06/05/2026
TANJUNG MALIM: Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick berkata, pengajian Bahasa Kadazandusun (BKD) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya melahirkan seramai 431 graduan, bakal diperluas kepada bahasa etnik Sabah yang lain.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan usaha memartabatkan bahasa etnik itu melalui sistem pendidikan tinggi yang mula diperkenalkan sejak 2010.
“Saya juga mengalu-alukan kesediaan UPSI untuk memperluaskan pengajian ini kepada Bahasa Etnik Sabah mencakupi beberapa etnik seperti Kadazan, Tatana, Murut, Lotud dan Sama,” katanya.
Berita Penuh:
https://www.nabalunews.com/post/pengajian-bkd-upsi-lahirkan-431-graduan-bakal-diperluas-ke-bahasa-etnik-sabah-lain