Yayasan Ehsan Permatang Sintok

Yayasan Ehsan Permatang Sintok YAYASAN EHSAN PERMATANG SINTOK (YEPS) merupakan Yayasan kebajikan yang ditubuhkan pada 6 Disember 2005 dan berpusat operasinya di Permatang Sintok, Kepala

YAYASAN EHSAN PERMATANG SINTOK (YEPS) merupakan Yayasan kebajikan yang ditubuhkan pada 6 Disember 2005 dan berpusat operasinya di Permatang Sintok, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. YEPS adalah sebuah organisasi bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan. Di awal penubuhannya, Yayasan ini berhasrat untuk membantu golongan fakir, miskin dan keluarga yang ditimpa musibah di seki

tar Seberang Perai dan Pulau Pinang sahaja. Walau bagaimanapun, skop Yayasan ini telah diperluaskan oleh pihak ROS bagi membolehkannya beroperasi ke seluruh Malaysia dan dengan itu, ianya dijenamakan semula sebagai YAYASAN EHSAN PERMATANG SINTOK SEMALAYSIA

Kini, YEPS cuba untuk menggalakkan semangat sukarelawan dan memberi peluang kepada warganegara Malaysia untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan di dalam menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan di Malaysia. Pihak YEPS adalah sebagai agen perubahan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, dan belia serta latihan kepada sukarelawan. Selain itu, YEPS juga akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain dan juga badan-badan korporat di dalam menjalankan projek-projek kebajikan. Peranan dan aktiviti YEPS untuk menyediakan latihan dan peluang-peluang bersukarela untuk sukarelawan bagi manfaat golongan yang memerlukan. YEPS juga akan mengadakan aktiviti menjejak dan membantu gologan yang memerlukan melalui aktiviti kemasyarakatan. Selain itu YEPS juga adalah medium bagi membantu golongan belia dari terjebak dengan gejala sosial yang semakin meningkat sekarang ini. YEPS juga akan melatih sukarelawan untuk bersiap sedia jika berlaku bencana alam didalam usaha menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat. Akhirnya, YEPS akan sentiasa menjalankan amanah ini dengan telus dan penuh tanggungjawab bagi memastikan matlamat utama Yayasan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Address

D/a Masjid Asy-Syakirin Permatang Sintok
Penaga
13100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60135219077

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Ehsan Permatang Sintok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Ehsan Permatang Sintok:

Share