Untuk sebarang pertanyaan sila gunakan kemudahan peti masuk (inbox) laman kami ini. PENGENALAN & SEJARAH:
Silat Lintau merupakan Seni Silat tua dari alam Minangkabau, Sumatera, Indonesia dan ia dikenal pasti mula berkembang pada awal abad ke-12, iaitu sejak tahun 1119 lagi. Pendekar-pendekar dari Lintau pada zaman dahulu merupakan Hulubalang Raja yang tugasnya menjaga keamanan dan keselamatan Raj
a Pagaruyung yang memerintah Lintau, iaitu Tuanku Raja Adat. Silat Lintau mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh Pandeka Talib, seorang perantau dari Nagari Tepi Selo, Lintau Buo Utara, yang mengembangkan ilmu ini di daerah Kuala Kangsar, Perak dan Pandeka Haji Zainuddin yang mengembangkan ilmu beliau di Negeri Sembilan. Di Perak, Pandeka Talib meninggalkan warisan, antaranya ialah Dr. Kamal Shah bin Abdullah Zawawi, Presiden dan Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Lintau Malaysia (PSSLM), yang merupakan generasi ke empat dari Pandeka Talib.
ππ«π πππ¦ππ₯ ππ‘ππ‘
Dr. Kamal mula mengajar Silat Lintau pada Januari 1995 di SMK Tok Janggut, Pasir Puteh dan hingga kini telah melatih lebih daripada 1,000 orang pelajar dalam ilmu persilatan. Selepas PERSILEK ditubuhkan pada tahun 2005, kegiatan ini telah dikembangkan ke SMK Sri Aman dan SMK Dato Ismail, Pasir Puteh, Kelantan. Pada 27 Jun 2011, Dr. Kamal Shah telah diberi gelaran Pandeka Sutan Rajo Sati oleh Ketua Tuo Silek Se-Alam Minangkabau, Drs. Gelaran ini diberikan sebagai penghormatan atas upaya beliau menggiatkan kembali aktiviti Silek Lintau di Kelantan, Malaysia. Dr. Kamal telah mempelajari Silat Lintau pada tahun 1975 di Perak Darul Ridzuan sehingga gelaran itu layak diberikan. Dr. Kamal diakui sebagai satu-satunya Pandeka Silat Lintau yang diakui oleh Tua-tua Silat Lintau dari Kecamatan Lintau Buo dan Lintau Buo Utara. Diatas kesepakatan para Tuo Silek Lintau tersebut, Dr. Kamal telah dihadiahkan satu set Calempong, Gendang dan pakaian kebudayaan Minangkabau oleh Bupati Tanah Datar, Yth. Hasrat dan cita-cita Dr. Kamal ialah untuk mengembangkan Silat Lintau dengan membangunkan Surau Silat yang pertama di negeri Kelantan Serambi Mekah ini dengan persetujuan kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Dato Bentara Setia, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz b. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.