PPDK KAMPUS INDUK USM

PPDK KAMPUS INDUK USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPDK KAMPUS INDUK USM, Non-Governmental Organization (NGO), BANGUNAN H41, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), Jalan Cahaya Gemilang, Penang Island.

Memacu transformasi pemulihan melalui kelestarian pembangunan komuniti berkeperluan khas dalam dan luar kampus berintegrasikan pemindahan ilmu dengan penglibatan ibu bapa / waris serta rakan kolaborasi secara aktif πŸ’ͺ🏻

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing dengan penuh kesabaran ...
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing dengan penuh kesabaran dan mendidik dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi dan usaha yang tidak ternilai dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Semoga setiap jasa yang dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan dan terus diberkati. 🫢🏼πŸ₯°β€οΈ





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaYBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed atas kejayaan dan pengik...
15/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed atas kejayaan dan pengiktirafan sebagai Saintis Terbaik dalam Bidang Kimia 🌟

Pencapaian membanggakan ini bukan sahaja mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia (USM), malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga komuniti dalam memperkasakan ilmu, penyelidikan dan kecemerlangan di peringkat global.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.

β€”

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)
Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) πŸ’œ





14/05/2026

KEMAHIRAN MOTOR KASAR

Aktiviti : Body Balance Swing

Objektif :

1. Meningkatkan kemahiran motor kasar peserta melalui pergerakan hayunan.
2. Melatih keseimbangan badan dan kawalan postur semasa berada di atas tube buai.
3. Menggalakkan koordinasi pergerakan badan secara aktif dan terkawal.
4. Memberi rangsangan vestibular untuk meningkatkan fokus dan kesedaran tubuh badan.
5. Membina keyakinan diri peserta dalam melakukan aktiviti pergerakan.





14/05/2026

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Aktiviti : Cup Ball Transfer

Objektif :
1)Peserta dapat mengawal pergerakan dengan lebih baik.
2)Peserta dapat menguatkan otot tangan dan genggaman.
3)Peserta dapat meningkatkan fokus dan tumpuan semasa menjalankan aktiviti mengikut arahan.
4)Peserta dapat meningkatkan kemahiran motor halus melalui pergerakan tangan dan jari semasa memindahkan bola.







Seorang ibu mungkin tidak mampu memberi segalanya,tetapi kasih sayangnya sentiasa cukup untuk menguatkan dunia seorang a...
09/05/2026

Seorang ibu mungkin tidak mampu memberi segalanya,
tetapi kasih sayangnya sentiasa cukup untuk menguatkan dunia seorang anak 🀍

Sempena Hari Ibu, para peserta PPDK Kampus Induk USM menghasilkan karya kecil penuh makna sebagai tanda penghargaan buat insan tersayang. 🌷

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang tidak pernah jemu menyayangi tanpa syarat. πŸ₯°πŸ€





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Azlan Amran atas pelantikan sebagai Leftenan Kolonel (Kehormat)...
07/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Azlan Amran atas pelantikan sebagai Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM), yang berkuat kuasa pada 24 Februari 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam kepimpinan, khidmat bakti serta sumbangan kepada masyarakat dan negara.

β€”

Ikhlas daripada seluruh warga
Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM). πŸ’ͺ🏻πŸ”₯😍





06/05/2026

Santai-santai pun tetap productive πŸ˜‰
Pagi dengan saringan kesihatan, petang dengan sukaneka santai πŸŽ‰
Yang penting, semua enjoy dan ceria! πŸ’™






π’π„π’πˆ ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π ππ€π†πˆ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ π’πˆπ‰πˆπ‹ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π’πŠπŒ) 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 πŸ‘ πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 ππ„πŒππˆπ€π˜π€π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ...
04/05/2026

π’π„π’πˆ ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π ππ€π†πˆ ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ π’πˆπ‰πˆπ‹ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π’πŠπŒ) 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 πŸ‘ πƒπˆ 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 ππ„πŒππˆπ€π˜π€π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ”πŒπˆππ”π“π„π‘π€ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ.

πˆπ’ππˆπ | πŸ’ πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”

Alhamdulillah, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) dengan penuh penghargaan merakamkan penerimaan jemputan ke sesi perbincangan bagi pelaksanaan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 di bawah pembiayaan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Bangunan H41, PPDK Kampus Induk USM.

Inisiatif ini merupakan satu usaha strategik dalam memperkasa tahap kompetensi petugas dan penyelia PPDK melalui pensijilan kemahiran yang diiktiraf. Pelaksanaan program ini turut melibatkan kerjasama erat antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Utara sebagai rakan kolaborasi utama.

Diharapkan agar sesi perbincangan ini dapat memperincikan pelaksanaan program secara menyeluruh serta memberi impak positif dalam meningkatkan profesionalisme dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada para peserta.

Segala usaha dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dalam memperkukuh pembangunan komuniti secara berterusan.







KHAMIS | 30 APRIL 2026Aktiviti : Bila saya dah besar nanti, saya nak menjadi seorang … ? (Sempena Hari Pekerja πŸ’ͺπŸ»πŸ‘œ)Objek...
01/05/2026

KHAMIS | 30 APRIL 2026

Aktiviti : Bila saya dah besar nanti, saya nak menjadi seorang … ? (Sempena Hari Pekerja πŸ’ͺπŸ»πŸ‘œ)

Objektif:

1. Mengenal nama-nama pekerjaan dalam kehidupan seharian.
2. Meningkatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti mewarna.
3. Menggalakkan pelatih mengekspresikan minat dan cita-cita diri.





π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ ✨" Dedikasi hari ini, membina masa depan yang lebih gemilang. "Terima kasih kepada semua yang terus...
01/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ ✨

" Dedikasi hari ini, membina masa depan yang lebih gemilang. "

Terima kasih kepada semua yang terus berbakti dengan penuh komitmen, keikhlasan dan semangat juang. Setiap usaha, sekecil mana pun, tetap memberi makna besar dalam membentuk masyarakat yang lebih baik πŸ’ͺ🏻







Address

BANGUNAN H41, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), Jalan Cahaya Gemilang
Penang Island
11800

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPDK KAMPUS INDUK USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPDK KAMPUS INDUK USM:

Share