kepala anak, anak automatik akan jadi diam, tunduk dan lebih tenang. Semoga menjadi anak soleh dan solehah.

Semoga perkongsian mengenai Surah ar Rahman ayat 1 - 4 ini dapat memberikan manfaat kepada ramai orang.




🌺OUTREACH🌺PROGRAM KOMUNITI MADANI PRIHATIN, MASYARAKAT SEJAHTERA PERINGKAT DAERAH S*K 2026🏤 TEMPAT : TAMAN BATU LIMA, S*...
27/04/2026

🌺OUTREACH🌺

PROGRAM KOMUNITI MADANI PRIHATIN, MASYARAKAT SEJAHTERA PERINGKAT DAERAH S*K 2026

🏤 TEMPAT : TAMAN BATU LIMA, S*K
🗓 TARIKH : 25.04.2026
🕣 MASA : 8.00 PAGI -1.00 PETANG
👫 PESERTA : BATU SELAMBUT (30 ORANG)

Sekalung penghargaan kepada Persatuan Penduduk Taman Batu Lima kerana telah menjemput pihak Perpustakaan Awam S*k, Perpustakaan Desa Kampung Gajah Putih , Perpustakaan Desa Bandar Baru Beris Jaya dan Perpustakaan Desa Felda Lubok Merbau sebagai juri batu selambut pada hari ini.

Moga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat bersama.❤️❤️❤️

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih jumpa lagi,
Budi tuan jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.





Address

Jalan Pejabat FELDA Lubok Merbau
Pendang
06710

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa FELDA Lubok Merbau:

Share