14/08/2026
Baca sampai habis
MASALAH TABUNG HAJI HARI INI SEBENARNYA BERPUNCA DARIPADA ANGKARA PH - DAN SAYA BOLEH BUKTIKAN.
Adakah kamu perhatikan bahawa kerajaan Madani isangat keberatan untuk menjawab satu soalan mudah?
Iaitu: Kalau “defisit” TH pada akhir 2017 cuma RM4.1 bilion, bagaimana ia boleh melonjak menjadi sekitar RM10.9 bilion pada akhir 2018?
Dan selepas itu, kenapa p**a 106 saham dan hartanah TH yang mempunyai nilai pasaran sekitar RM9.7 bilion ketika dipindahkan dijual kepada UJSB dengan balasan Sukuk sekitar RM19.9 bilion?
Walaupun naratif kerajaan ialah 106 saham yang dipindahkan itu adalak toksid atau bermasalah, kerajaan tidak pernah mahu dedahkan apa saham-saham tersebut.
Sebenarnya, majoriti nilai saham yang dipindahkan itu adalah syarikat Blue Chip yang bayar dividend secara konsisten termasuk FGV Corp. Jadi, mana datangnya cerita bahawa Axiata, Telekom Malaysia, MMC Corp, Malakoff, Gamuda, IJM, UEM Sunrise, Mah Sing, Pharmaniaga adalah aset toxic?
Untuk faham apa sebenarnya berlaku, kena faham dahulu cara TH melabur.
TH bukan hedge fund yang kerjanya keluar masuk saham setiap hari.
Sebahagian besar pelaburan ekuitinya adalah pegangan jangka panjang dalam syarikat besar dan kukuh yang membayar dividen.
Objektifnya ialah mendapatkan pendapatan dividen yang stabil untuk jangka panjang.
Memang ada juga pegangan lebih kecil yang bersifat lebih spekulatif untuk mendapatkan capital gain, tetapi itu bukan teras portfolio TH.
Masalah besar berlaku apabila tiga perkara berlaku hampir serentak pada 2018.
1. Kaedah penilaian TH ditukar
Selama bertahun-tahun, TH menggunakan kaedah penilaiannya sendiri yang sesuai dengan sifatnya sebagai dana jangka panjang milik kerajaan yang banyak bergantung kepada pendapatan dividen.
Kemudian PH menggunakan pendekatan penilaian komersial PwC yang jauh lebih sensitif kepada harga pasaran semasa.
Sedangkan surat MIA sendiri telah menjelaskan bahawa TH sebagai sebuah entiti mempunyai asas untuk menggunakan polisi penilaiannya sendiri seperti yang telah diamalkan sejak berpuluh tahun sebelum itu.
Lagipun, Tabung Haji dijamin sepenuhnya oleh kerajaan dan tidak ada keperluan untuk TH menggunakan kaedah penilaian komersial kerana TH tidak perlu menjual saham secara paksa ketika harga pasaran jatuh selagi pelaburan tersebut masih memberikan dividen. Oleh itu, TH sebenarnya tidak berada dalam keadaan bahaya walaupun defisit pada ketika itu hanya sekitar RM4.1 bilion.
Apabila kaedah berubah, kerugian atas kertas yang sebelum ini tidak semestinya perlu diiktiraf dengan cara sama tiba-tiba menjadi jauh lebih besar.
2. Pasaran saham jatuh selepas PRU14
Pasaran Malaysia jatuh dengan ketara selepas PH mengambil alih kerajaan.
Sepanjang 2018, nilai pasaran keseluruhan menyusut sekitar RM270 bilion.
Daripada paras tertinggi sebelum PRU14 pada April 2018, pasaran Malaysia terus merosot sehingga pada 2019 menjadi antara pasaran saham berprestasi paling lemah di dunia.
Sebab itu saya hairan apabila Menteri Kewangan II cuba menafikan perkara yang memang dapat dilihat terus pada carta pasaran.
3. Propaganda terhadap TH sendiri menyebabkan saham-saham TH jatuh lebih teruk
Ini bahagian yang jarang diceritakan.
Apabila kerajaan baharu berulang kali membina persepsi bahawa TH bermasalah dan perlu menjual aset, fund manager sudah boleh menjangka apa yang mungkin berlaku.
Kalau mereka percaya TH akan menjadi forced seller, mereka akan jual dahulu sebelum TH menjual.
Akibatnya, bukan sekadar saham spekulatif yang jatuh.
Saham blue chip dan dividend-paying yang dipegang TH juga ditekan dengan teruk.
Malah sekitar 40% pegangan ekuiti TH ketika itu dikatakan mengalami kejatuhan nilai lebih 50%.
Lihat sahaja beberapa saham utama yang akhirnya dipindahkan kepada UJSB:
Axiata
Jan 2018: RM5.55 — anggaran nilai pegangan TH RM1.53 bilion
Sept 2018: bawah RM4.00 — sekitar RM1.10 bilion
MMC Corp
Jan 2018: RM1.40 — sekitar RM498 juta
Sept 2018: RM0.90 — sekitar RM320 juta
Telekom Malaysia
Jan 2018: RM6.00 — sekitar RM260 juta
Sept 2018: RM3.00 — sekitar RM130 juta
FGV
Jan 2018: RM1.70 — sekitar RM623 juta
Sept 2018: RM1.20 — sekitar RM440 juta
Lotte Chemical
Jan 2018: RM5.08 — sekitar RM313 juta
Sept 2018: RM4.70 — sekitar RM290 juta
Gamuda
Jan 2018: RM2.50 — sekitar RM633 juta
Sept 2018: RM1.20 — sekitar RM304 juta
IJM
Jan 2018: RM3.00 — sekitar RM722 juta
Sept 2018: RM1.70 — sekitar RM409 juta
MRCB
Jan 2018: RM1.16 — sekitar RM346 juta
Sept 2018: RM0.72 — sekitar RM215 juta
Jumlah anggaran nilai pegangan bagi lapan saham ini sahaja:
Jan 2018:
sekitar RM4.92 bilion
Sept 2018:
sekitar RM3.21 bilion
Susut nilai:
sekitar RM1.71 bilion atau 34.8%.
Dan itu baru lapan kaunter.
Bayangkan kesannya apabila keseluruhan portfolio dinilai pada ketika pasaran sedang jatuh dan saham-saham yang diketahui dipegang TH p**a berada di bawah tekanan tambahan.
Inilah yang membantu menjelaskan bagaimana “defisit” yang dikatakan RM4.1 bilion boleh meletup menjadi sekitar RM10.9 bilion dalam tempoh yang sangat singkat.
Selepas itu datang p**a langkah “penyelamatan”.
Sebanyak 106 saham dan hartanah yang mempunyai nilai pasaran sekitar RM9.7 bilion ketika dipindahkan diserahkan kepada UJSB sebagai pertukaran kepada Sukuk sekitar RM19.9 bilion.
Masalahnya, UJSB sendiri gagal menghasilkan p**angan yang cukup tinggi.
Berdasarkan prestasinya, pertumbuhan asetnya hanya sekitar 1.83% setahun — jauh lebih rendah berbanding banyak dana lain dan prestasi jangka panjang pasaran.
Pada masa yang sama, UJSB perlu menanggung kos Sukuk yang perlu dibayar kepada TH.
Akibatnya, jurang kewangan bukannya mengecil dengan cepat.
Ia berkembang daripada sekitar RM10.9 bilion kepada sekitar RM13.2 bilion.
Pada pandangan saya, kesilapan besar berlaku di sini:
PH menukar asas penilaian.
PH mengambil alih ketika pasaran sedang jatuh dan kemudian keadaan pasaran menjadi semakin teruk.
Naratif bahawa TH sedang tenat p**a menyebabkan saham-saham yang dipegang TH ditekan lebih kuat.
Kemudian aset yang telah jatuh nilainya dipindahkan kepada sebuah syarikat khas dengan struktur hutang besar.
Dan hari ini kita diberitahu bahawa masalah TH berpunca daripada “14 pelaburan bermasalah”.
Saya tidak percaya 14 transaksi itu boleh menerangkan keseluruhan jurang RM13 bilion. Ianya MUSTAHIL tetapi Madani tetap mahu mainkan propaganda ini.
Setiap organisasi besar yang telah beroperasi puluhan tahun sememangnya tidak terlepas daripada pelaburan yang bermasalah.
Jika benar tiada langsung pelaburan rugi dan semuanya sentiasa memberi p**angan besar, maka mereka sudah tentu lebih hebat daripada Warren Buffett.
Malah, setiap bank juga berdepan kerugian melalui Non-Performing Loan (NPL). Jika nisbah NPL sekitar 3.0% daripada jumlah keseluruhan pinjaman, itu sudah dianggap prestasi yang baik.
Jadi, jika kita gunakan nisbah 3% ke atas pelaburan RM70 bilion Tabung Haji, maka secara logiknya sudah wujud pelaburan bermasalah sekitar RM2.1 bilion.
Sebab itu saya berkali-kali minta kerajaan dedahkan 14 laporan audit forensik tersebut.
Menteri sendiri sudah mengesahkan audit-audit itu telah lama siap.
Tetapi sampai sekarang laporan penuh itu tidak didedahkan.
Pada saya, itu bukan cerita sebenar mengenai krisis TH.
Masalah TH hari ini jauh lebih berkait dengan keputusan penilaian, kejatuhan pasaran, forced-selling expectations dan struktur UJSB yang diwujudkan selepas PH mengambil alih.
Kalau tiga perkara itu tidak berlaku pada 2018, saya percaya masalah TH hari ini tidak akan berada pada tahap seperti sekarang.
Dan kalau mahu propaganda kerajaan Madani KANTOI, hanya perlu buat 3 perkara ini sahaja:
1. Tuntut kerajaan senaraikan 106 saham yang dipindahkan ke UJSB serta nilai pegangan keseluruhan bagi setiap saham tersebut dan apakah nilai saham-saham tersebut pada 2 Jan 2018 dan pada 30 Sept 2018 ketika ianya dipindah kepada UJSB
2. Arahkan kerajaan mendedahkan semua laporan audit forensik yang telah lama disiapkan untuk 14 pelaburan bermasalah seperti yang disyorkan oleh RCI. Tunjukkan di mana sakau nya.
3. Jelaskan secara terperinci bagaimana kerugian RM13 bilion itu terbentuk.