Pusaka Gayong Cawangan Sungai Ara

Call Directions Contact the organization

Pusaka Gayong Cawangan Sungai Ara Pusaka Gayong Cawangan Sungai Ara Bergerak Aktif sebagai satu Cawangan Silat Pusaka Gayong Malaysia

07/08/2026

🥋 Alhamdulillah, satu lagi kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna dalam perjalanan Seni Silat Pusaka Gayong. 🔥
Setiap latihan, setiap ujian dan setiap keringat yang dicurahkan bukan sekadar untuk mendapatkan bengkong, tetapi untuk membentuk disiplin, ketahanan diri, adab dan semangat persaudaraan.
Teruskan berjuang, teruskan belajar dan jangan pernah berhenti memperbaiki diri. 💪🏻
“Pantang anak Gayong menyerah kalah.”
Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi bekalan dan manfaat buat semua pesilat. 🤲🏻
Gayong Tetap Gayong! 🥋🔥

🥋 MAJLIS PERLIMAU TAPAK & KENAIKKAN BENGKONG Dengan penuh rasa syukur, Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawan...
05/08/2026

🥋 MAJLIS PERLIMAU TAPAK & KENAIKKAN BENGKONG

Dengan penuh rasa syukur, Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Sungai Ara telah berjaya menganjurkan Majlis Perlimau Tapak & Kenaikan Bengkong Peringkat Cawangan Sungai Ara pada 1 & 2 Ogos 2026.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menjalani ujian dan dinaikkan ke bengkong yang baharu. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menuntut ilmu, berdisiplin, berakhlak mulia serta mempertahankan warisan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru, barisan jawatankuasa, ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini dan tak dilupakan pihak MRSM BALIK PULAU selaku penyedia tempat Tanpa sokongan dan kerjasama semua, program ini tidak akan berjalan dengan lancar.
Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan kita dipermudahkan untuk terus menganjurkan program-program yang bermanfaat pada masa akan datang.
"Bersatu, Berbakti, Berbakti Demi Agama, Bangsa dan Negara."

05/08/2026

Teaser majlis perlimau tapak & majlis kenaikan bengkong

01/08/2026
31/07/2026
HEBAHANMAJLIS  TAHLIL & DOA SELAMAT BUAT TOK GURU J***T & TOK GURU RUSLI
31/07/2026

HEBAHAN

MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT BUAT TOK GURU J***T & TOK GURU RUSLI

⬜🟩🟥🟨⬛

*UTUSAN RASMI*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh dukacita semua sedia maklum berkenaan Tok Guru J***t telah kembali ke rahmatullah.

Sehubungan itu, satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: Jumaat, 31 Julai 2026
🕘 Masa: Selepas solat Isyak
📍 Tempat: Gelanggang Pusat, Gurun, Kedah.

Semua ahli, sahabat handai dan mereka yang berkelapangan dijemput hadir bagi bersama-sama menghadiahkan bacaan tahlil dan doa kepada Allahyarham.

Dimaklumkan juga bahawa segala aktiviti latihan pada malam ini (Jumaat) adalah ditangguhkan sebagai tanda penghormatan atas pemergian Tok Guru J***t.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

*Dengan ini saya wakilkan kepada semua Gurulatih, Jurulatih untuk menjemput anak-anak gelanggang bersama waris hadir ke majlis tersebut.*

Presiden PSSPGM
MOHD SAMSUNPUTRA BIN ABD MAJID
*TOK LEKIR*

PERKHABARAN DUKASALAM TAKZIAHPersatuan Seni Silat Pusaka Gayong MalaysiaCawangan Sungai Aramerakamkan ucapan Salam Takzi...
29/07/2026

PERKHABARAN DUKA

SALAM TAKZIAH

Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
Cawangan Sungai Ara
merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Ghapar bin Abdul Majid (Tokbat) atas pemergian beliau ke rahmatullah.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan kesalahan, dilapangkan serta diterangi kuburnya, dan ditempatkan bersama-sama golongan orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Daripada:
Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
Cawangan Sungai Ara

29/07/2026

Dukacita dimaklumkan, Guru kami Yg Dikasihi Abg J***t @ Abdul Ghapar Bin Dato' Raja Abdul Majid, telah kembali kerahmatullah pada awal pagi ini 29 Julai 2026,

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

‎اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Aamiin Ya'Robbal A'lamin 🤲🏻

Al-fatihah
‎بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Address

MASJID ALHUDA SUNGAI ARA
Penang Island
11900

Opening Hours

Tuesday 21:00 - 23:00
Wednesday 21:00 - 23:00
Friday 21:00 - 23:30
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60162229275

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusaka Gayong Cawangan Sungai Ara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusaka Gayong Cawangan Sungai Ara:

Shortcuts

Share