25/05/2026
Situasi Semasa Kes & Wabak Denggi di Negeri Pahang Sehingga 23.05.2026
โซ Sepanjang tempoh 17 Mei 2026 sehingga 23 Mei 2026, sebanyak 12 kes demam denggi tercatat di negeri Pahang. Terdapat penurunan 5 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 17 kes. Dalam tempoh ini juga berlaku 2 wabak aktif di daerah Temerloh, 1 wabak aktif di daerah Bentong dan 1 wabak aktif di daerah Kuantan.
โซ Jumlah terkumpul kes denggi di seluruh negeri Pahang = 348 kes.
โซ Jumlah kes kematian terkumpul tahun 2026 = 1 kematian.
Usah leka. Setiap individu perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi di kediaman masing-masing dengan cara:
๐ด Cari dan musnahkan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah setiap minggu. Hanya 10 minit diperlukan.
๐ด Lakukan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa terutama pada waktu puncak (awal pagi dan lewat petang).
๐ด Sekiranya demam, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa anda.
Darah kita bukan untuk Aedes
10 minit Cari & Musnah