Info Penjaga Jentera Elektrik Iktbn Bukit Mertajam

Call Directions Website Contact the organization

Info Penjaga Jentera Elektrik Iktbn Bukit Mertajam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Info Penjaga Jentera Elektrik Iktbn Bukit Mertajam, Nonprofit Organization, Jalan berapit, Penang Island.

⚑ PJE IKTBN Bukit Mertajam | Kursus Penjaga Jentera (Chargeman) & Solar β˜€οΈ
πŸŽ“ Latihan teori & amali berfokus industri
πŸ› οΈ Tingkat kemahiran, kompetensi & kebolehpasaran
πŸš€ Bersedia untuk masa depan tenaga

βš‘πŸ”§ PENGUJIAN REVERSE POWER RELAY (ANSI 32) πŸ”§βš‘Perlindungan generator bukan sekadar memastikan circuit breaker boleh TRIP ...
06/10/2026

βš‘πŸ”§ PENGUJIAN REVERSE POWER RELAY (ANSI 32) πŸ”§βš‘

Perlindungan generator bukan sekadar memastikan circuit breaker boleh TRIP β€” kita perlu memahami kenapa, bila dan bagaimana relay perlindungan bertindak. πŸ’‘

Dalam sesi ini, pengujian Reverse Power Relay (ANSI 32) dilakukan bagi memahami bagaimana relay mengesan keadaan reverse power. βš‘πŸ”„

βš™οΈ Apa itu Reverse Power?

Dalam keadaan normal, generator membekalkan kuasa aktif (kW) kepada sistem. Namun, apabila input mekanikal daripada prime mover berkurang atau gagal, generator boleh mula menyerap kuasa aktif daripada sistem dan beroperasi dalam keadaan motoring. 🚨

Di sinilah Reverse Power Relay (ANSI 32) memainkan peranan penting dalam sistem perlindungan generator. πŸ›‘οΈβš‘

πŸ”§ Antara perkara yang dipelajari dan diuji:

βœ… Voltage & Current Injection
βœ… Phase Angle πŸ“
βœ… Reverse Power Pickup
βœ… Operating / Trip Time ⏱️
βœ… Relay Output Contact Operation

🎯 Dalam bidang perlindungan elektrik, kita bukan sekadar perlu tahu nilai setting relay.

FAHAM PRINSIP ➑️ UJI ➑️ ANALISIS ➑️ SAHKAN OPERASI PROTECTION ⚑πŸ’ͺ

πŸŽ₯ Tonton video amali Reverse Power Relay di TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZSb4FR664/

Menghubungkan teori dengan pengujian sebenar adalah penting dalam membangunkan kemahiran dan kompetensi teknikal dalam bidang elektrik. πŸ‘¨β€πŸ«βš‘

Tc. Mohd Hafiz Bin Aslan
⚑ Chargeman Trainer
πŸŽ“ Electrical Competency & Technical Training

⚑ SELAMAT DATANG PELAJAR SEPARUH MASA PENJAGA JENTERA ELEKTRIK! ⚑Dengan sukacitanya kami mengalu-alukan kehadiran pelaja...
26/09/2026

⚑ SELAMAT DATANG PELAJAR SEPARUH MASA PENJAGA JENTERA ELEKTRIK! ⚑

Dengan sukacitanya kami mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu Program Penjaga Jentera Elektrik (PJE), IKTBN Bukit Mertajam bagi Sesi Peperiksaan Julai 2027. πŸŽ“βš™οΈ

πŸ“Œ SESI PENDAFTARAN PELAJAR
πŸ“… Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi
πŸ“ Tempat: Auditorium Bangunan Solar, IKTBN Bukit Mertajam

Semoga hari pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermakna dalam usaha menjadi seorang Penjaga Jentera Elektrik yang kompeten dan profesional. βš‘πŸ‘·β€β™‚οΈ

πŸ’ͺ Belajar dengan tekun, kuasai teori, mantapkan amali dan bina pengalaman untuk masa depan.

Selamat datang ke keluarga PJE IKTBN Bukit Mertajam! ❀️⚑

23/09/2026

umbang

23/09/2026

⚑πŸ”₯ UMBANG BUKAN SEKADAR DAWAI! KENAPA IA PENTING PADA TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH? πŸ”₯⚑

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 🀲

Sedikit perkongsian ilmu dan kemahiran berkaitan PEMASANGAN UMBANG TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH (LV). πŸ‘·β€β™‚οΈβš‘

πŸ’‘ TAHUKAH ANDA APA FUNGSI UMBANG?

Umbang berfungsi untuk mengimbangi daya tarikan pengalir dan daya akibat tiupan angin supaya tiang elektrik kekal tegak dan stabil.

πŸ› οΈ Antara komponen penting dalam pemasangan umbang ialah:

πŸ”Ή Dawai umbang (Stay Wire) πŸ”Ή Sepit umbang (Stay Clamp) πŸ”Ή Didal πŸ”Ή Penebat umbang (Stay Insulator) πŸ”Ή Penyelaras berpusing πŸ”Ή Rod dan pelit umbang

⚠️ Pemasangan umbang bukan sekadar menarik dan mengetatkan dawai! Kedudukan, arah tarikan, ketegangan serta aspek keselamatan perlu diberi perhatian.

πŸ’ͺ DALAM BIDANG ELEKTRIK, ILMU TEORI DAN KEMAHIRAN AMALI PERLU BERGERAK SEIRING!

━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸŽ“πŸ”₯ NAK JADI CHARGEMAN? JOM BELAJAR SAMBIL BEKERJA!

πŸ“’ PENGAMBILAN PELAJAR SEPARUH MASA SESI 2027

🏫 IKTBN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

⚑ PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK:

βœ… Chargeman A0 βœ… Chargeman A1 βœ… Chargeman A4

πŸ‘·β€β™‚οΈ Anda bekerja dalam bidang elektrik tetapi masih belum mempunyai Perakuan Kekompetenan?

πŸ“š Ingin meningkatkan pengetahuan teknikal, kemahiran amali dan membina kerjaya dalam bidang elektrik?

Inilah peluang untuk anda menyambung pembelajaran secara separuh masa tanpa perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada.

πŸ“² BERMINAT UNTUK PENGAMBILAN 2027?

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, proses permohonan dan pendaftaran.

πŸ”₯ JANGAN SEKADAR BEKERJA! TINGKATKAN ILMU, KEMAHIRAN DAN KOMPETENSI ANDA!

━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ‘¨β€πŸ« Tc. MOHD HAFIZ BIN ASLAN Course Coordinator – Chargeman Program Master Trainer Electrical (Chargeman) IKTBN Bukit Mertajam

03/09/2026

TAN DELTA @ DISSIPATION ANGLE TEST

⚑ PENDEDAHAN TAN DELTA TESTING MENGGUNAKAN OMICRON CPC 100 ⚑Perkongsian kali ini berkaitan pendedahan kepada Tan Delta (...
03/09/2026

⚑ PENDEDAHAN TAN DELTA TESTING MENGGUNAKAN OMICRON CPC 100 ⚑

Perkongsian kali ini berkaitan pendedahan kepada Tan Delta (Dissipation Factor) Testing menggunakan OMICRON CPC 100, salah satu kaedah pengujian diagnostik dalam bidang sistem kuasa elektrik.

Link πŸ‘‰ https://vt.tiktok.com/ZSqeRyeFh/

Tan Delta Testing digunakan untuk membantu menilai keadaan sistem penebatan (insulation condition) pada peralatan elektrik. Melalui pengukuran dissipation factor, kita boleh mendapatkan petunjuk terhadap kemerosotan penebatan yang mungkin berkaitan dengan penuaan, kelembapan atau pencemaran.

Link πŸ‘‰ https://vt.tiktok.com/ZSqeRyeFh/

πŸ”§ Pendedahan kepada peralatan pengujian profesional seperti OMICRON CPC 100 sangat penting dalam meningkatkan kefahaman terhadap kaedah testing & diagnostic yang digunakan dalam industri.

πŸŽ“ KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (CHARGEMAN)
⚑ A0 | A1 | A4
πŸ“ IKTBN Bukit Mertajam

Di IKTBN Bukit Mertajam, pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada teori dan persediaan peperiksaan kompetensi, malah pelajar turut diberikan pendedahan kepada testing equipment, kaedah pengujian serta aplikasi praktikal yang berkaitan dengan keperluan industri.

Sebagai tenaga pengajar TVET, pendedahan kepada teknologi dan amalan industri seperti ini amat penting supaya ilmu, pengalaman dan perkembangan teknologi semasa dapat dibawa kembali ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Daripada teori kepada praktikal, daripada latihan kepada kompetensi industri. ⚑







01/09/2026

JOM BELAJAR CHARGEMAN

01/09/2026

⚑⚑ NAK SAMBUNG KOMPETENSI CHARGEMAN A0, A1 ATAU A4? ⚑⚑

Jom sertai Kursus Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman) di IKTBN Bukit Mertajam!

πŸ’₯ BUKAN SEKADAR TEORI!

Peserta berpeluang mendapat pendedahan AMALI menggunakan pelbagai tester dan equipment industri daripada jenama terkemuka seperti:

πŸ”§ MEGGER
πŸ”§ OMICRON
πŸ”§ ISA
πŸ”§ VANGUARD
πŸ”§ FLUKE
πŸ”§ KYORITSU
⚑ HV TEST EQUIPMENT
πŸ”₯ DAN BANYAK LAGI TESTER & EQUIPMENT BERJENAMA TERKEMUKA!

Antara pendedahan pengujian:

βœ… Insulation Resistance Test
βœ… PI & DAR Test
βœ… Transformer Ratio Test (TTR)
βœ… Protection Relay Testing
βœ… Circuit Breaker Testing
βœ… Earth Resistance Test
βœ… Electrical Measurement
βœ… Troubleshooting
βœ… Pemeriksaan & penyelenggaraan pepasangan elektrik

🎯 PILIHAN KURSUS
⚑ CHARGEMAN A0
⚑ CHARGEMAN A1
⚑ CHARGEMAN A4

πŸ“ IKTBN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

πŸ’‘ Belajar teori, tingkatkan kemahiran amali dan dapatkan pendedahan kepada tester & equipment yang digunakan dalam industri.

πŸ“² Untuk pertanyaan dan pengambilan:
Tc. Mohd Hafiz
πŸ“± WhatsApp: 018-244 4075

Address

Jalan Berapit
Penang Island
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Penjaga Jentera Elektrik Iktbn Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Info Penjaga Jentera Elektrik Iktbn Bukit Mertajam:

Shortcuts

Share