Pusat Islam & Pembangunan Insan UMPSA

Pusat Islam & Pembangunan Insan UMPSA Laman Facebook Rasmi Pusat Islam UMPSA (PIMPIN). Siaran dan Hebahan setiap program & aktiviti PIMPIN Carta Organisasi PIMPIN

~ Pengarah : Prof.

Perubahan dari unit kepada pusat bertujuan untuk meluaskan lagi skop kerja bahagian seiring dengan penubuhan UMP yang dahulunya dikenali dengan KUKTEM. Ia bertanggungjawab menjalankan program pembangunan insan di kalangan warga UMP selaras dengan matlamat melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut mental, fizikal, emosi dan rohani. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berbentuk latihan, bengkel,

seminar, kursus, ceramah dan sebagainya yang menjurus kepada pemantapan kefahaman Islam serta nilai-nilai murni universal dan penghayatannya di dalam kehidupan seharian. Madya Dr. Rashidi bin Abbas
~ Pegawai Hal Ehwal Islam : Ustaz Md Abdu Bin Sahak
~ Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan : Ustaz Muhammad Sallehudin Bin Md Derus
~ Pegawai Hal Ehwal Islam : Ustazah Amira Binti Abdullah
~ Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam : Ustaz Mohamad Hasnur Bin Abdul Hamid
~ Pembantu Hal Ehwal Islam : Ustaz Muhammad Farid bin Mohd Idris
~ Pembantu Hal Ehwal Islam : Ustaz Ku Mohammad Aminudin Baki bin Ku Yakub
~ Pembantu Hal Ehwal Islam : Ustaz Shahrul Nizam Bin Md Ahir
~ Pembantu Hal Ehwal Islam : Ustazah Dhabitah binti Mohd Zabidi
~ Penolong Pegawai Tadbir : Puan Fatimahnor binti Hj Besar
~ Permbantu Tadbir : Cik Nur Ain Anis
~ Pembantu Operasi : En Mohd Zulfahmi bin Zulkifli

38 Mahasiswa UMPSA Sertai Program Satu Hari Bersama Pewaris KorbanGambang, 14 Jun 2026 – Seramai 38 orang pelajar mahasi...
14/06/2026

38 Mahasiswa UMPSA Sertai Program Satu Hari Bersama Pewaris Korban

Gambang, 14 Jun 2026 – Seramai 38 orang pelajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Program Satu Hari Bersama Pewaris Korban: Kursus Sembelihan Halal yang berlangsung di Masjid UMPSA Kampus Gambang, baru-baru ini.

Program yang berlangsung bermula 8.00 pagi hingga 3.30 petang ini merupakan anjuran bersama Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMPSA, serta Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 4, dengan objektif memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penyembelihan halal yang menepati syariat Islam melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek penting berkaitan hukum-hakam penyembelihan, syarat-syarat sah sembelihan, pengendalian haiwan sebelum dan selepas sembelihan serta amali penyembelihan yang dipantau secara langsung oleh tenaga pengajar berpengalaman.

Kursus ini dikendalikan oleh YBhg Ustaz Muhammad Taufiq Ghufran bin Bakri, Pembantu Hal Ehwal Islam ,Pejabat Agama Islam (Daerah Kuantan), manakala sesi bimbingan dan pengendalian turut dibantu oleh YBhg Dr. Tuan Sidek Tuan Muda, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah) Pusat Sains Kemanusiaan , yang berkongsi pengalaman serta panduan berkaitan aspek teknikal dan kepentingan penyembelihan halal dalam kehidupan masyarakat Islam.

Selain memperkukuhkan kefahaman terhadap tuntutan syariat, program ini turut memberi peluang kepada peserta menguasai kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan ketika ibadah korban, akikah dan urusan penyembelihan halal pada masa hadapan. Kemudahan makan dan minum turut disediakan sepanjang program bagi memastikan keselesaan para peserta.


12/06/2026

Kuliah Maghrib | 12 Jun 2026 | Kitab Latihan Spritual Islam | Oleh : Al-Fadhil Ustaz Dr Mohd Suhardi Bin Mat Jusoh | Masjid Al-Jazari UMPSA Pekan | Selamat Menonton.

10/06/2026

Kuliah Maghrib | 10/6/2026 | Kitab Fiqh Sirah | Oleh : Al-Fadhil Ts. Dr. Mohd Adnin Bin Hamidi | Masjid Al-Jazari UMPSA Pekan | Selamat Menonton.

09/06/2026

Kuliah Maghrib | 9/6/2026 | Kitab Tafsir Al-Azhar | Oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhammad Sallehuddin Bin Md Derus | Masjid Al-Jazari UMPSA Pekan | Selamat Menonton.

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026  SUNGAI KOYAN07 Jun 2026 (Ahad)Majlis Penyerahan Barangan Dapur kepada Golongan Asnaf telah di...
09/06/2026

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026 SUNGAI KOYAN

07 Jun 2026 (Ahad)

Majlis Penyerahan Barangan Dapur kepada Golongan Asnaf telah diadakan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup golongan yang memerlukan di sekitar FELDA Sungai Koyan.

Melalui program ini, penerima yang terdiri daripada golongan asnaf telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur harian seperti beras, minyak masak, gula dan keperluan asas lain. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh wakil penganjur kepada para penerima yang telah dikenal pasti layak menerima bantuan.

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026  SUNGAI KOYAN07 Jun 2026 (Ahad)Pada hari terakhir program, aktiviti beramai yang dijalankan ad...
09/06/2026

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026 SUNGAI KOYAN

07 Jun 2026 (Ahad)

Pada hari terakhir program, aktiviti beramai yang dijalankan adalah merewang kenduri kampung. Sepanjang aktiviti berlangsung, para sukarelawan berganding bahu melaksanakan pelbagai tugasan termasuk menyediakan bahan-bahan masakan, membersihkan kawasan memasak serta membantu proses penyediaan hidangan untuk tetamu. Penglibatan aktif semua pihak telah melancarkan urusan penyediaan kenduri dan mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi amalan masyarakat kampung.

08/06/2026

Kuliah Maghrib | 8 Jun 2025 | Tajwid AL-Quran Rasm Uthmani

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026  SUNGAI KOYAN 06 Jun 2026 (Sabtu) Program Forum dan Malam Berselawat telah berjaya dilaksanaka...
08/06/2026

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026 SUNGAI KOYAN

06 Jun 2026 (Sabtu)

Program Forum dan Malam Berselawat telah berjaya dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, FELDA Sungai Koyan bermula pada jam 8.45 malam hingga 10.00 malam. Program ini merupakan salah satu pengisian utama dalam siri Dakwah Ummah @ FELDA Sungai Koyan yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Sultan Ahmad Shah dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis.

Program dimulakan dengan sesi forum yang menampilkan Ustaz Md Abdu Sahak, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMPSA, sebagai panel jemputan. Sesi forum telah dikendalikan oleh Saudara Badrul Hisham, Timbalan Pengarah Program Dakwah Ummah @ FELDA Sungai Koyan..

Program diteruskan dengan Malam Berselawat yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan penghayatan. Para peserta bersama-sama mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada Baginda. Pengisian kerohanian ini berjaya menyemarakkan semangat ukhuwah serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026  SUNGAI KOYAN06 Jun 2026 (Sabtu)Sukan Rakyat dan Sukaneka telah berlangsung dengan jayanya di ...
08/06/2026

PROGRAM DAKWAH UMMAH 2026 SUNGAI KOYAN

06 Jun 2026 (Sabtu)

Sukan Rakyat dan Sukaneka telah berlangsung dengan jayanya di Padang Awam Sungai Koyan bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Pelbagai acara sukan rakyat telah dipertandingkan seperti tarik tali, boling kelapa, lari bawa pingpong dalam sudu, lari kepit belon, susun menara cawan, pingpong dalam kotak telur dan motor lambat. Aktiviti-aktiviti ini berjaya menceriakan suasana serta menggalakkan penyertaan aktif daripada peserta pelbagai peringkat umur.

Bagi kategori kanak-kanak p**a, beberapa acara sukaneka telah dijalankan antaranya Biskut Balance Challenge, Pindah Getah Guna Straw Challenge, Pecahkan Belon dan Animal Movement Race. Penyertaan yang memberangsangkan daripada kanak-kanak telah menambahkan lagi kemeriahan program serta memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan berseronok dalam suasana yang sihat dan selamat.

Address

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Pekan
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094315040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam & Pembangunan Insan UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Islam & Pembangunan Insan UMPSA:

Shortcuts

Share