Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh

Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh, Community Organization, Pasir Puteh.

  Alhamdulillah, Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh turut sama menghadiri Program Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Pe...
03/06/2026



Alhamdulillah, Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh turut sama menghadiri Program Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Peringkat Parlimen Pasir Puteh yang telah berlangsung pada 26 Mei 2026 di Masjid Tok Guru, Bandar Baru Pasir Puteh.

Semoga segala pengisian dan peringatan yang disampaikan menjadi bekalan untuk meningkatkan ketakwaan, memperkukuhkan jemaah serta menyuburkan semangat berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

"Bersama Menghayati, Bersama Menginsafi."



Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H 🌙Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sebenar kepad...
27/05/2026

Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H 🌙

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sebenar kepada Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan ini terus subur dalam kehidupan kita demi keluarga, masyarakat dan perjuangan Islam.

Di kesempatan yang mulia ini, kami mendoakan agar seluruh umat Islam sentiasa dikurniakan rahmat, keberkatan, kesihatan yang baik serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada
Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh

9 Zulhijjah 1447H | 26 Mei 2026Sempena Hari Arafah yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa,...
26/05/2026

9 Zulhijjah 1447H | 26 Mei 2026

Sempena Hari Arafah yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta berpuasa sunat bagi yang tidak menunaikan haji.

Hari Arafah merupakan antara hari terbaik untuk memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. Semoga segala amalan kita diterima serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan keampunan buat diri, keluarga dan seluruh ummah.

Ikhlas daripada
Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Semua dijemput hadir ke Program Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Peringkat Par...
25/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semua dijemput hadir ke Program Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Peringkat Parlimen Pasir Puteh seperti ketetapan berikut:

🗓 Hari : Selasa
🕗 Masa : 8.00 pagi
📍 Tempat : Masjid Tok Guru, Bandar Baru Pasir Puteh
👕 Pakaian : Berpakaian putih

Ayuh kita hadir dengan semangat jihad, memperkukuhkan ukhuwwah dan menghayati nilai pengorbanan serta kesatuan hati dalam perjuangan Islam.

✨ “Bersama Menghayati, Bersama Menginsafi.”

Kehadiran semua amat dialu-alukan. Terima kasih.

17 Mei 2026Selamat Hari Lahir kepada YB Asilah Zin, Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh. Semoga dipanj...
17/05/2026

17 Mei 2026

Selamat Hari Lahir kepada YB Asilah Zin, Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh. Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin 🤲🏻💚

15 Mei 2026Selamat Hari Lahir kepada Datin Ustazah Nik Salma Nik Mustafa, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh. Se...
17/05/2026

15 Mei 2026

Selamat Hari Lahir kepada Datin Ustazah Nik Salma Nik Mustafa, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh. Semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin 🤲🏻💚

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2026

"Seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membentuk adab dan akhlak dalam diri kita. "

Terima kasih guru-guru atas jaga & penat lelah kalian dalam mendidik,berdirinya seorang insan hebat hasil daripada didikan guru- guru yang hebat.

16/05/2026
16/05/2026
Selamat Hari Guru16 Mei 2026 🌹“Guru Bitara Nadi Negara”Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh  merakamkan setinggi-tingg...
16/05/2026

Selamat Hari Guru
16 Mei 2026 🌹

“Guru Bitara Nadi Negara”

Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan didikan yang dicurahkan dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak.

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih cikgu 💚

Address

Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh:

Share