Madrasah Khairu Ummah

Madrasah Khairu Ummah MADRASAH KHAIRU UMMAH the aqidah of Ahlus Sunnah Wal Jammah. Nabi SAW bersabda, Maksudnya: “Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para anbiya’.

KHAIRU UMMAH ORGANIZATION
'Knowledge Tarbiyah Dakwah'

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors.

(Ali ‘Imran:110)

‘The best of peoples” is a term bestowed exclusively by Allah glorified is He and exalted (swt) upon the followers of the prophet Muhammad (pbuh). The attributes of “the best of peoples” (khairu ummah) are the enjoining of what is right, the forbidding of what is wrong and belief in Allah swt in keeping with the creed (aqidah) of the prophet Muhammad (pbuh) and his companions (may Allah have mercy on them), i.e. Whenever any community transgresses the laws of the Creator of the universe, He sends to the community a prophet to guide them back to the right path. Allah has decreed:
وانما أنت منذر ولكل قوم هاد

But thou ( O Muhammad) art truly a warner, and to every people a guide.”(Ar-Ra’d:7)


However, after the coming of the final prophet, it is the ulama’ or Islamic religious scholars who are entrusted with the responsibility of reforming mankind or of correcting things. They are the heirs and the custodians of Islamic knowledge, education and of the mission of dakwah or of calling people to the religion of Allah. Prophet Muhammad (pbuh) stated: “The ulama’ are the heirs to the Prophet …” (Bukhari, Turmizi and others). The development of the ulama’ as heirs of the prophet is dependent on firmly established Islamic education and training (tarbiyah). This development begins with a carefully compiled and holistic system that can be realised with the establishment of a madrasah. The beginnings of this lie in the discussion circles (halaqah) the Prophet (pbuh) conducted with the ahl as-Suffah and which have continued till today. Similarly, to aim for and to regulate the institution of the ulama’ as one that truly inherits the knowledge and dakwah of the prophet, there has to exist an established and strong group. It is with this realisation that Khairu Ummah was officially established on 11 May 2009 / 16 Jumada Al-Ula 1430 to develop a strong and prestigious institution of ulama’ as the heirs of the prophets, thus developing mankind into “the best of peoples”.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH
'IlmuTarbiyah Dakwah'

TERJEMAHAN BAHASA MELAYU :

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya: “Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia sejagat, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.”(Ali ‘Imran:110)

Gelaran sebaik-baik ummah adalah gelaran khusus yang diberikan oleh Allah Taala terhadap umat Nabi Muhammad SAW . Sifat-sifat mereka yang bergelar ‘Khairu Ummah’ (sebaik-baik umat) ini ialah menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran serta beriman dengan Allah Taala dengan aqidah yang dipegangi oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Apabila sesuatu kaum manusia telah menyimpang daripada syariat Pencipta alam semesta, maka menjadi sunnahNya bahawa diutuskan para Rasul untuk mengembalikan semula mereka kepada jalan yang lurus. FirmanNya :

وانما أنت منذر ولكل قوم هاد

Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad!) hanyalah pemberi peringatan, dan bagi tiap-tiap kaum manusia itu ada seseorang yang memberi pertunjuk”.(Ar-Ra’d:7)

Setelah berakhirnya pangkat kenabian, tugas mengislahkan umat manusia diamanahkan kepada para ulama’ yang mana mereka adalah pewaris yang mewarisi keilmuan, pentarbiyahan dan dakwah daripada para anbiya. Mereka itu mewarisi keilmuan….” (Bukhari, Turmizi dll)

Untuk membentuk ciri-ciri ulama’ sebagai pewaris nabi yang sebenar adalah tertakluk di bawah suatu pendidikan dan pentarbiyahan yang mantap. Pembentukan ini bermula dalam satu kelompok di bawah satu sistem yang tersusun. Hal demikian dapat direalisasikan dengan pembinaan sebuah madrasah. Usaha ini merupakan warisan halaqah pengajian Rasulullah SAW bersama Ahli Suffah dan seterusnya berterusan di setiap zaman bersesuaian dengan keadaan semasa. Begitu juga, untuk membidik serta mengawal institusi ulama’ yang benar-benar mewarisi ilmu, tarbiyah dan dakwah para anbiya, semestinya ada suatu Jamaah (ikatan sekumpulan) yang mantap dan teguh. Di atas kesedaran inilah, tercetusnya penubuhan ‘Khairu Ummah’, suatu pertubuhan yang rasmi (11 Mei 2009M / 16 Jumadas Saniah 1430) bagi memperkasa dan memartabatkan institusi ulama pewaris anbiya, seterusnya mereka dapat membentuk umat manusia sebagai ‘Sebaik-baik Ummah’.

🕋PELUANG MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN DI MADRASAH KHAIRU UMMAH TAHUN 1447H/2026M🕋Program Ibadah Korban MKU ialah inisiatif...
27/04/2026

🕋PELUANG MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN DI MADRASAH KHAIRU UMMAH TAHUN 1447H/2026M🕋

Program Ibadah Korban MKU ialah inisiatif Madrasah Khairu Ummah memberi peluang dan ruang kepada semua kumpulan dan individu yang ingin menjalankan ibadah korban tahun 1447H/2026M di Madrasah Khairu Ummah.

Nak buat korban tahun ni tapi nak lebih daripada sekadar sembelih & agih daging?

Jom daftar korban di Madrasah Khairu Ummah – daging korban anda dimasak sebagai jamuan harian untuk pelajar tahfiz dan alim.

Antara kelebihan:

✨ Ibadah sunnah yang sangat besar ganjarannya
✨ Dapat berkongsi rezeki dengan penuntut ilmu
✨Disertai doa khas oleh mudir dan pelajar pelajar madrasah untuk peserta korban.
✨Menyokong usaha pendidikan Al Quran dan Kitab di Madrasah ini
✨Pengurusan haiwan korban, penyembelihan dan pembahagian daging kepada yang berhak dan masyarakat yang memerlukan.
✨ Pahala jariah berpanjangan insyaAllah
✨ Satu amalan, banyak manfaat
✨setiap titisan darah korban menjadi saksi keikhlasan anda dj hadapan Allah insyaa Allah

Tempat
👉 Madrasah Khairu Ummah, Taman Lubuk Dalam, Jalan Lubuk Dalam, 16800 Pasir Puteh Kelantan.

[RM 750 Satu bahagian 🐂] LEMBU

[RM700 KE ATAS satu bahagian 🐐]KAMBING

Maklumat lanjut :

🔵 FB page Madrasah Khairu Ummah :
https://www.facebook.com/Khairuummah.organization/

📞 www.wasap.my/60129463992
📞 www.wasap.my/60145148539


khairu ummah



🌟 Semoga Allah mudahkan setiap langkah anda untuk menyertai ibadah ini, meluaskan rezeki, dan mencatat nama anda dalam kalangan hamba-Nya yang bertaqwa. Aamiin. 🌟

🌙 Ayuh, kita sempurnakan Aidiladha 1447H ini dengan pengorbanan yang penuh berkat!

SEBARKAN😊

17/04/2026

*Ubat-ubat yg tidak dijual di Farmasi.*

*PATUT DIAMALKAN SELALU...*

1. Bersenam ialah *ubat.*
2. Puasa ialah *ubat.*
3. Makanan sihat ialah *ubat.*
4. Gelak tawa ialah *ubat.*
5. Sayuran dan buah²an ialah *ubat.*
6. Tidur yg cukup ialah *ubat.*
7. Sinar matahari pagi ialah *ubat.*
8. Menyayangi insan lain ialah *ubat.*
9. Menyayangi diri sendiri ialah *ubat.*
10. Syukur ialah *ubat.*
11. Elak perbalahan ialah *ubat.*
12. Tafakur ialah *ubat.*
13. Membaca ayat2 Allah ialah *ubat.*
14. Cara dan masa makan yg betul ialah *ubat.*
15. Husnuzhon (berfikiran positif) ialah *ubat.*
16. Takwa ialah, *ubat.*
17. Saudara-mara & sahabat² yg baik ialah *ubat.*
18. Memaafkan diri sendiri dan orang lain ialah *ubat.*
19. Minum air secukup nya ialah *ubat.*
20. Punyai hati yg tenang ialah *ubat.*
21. Berdamai dengan takdir ialah *ubat.*
22. Sabar ialah *ubat.*

💐 *Ubat²* ni tiada kesan sampingan.

PENDAFTARAN TAHFIZ DAN ALIM 2026/2027 DIBUKA TEMPAT TERHAD.

Kadang-kadang kita terlalu risau tentang masa depan anak.Takut anak tak pandai belajar.Takut anak ketinggalan.Takut anak...
17/04/2026

Kadang-kadang kita terlalu risau tentang masa depan anak.

Takut anak tak pandai belajar.
Takut anak ketinggalan.
Takut anak tak berjaya dalam dunia.

Tetapi ada satu soalan yang jauh lebih penting:

Adakah anak kita membesar dengan IMAN yang SAHIH… ?

Kerana hanya dengan iman yang sahih, segala amalannya akan diterima.

Atau… adakah mereka masih keliru tentang hidup?

Seorang sarjana besar dunia Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menulis satu ayat yang sangat kuat:

“Our real challenge is the problem of the corruption of knowledge.”

Cabaran sebenar kita ialah kerosakan ilmu.

Menurut beliau, masalah terbesar umat Islam hari ini bukan sekadar kelemahan politik, ekonomi atau teknologi.

Tetapi ilmu yang sudah rosak maknanya.

Anak-anak hari ini belajar banyak perkara.
Sains, matematik, teknologi, bahasa.

Tetapi jika ilmu itu tidak membawa mereka mengenal Allah, tidak membawa mereka memahami tujuan hidup,
maka ilmu itu boleh menjadikan mereka pandai… tetapi kosong.

Inilah yang berlaku apabila pendidikan dipisahkan daripada wahyu.

Anak-anak menjadi cerdas,
tetapi semakin keliru.

Tahu banyak perkara,
tetapi tidak tahu untuk apa mereka belajar & apakah tujuan hidup.

Sebab itu sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memastikan anak pandai membaca, mengira, menghafaz Quran..

Tetapi memastikan mereka:

• mengenal Allah sejak dari kecil
• memahami tauhid dengan jelas
• menghidupkan sunnah Nabi ﷺ dalam kehidupan sehariannya

Kerana sunnah Nabi ﷺ bukan sekadar amalan kecil.

Ia adalah cara hidup yang mendekatkan pergantungan hati seseorang kepada Allah swt

Cara hidup yang membentuk manusia yang beradab & berakhlak mulia.

Cara hidup yang membawa kejayaan dunia dan akhirat

Jika anak hanya dibesarkan untuk berjaya dalam dunia, mungkin dia akan menjadi profesional.

Tetapi jika anak dibesarkan dengan iman, tauhid dan sunnah, insyaAllah kita sedang mencetak sesuatu yang jauh lebih besar.

Seorang DA’I.
Seorang pembela agama.
Seorang pejuang Islam pada masa depan.

Tidak kira apa kerjaya nya..

Dia punya yakin yang benar pada Allah
Punya amalan & cara hidup yang benar mengikut jalannya Rasulullah ﷺ

Dan dalam masa yang sama
mengajak orang lain untuk punya keimanan & amalan yang benar juga.



Di zaman yang semakin mencabar ini,
Kita perlukan lebih ramai anak-anak seperti ini.

Merekalah anak-anak yang akan dipilih Allah
untuk menjaga agama-Nya.
Dan jadi asbab ramai manusia masuk ke syurga

Semoga kita dikurniakan dengan nikmat tersebut
Ameen Allahumma Ameen

PENDAFTARAN TAHFIZ DAN ALIM KHAIRU UMMAH 2026/2027. TEMPAT TERHAD.

SALAM AILDILFITRI 1447H DR KAMI WARGA MADRASAH KHAIRU UMMAH...







SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026 DARI KAMI WARGA MADRASAH KHAIRU UMMAH. SEMOGA SYAWAL KALI DIBERKATI OL...
15/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H/2026 DARI KAMI WARGA MADRASAH KHAIRU UMMAH. SEMOGA SYAWAL KALI DIBERKATI OLEH ALLAH SWT. AAMIINNN

PENDAFTARAN TAHFIZ DAN ALIM MADRASAH KHAIRU UMMAH 2026. TEMPAT TERHAD. HUBUNGI 014-514 8539

15/04/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT..

MADRASAH KHAIRU UMMAH
PENDAFTARAN PELAJAR TAHFIZ & ALIM(KITAB) SESI 1446H@ 2025/2026
TAHFIZ 30 JUZ+KITAB TURATH+MEMANAH BERKUDA
AKTIVITI KOKURIKULUM: PERTANIAN LESTARI ALAMI, KELAS RENANG, SILAT, MUHADHARAH, ILMU RIMAYAH(MEMANAH),FURUSIYYAH(BERKUDA),RIAYAH(MEMTERNAK),BAHASA ARAB TINGGI, FAST TRACK SPM, SALURAN SAMBUNG PENGAJIAN LUAR NEGARA.

PROGRAM LAIN: RUMAH NGAJI KHAIRU UMMAH, KEM SURVIVAL CUTI SEKOLAH, JEMPUTAN TAHLIL, SOLAT HAJAT& AQIQAH.

9 TAHUN KE ATAS
TAJAAN UNTUK 17 KE ATAS DEWASA

FB PAGES: MADRASAH KHAIRU UMMAH
ADMIN: 014-5148539@0129463992

Terbaru!!!PROGRAM PENSIJILAN .

KENAPA ANDA KE TAHFIZ&ALIM AGRO KHAIRU UMMAH?

** ** ** ** ** ** ** ** **

LOKASI: PONDOK KHAIRU UMMAH, JALAN LUBUK DALAM, KG.BUKIT HANGUS, 16800 PASIR PUTEH ,KELANTAN.

Kata- kata Alim Ulama': " *Peranan ahli ilmu dalam mengekalkan dan memelihara agama lebih besar daripada pejuang sabilillah di medan perang, kematian seorang alim lebih besar musibah berbanding kematian pejuang yang syahid dalam peperangan menegak agama.*

15/04/2026
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PERSEMBAHAN QASIDAH NASYID PELAJAR MADRASAH ALIM DAN TAHFIZ KHAIRU UMMAH 2026 Akhir zaman rama...
15/04/2026

AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PERSEMBAHAN QASIDAH NASYID PELAJAR MADRASAH ALIM DAN TAHFIZ KHAIRU UMMAH 2026

Akhir zaman ramai yang kurang berpegang kepada Allah.Mereka lebih selesa,lebih tenang berpegang dengan makhluk,itu sangkaan mereka.Mereka sangka berpegang kepada makhluk itu memberi ketenangan dan kebahagiaan.Semoga Allah Taala jauhkan hati kita daripada berpegang kepada makhluk walau zahir kita bekerja,zahir kita cari sijil,zahir kita makan gaji dengan makhluk tetapi minta dengan Allah supaya jadikan hati kita tidak bergantung kepada makhluk tetapi bergantung semata mata kepada Allah.. insyaAllah Aaminn..

PENDAFTARAN PELAJAR ALIM DAN TAHFIZ MKU MASIH DIBUKA 2026 ADMIN 014-514 8539

PROGRAM CERAMAH CINTA PALESTIN ANJURAN MADRASAH ALIM DAN TAHFIZ KHAIRU UMMAH 2026 Kata Guru"Kita kalau stress jangan den...
15/04/2026

PROGRAM CERAMAH CINTA PALESTIN ANJURAN MADRASAH ALIM DAN TAHFIZ KHAIRU UMMAH 2026

Kata Guru"Kita kalau stress jangan dengar lagu tapi mari dengar orang baca kitab,alim ulamak baca nasihat.Itu dipanggil ubat.Cuba kita tanya pelajar kita yang mengaji,betapa ramai hok stress balik kerja tapi bila hadir dalam majlis ilmu,rasa tenang tak payah makan ubat penenang.Ada yang tak boleh tidur,masuk dalam kuliah agama dia tidur,tak payah makan ubat tidur.Itu nak kata perkataan orang soleh boleh jadi ubat."

PENDAFTARAN TAHFIZ DAN ALIM MADRASAH KHAIRU UMMAH 2026 MASIH DIBUKA HUBUNGI ADMIN 014-514 8539

PROGRAM PENGAJIAN KITAB DAN CERAMAH MADRASAH TAHFIZ DAN ALIM KHAIRU UMMAH MAC 2026 Kenapa ramai orang yang tak berminat ...
15/04/2026

PROGRAM PENGAJIAN KITAB DAN CERAMAH MADRASAH TAHFIZ DAN ALIM KHAIRU UMMAH MAC 2026

Kenapa ramai orang yang tak berminat untuk belajar agama?Kerana belajar agama tiada kepentingan untuk dunia,tak dapat apa apa untuk bangsa dunia.Bahkan setengah beranggapan bila hantar anak ke pengajian agama seperti pondok itu tiada masa depan.Maka kalau ada orang yang nak mengaji agama,mengaji kitab atau nak masuk pondok,orang ini kena bersyukur banyak banyak kepada Allah Taala kerana dia telah termasuk dalam pilihan daripada pilihan pilihan Allah Taala.Dalam ramai ramai hamba Allah yang Allah tapis tu,yang ni sahaja Allah pilih bagi nak mendapatkan kasih sayang Dia.Nabi Muhammad ﷺ bersabda"Siapa yang Allah nak berikan kepada dia kebaikan,maka Allah akan beri kepada dia kefaqihan dalam agama."Maka nak faqih macam mana?Ilmu ni satu jalan sahaja iaitu dengan cara kita belajar.

PENDAFTARAN TAHFIZ DAN ALIM 2026 MASIH DIBUKA.. HUBUNGI ADMIN 014-514 8539

Barangsiapa yang menginginkan dunia hendaklah dia menguasai ilmu, Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah d...
30/01/2026

Barangsiapa yang menginginkan dunia hendaklah dia menguasai ilmu, Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dia menguasai ilmu dan barangsiapa yang menginginkan kedua duanya( dunia dan akhirat) hendaklah ia menguasai ilmu. ( Hr Ahmad)

Bagaimana menjadi seorang Faris (rider) yang tangkas berkuda dan lengkap ilmu furusiyahnya? Ibnu Akhi Hizam seorang ulama di zaman Abasiyyah berkata dalam kitabnya, Tidak sempurna furusiyah para prajurit atau faris rider kuda sampai ia mengetahui ilmu tentang pengamatan kuda dan karakternya, keaslian jenis nya, usianya, tanda putihnya, useranya , dan aib serta celanya, jenis yang tidak sesuai untuk dirawat baik dari kelimuan arab atau lain dan cara memasang sandal yang sesuai untuk kudanya.. Alhamdulillah Tuan Guru Mudir Nik bersama Para pelajar Pondok Madrasah adakan aktiviti bulanan di luar pondok bersama staff stable khairu Ummah untuk program berkuda di pantai.. Semoga menjadi manfaat buat semuanya.. aamiin..

Pendaftaran pelajar madrasa alim tahfiz Madrasah Khairu Ummah baharu sesi 1447H masih dibuka sila hubungi terus 0145148539

Tajaan berbuka puasa juga dibuka untuk warga Madrasah Khairu Ummah 2026 sehari rm360 hubungi admin untuk maklumat lanjut. Terima kasih

Address

Jalan Lubuk Dalam-pondok Khairu Ummah Kg Bukit Hangus Pasir Puteh
Pasir Putih
16800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Khairu Ummah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Madrasah Khairu Ummah:

Share