Screimo Sabah Creative & Innovation Movement

Call Directions Contact the organization

Screimo Sabah Creative & Innovation Movement Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Screimo Sabah Creative & Innovation Movement, Non-Governmental Organization (NGO), Jalan Datuk Peter Mojuntin, Kg Suok, Penampang.

Matlamat untuk menggalakan dan memupuk rasa minat dalam kalangan para belia agar terus aktif berkarya dalam bidang seni dan mempromosikan sumber idea kreativiti dan berinovasi yang dijana oleh buah fikiran para belia.

14/10/2026

AI SAFETY COURSE.
Pivot & Embed 3 Ways Your Current Tech Role is already an AI Safety Job by Safirah Noh. Organised by Yayasan Peneraju.

14/10/2026

SCENIC SYNERGY: Creative & Tech Adoption 2026 πŸš€

Saya berpeluang menyertai program SCENIC SYNERGY: Creative & Tech Adoption 2026 di KPSTI Sandbox pada 13–14 Oktober 2026.

Program latihan jangka pendek selama dua hari ini benar-benar menguji pemikiran kritis, kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan kami dalam menghasilkan idea dan penyelesaian yang inovatif.

Para peserta terdiri daripada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan industri ICT. Kami diberikan tugasan untuk diselesaikan dan seterusnya membentangkan hasil kerja di hadapan panel. Pengalaman ini menjadi satu cabaran yang sangat bermakna kerana kami bukan sahaja perlu menghasilkan idea, tetapi juga menjelaskan pendekatan, rasional dan nilai penyelesaian yang dicadangkan.

Saya amat bersyukur menerima maklum balas yang sangat positif daripada panel. Soalan-soalan yang diajukan bukan sahaja mencabar cara kami berfikir, malah membuka perspektif baharu dan memberi panduan berguna untuk menambah baik serta meningkatkan nilai idea yang dibentangkan. Maklum balas tersebut benar-benar memberikan semangat untuk terus belajar, memperbaiki kelemahan dan melangkah lebih jauh.

Bagi saya, program ini bukan sekadar tentang latihan dan tugasan, tetapi juga peluang untuk membina rangkaian profesional, bertukar idea dan meneroka potensi kerjasama strategik pada masa hadapan.

Tahniah kepada SCENIC dan Satu Creative atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Terima kasih kepada semua pihak, panel, tenaga pengajar, fasilitator dan rakan-rakan peserta atas perkongsian ilmu, sokongan serta pengalaman yang berharga.

Semoga hubungan dan kolaborasi yang terjalin menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dalam industri kreatif dan teknologi.

Terus belajar. Terus mencabar diri. Terus mencipta nilai melalui inovasi. πŸ’‘

SCENIC SYNERGY: Creative & Tech Adoption 2026 πŸš€Saya berpeluang menyertai program SCENIC SYNERGY: Creative & Tech Adoptio...

TAKLIMAT JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)Hari ini berkesempatan menghadiri sesi taklimat di Tingkat 6, Pejabat Jabata...
07/10/2026

TAKLIMAT JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

Hari ini berkesempatan menghadiri sesi taklimat di Tingkat 6, Pejabat Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Cawangan Sabah.

Sesi penerangan disampaikan oleh Tuan Othman Somsak, pegawai JPK yang berpengalaman dan antara orang lama dalam bidang pembangunan kemahiran.

Lebih menarik, sesi ini turut menghimpunkan pakar-pakar industri dalam bidang masing-masing serta para usahawan, membuka ruang untuk perkongsian pengalaman, pertukaran idea dan membina jaringan profesional yang lebih luas.

Banyak input dan perspektif baharu yang diperoleh, khususnya berkaitan pembangunan kemahiran, TVET, keperluan industri dan peluang keusahawanan.

Terima kasih Coach atas perkongsian dan bimbingan, serta terima kasih kepada JPK Cawangan Sabah atas penerangan dan sesi yang sangat bermanfaat.

Terus belajar. Terus membina jaringan. Terus tingkatkan kemahiran. πŸ’ͺ

07/10/2026

TAKLIMAT JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

🎡 SELESAI | PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ORIGINAL SOUNDTRACK 🎡Telah selesai penganjuran Pertandingan Mencipta Lagu Origina...
06/10/2026

🎡 SELESAI | PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ORIGINAL SOUNDTRACK 🎡

Telah selesai penganjuran Pertandingan Mencipta Lagu Original Soundtrack yang berlangsung di Karamunsing Hall, Kota Kinabalu, anjuran gabungan persatuan KREATIF SABAH.

Kali ini, SCREIMO (Sabah Creative and Innovation Movement) diberi kepercayaan sebagai Official Documentation Team yang bertanggungjawab dalam dokumentasi fotografi dan videografi sepanjang berlangsungnya acara.

πŸ“ΈπŸŽ₯ Setiap detik, persembahan, kreativiti dan perjalanan acara telah dirakam sebagai sebahagian daripada dokumentasi rasmi program.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, penganjur, rakan kerjasama, urus setia, tenaga kerja serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini.

πŸ‘ Tahniah kepada semua yang terlibat!

Perjalanan masih diteruskan. Nantikan penganjuran Final yang akan datang β€” kita jumpa lagi dan saksikan lebih banyak karya, bakat dan kreativiti tempatan! 🎢πŸ”₯

SCREIMO | Documenting Creativity. Celebrating Talent.

24 karya komposer rebut 10 tempat ke pentas akhir OST Kreatif Sabah 2026

KOTA KINABALU: Sebanyak 24 karya ciptaan komposer berjaya mara ke peringkat separuh akhir Pertandingan Mencipta Lagu OST (Original Soundtrack) KREATIF SABAH 2026, dalam usaha memilih 10 lagu terbaik untuk bersaing di pentas akhir pada Disember depan.

Pertandingan anjuran Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF SABAH) itu dibuka selama empat minggu sejak 1 September 2026 dan menerima 34 penyertaan daripada komposer tempatan.

Pautan berita penuh di ruangan komen πŸ‘‡πŸ‘‡

04/10/2026
04/10/2026

Pertandingan Mencipta Lagu Original Soundtrack OST Kreatif Sabah Semi Final. 4.10.2026.Karamunsing Hall, Kota Kinabalu, Sabah.

Selesai kursus Web Developement yang dianjurkan oleh Terratech Borneo 2026. Bertempst di KPSTI Kota Kinabalu,Sabah.
03/10/2026

Selesai kursus Web Developement yang dianjurkan oleh Terratech Borneo 2026. Bertempst di KPSTI Kota Kinabalu,Sabah.

πŸ“’ PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TARIKH PROGRAMKURSUS ASAS RAKAMAN, MIXING & MASTERINGDimaklumkan bahawa tarikh asal program As...
03/10/2026

πŸ“’ PEMBERITAHUAN PERUBAHAN TARIKH PROGRAM

KURSUS ASAS RAKAMAN, MIXING & MASTERING

Dimaklumkan bahawa tarikh asal program Asas Rakaman, Mixing & Mastering telah mengalami perubahan.

πŸ“Œ Tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat pengesahan ketetapan rasmi.

Mohon para peserta tidak merujuk kepada tarikh yang telah diumumkan sebelum ini bagi mengelakkan kekeliruan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan perubahan yang berlaku. Kerjasama serta pemahaman daripada semua peserta amat kami hargai.

πŸ“£ Sila tunggu pengumuman rasmi bagi tarikh baharu program.

Harap maklum dan terima kasih atas perhatian.

Address

Jalan Datuk Peter Mojuntin, Kg Suok
Penampang
89500

Telephone

+601133071975

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Screimo Sabah Creative & Innovation Movement posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Screimo Sabah Creative & Innovation Movement:

Share