Masjid Az-zahra' Jeram Pasu

Directions

Masjid Az-zahra' Jeram Pasu Masjid Azzahra' Jeram Pasu memulakan pembinaannya pada awal September 2020. Sumbangan awam masih diperlukan untuk tujuan ini.

Sumbangan bolehlah disalurkan atas nama Tetuan Masjid Az-zahra
No Akaun A/C: 03090010051631 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
boleh juga berhubung melalui Setiausaha Masjid : Ust Tarmizi ( 013-9040015 ) Projek pembinaan Masjid dua tingkat ini dijangka akan siap dalam tempoh 3 tahun dengan kos berjumlah RM 2.6 juta.

πŠπ”π‹πˆπ€π‡ 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ : "𝑀𝐸𝑁𝐽𝐴𝐷𝐼 π‘€π‘ˆπ‘†πΏπΌπ‘€π΄π» 𝑆𝑂𝐿𝐸𝐻𝐴𝐻 (𝑆𝐼𝑅𝐼 2)"Semua Dijemput Hadir '
21/09/2026

πŠπ”π‹πˆπ€π‡ 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ : "𝑀𝐸𝑁𝐽𝐴𝐷𝐼 π‘€π‘ˆπ‘†πΏπΌπ‘€π΄π» 𝑆𝑂𝐿𝐸𝐻𝐴𝐻 (𝑆𝐼𝑅𝐼 2)"

Semua Dijemput Hadir

'

πŸŽ“βœ¨ SUMBANGAN SAGUHATI PENDIDIKAN βœ¨πŸŽ“Masjid Az Zahra’ Mukim Jeram Pasu dengan penuh rasa syukur dan prihatin telah menyamp...
17/09/2026

πŸŽ“βœ¨ SUMBANGAN SAGUHATI PENDIDIKAN βœ¨πŸŽ“

Masjid Az Zahra’ Mukim Jeram Pasu dengan penuh rasa syukur dan prihatin telah menyampaikan sumbangan saguhati kepada anak-anak ahli qariah yang berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (universiti).

🌹 Sumbangan ini merupakan tanda sokongan dan penghargaan daripada pihak masjid kepada anak-anak qariah yang telah berusaha gigih mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Meran Meran selaku Imam Tua Masjid Az Zahra' Mukim Jeram Pasu.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan persiapan dan perbelanjaan mereka sepanjang menempuh alam pengajian di universiti.

πŸ“š Tahniah dan syabas kepada semua penerima!

Teruskan melangkah dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan. Jadikan ilmu sebagai bekalan untuk membina masa depan yang lebih baik serta memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

🀲 Doa kami buat semua anak-anak qariah:

"Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengajian, dikurniakan ilmu yang bermanfaat, dipermudahkan dalam setiap perjalanan menuntut ilmu serta mencapai kejayaan dunia dan akhirat."

πŸ’š Masjid Az Zahra’ Mukim Jeram Pasu
Prihatin β€’ Membina β€’ Menyantuni Ummah



πŸ‡²πŸ‡Ύ KEJOHANAN PETANQUE SEMPENA CUTI HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Kejohanan Petanqu...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ KEJOHANAN PETANQUE SEMPENA CUTI HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Kejohanan Petanque Sempena Cuti Hari Malaysia pada pagi ini, 16 September 2026, bertempat di Padang Petanque Taman Permata.

🎯 Kejohanan ini dianjurkan oleh Masjid Az Zahra’ Mukim Jeram Pasu sebagai salah satu usaha mengeratkan ukhuwah, silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Suasana pertandingan berlangsung dalam keadaan penuh ceria, santai dan meriah. Tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dengan semangat kesukanan yang tinggi! πŸ‘πŸŽ‰

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia!
🀝 Bersukan, Bersilaturahim, Bersatu Hati.







Alhamdulillah.Selesai Kuliah Maghrib Perdana oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mokhtar Bin Haji Yaacob Terima Kasih ustaz kerana...
02/09/2026

Alhamdulillah.
Selesai Kuliah Maghrib Perdana oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mokhtar Bin Haji Yaacob

Terima Kasih ustaz kerana dapat memenuhi jemputan pihak masjid. Semoga Allah merahmati ustaz.

Terima kasih juga kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir bagi memeriahkan majlis ilmu.



Alhamdulillah..Program LIGA PENALTI MERDEKA pagi tadi berlangsung dengan jayanya.Terima kasih kepada ahli qariah yang me...
31/08/2026

Alhamdulillah..
Program LIGA PENALTI MERDEKA pagi tadi berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada ahli qariah yang memeriahkan program sempena Cuti Hari Merdeka.



Kuliah Maghrib Perdana Bersama Al Fadhil Ustaz Mokhtar Bin Yaacob.  "MERDEKA DARI KEJAHILAN"Semua Dijemput Hadir.
30/08/2026

Kuliah Maghrib Perdana Bersama Al Fadhil Ustaz Mokhtar Bin Yaacob.

"MERDEKA DARI KEJAHILAN"

Semua Dijemput Hadir.




Alhamdulillah.Selesai Kuliah Maghrib Perdana oleh Al Fadhil Ustaz Syed Mohd Bakri PU Syed.Terima Kasih ustaz kerana dapa...
28/08/2026

Alhamdulillah.
Selesai Kuliah Maghrib Perdana oleh Al Fadhil Ustaz Syed Mohd Bakri PU Syed.

Terima Kasih ustaz kerana dapat memenuhi jemputan pihak masjid walaupun datang dari jauh. Semoga Allah merahmati ustaz.

Terima kasih juga kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir bagi memeriahkan majlis ilmu.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 21:Ω„ΩŽΩ‚ΩŽΨ―Ω’ ΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ω„ΩŽΩƒΩΩ…Ω’ فِي Ψ±ΩŽΨ³ΩΩˆΩ„Ω Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩΨ³Ω’ΩˆΩŽΨ©ΩŒ Ψ­ΩŽΨ³ΩŽΩ†ΩŽΨ©ΩŒYang bermaksu...
24/08/2026

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 21:
Ω„ΩŽΩ‚ΩŽΨ―Ω’ ΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ω„ΩŽΩƒΩΩ…Ω’ فِي Ψ±ΩŽΨ³ΩΩˆΩ„Ω Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩΨ³Ω’ΩˆΩŽΨ©ΩŒ Ψ­ΩŽΨ³ΩŽΩ†ΩŽΨ©ΩŒ
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu."

Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam kehidupan. Baginda mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran, amanah, kejujuran, persaudaraan dan pengorbanan.

Justeru, marilah kita menjadikan sambutan Maulidurrasul pada tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita lebih mengenali Rasulullah SAW, lebih mencintai Baginda, memperbanyakkan selawat serta berusaha mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

23/08/2026

Alhamdulillah..
Sempena bulan Rabi'ulawal,bulan kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.AW.

Masjid Az Zahra' mengadakan Selawat beramai-ramai setiap malam selama satu bulan.

Jom kita pakat hadir.
Memeriahkan setiap malam dengan Memuji Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

*Jamuan disediakan.


.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada muslimat yang hadir pada pagi ini bagi memeriahkan kuliah dhuha.Terima kasih kepada U...
22/08/2026

Alhamdulillah.
Terima kasih kepada muslimat yang hadir pada pagi ini bagi memeriahkan kuliah dhuha.

Terima kasih kepada Ustazah Lizakalrina atas kesudian hadir memberikan pengisian.

Address

Jeram Pasu
Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Az-zahra' Jeram Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share