06/10/2026
Pada tengahari tadi wakil team Skuad Ukhwah Pekan/SUP telah menghantar katil ke Kg Ketapang untuk kegunaan sahabat kami iaitu Saudara Ali Anuar yang kini terlantar.
PSUP diiwakili Puan Rosida Kasim turut menyerahkan sumbangan tunai kepada waris Ali yang dikumpul daripada Kutipan Derma dikalangan ahli-ahli PSUP. Sumbangan ini hanya sedikit tidak boleh dinilai dengan jasa yang diberikan oleh Saudara Ali Selama berada dalam kepimpinan Ngo kami Dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Saudara kami ini sentiasa memberi komitmen yang sangat membanggakan.
Kami hanya mampu memanjatkan doa kepada yang Maha Esa supaya sahabat kami ini diberi keajaiban kesembuhan segera. Kami rindukan saudara kami ini.
Ya Allah, Kami mohon kepadaMu agar Ali dikurniakan kekuatan Dan diberi kesembuhan. Amin Ya Rabbal Alamin.