Kampung Selising

Kampung Selising Pekan Selising merupakan sebuah pekan yang terletak dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.

01/02/2025
24/12/2024
Setara mana DBP bersengoti?Kita kekurangan buku kekanak?Cuba tanya persatuan penulis -berapa kali adakan bengkel penulis...
04/10/2024

Setara mana DBP bersengoti?

Kita kekurangan buku kekanak?
Cuba tanya persatuan penulis -
berapa kali adakan bengkel penulisan buku kekanak?
Apa Gapena malaysia buat?
Setiap tahun banyak mana ada teater kekanak?
Mengapa Sekolah Seni dok buat teater dewasa?
Persatuan Teater Malaysia?

12/08/2024

Kari Selising made in selising 16810

Makan Singgam Daging di Masjid Al-Adzim Mukim Selising (7/6/24) lepas jumaat.
09/06/2024

Makan Singgam Daging di Masjid Al-Adzim Mukim Selising (7/6/24) lepas jumaat.

Separuh dari ketenangan diri ialah bersikap tidak mempeduli apa yang dimiliki orang lain. Bermaksud tidak berfikir tilik...
09/06/2024

Separuh dari ketenangan diri ialah bersikap tidak mempeduli apa yang dimiliki orang lain. Bermaksud tidak berfikir tilik setiap apa yang diperolehi orang lain, samada ni'mat yang besar-besar atau kecil.

Seluruh hidupnya, pasrah pada kekuasaan dan kehendak Allah. Kekuasaan dan kehendak Allah pada orang lain, bukan urusannya. Itu urusan Allah.

Demikian hurai seorang ustaz yang masih muda belia tapi ujarannya sangat menjentik hati sanubariku!

Tenkiu Ustaz!

Masjid Al-Adzim Mukim Selising

16/01/2024

Hobi tanam betik jana pendapatan RM20,000 sebulan

PASIR PUTEH - Bapa kepada tujuh orang anak di Kampung Lepah, Selising di sini tidak pernah menyangka tanaman betik yang diusahakannya sebagai hobi mampu memberikan pulang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.

Mohamed Omar, 66, berkata, dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 bagi mengisi masa di waktu lapang.

"Saya terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai.

"Situasi itu menyebabkan saya tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Menurut bekas kontraktor itu, melihat kepada potensi serta permintaan tinggi dia memberanikan diri dengan mengusahakan tanaman tersebut secara komersial.

Ujarnya, bermula daripada hanya 30 pokok, kini dia memiliki lebih 2,500 yang ditanam di tanah seluas 1.6 hektar.

Mohamed memberitahu, pada Mac ini dia dibantu oleh anak lelakinya akan membuka lagi tanah seluas 1.6 hektar bagi mengusahakan tanaman betik.

"Setakat ini permintaan terhadap buah betik sangat tinggi namun bekalannya terhad.

"Walaupun saya berjaya mengeluarkan 1,000 kilogram (kg) sehari namun ia masih belum dapat memenuhi pasaran tempatan," katanya.

Menurut Mohamed, permintaan tinggi disebabkan oleh tiada persaingan daripada pihak yang mengusahakan betik secara komersial.

Tambahnya, pada masa sama dia sendiri memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik.

Katanya, mengusahakan tanaman betik bukanlah perkara sukar namun memerlukan ilmu kerana ia sering berdepan dengan risiko penyakit terutama semasa musim tengkujuh atau hujan lebat.

"Jika cuaca panas dan kering, isi serta kualiti buah akan menjadi lebih baik. Bagaimanapun ia tetap memerlukan air yang cukup.

"Hujan akan menyebabkan buah betik cepat rosak, pada Februari tahun lalu saya berdepan kerugian besar sehingga mencecah puluhan ribu ringgit apabila tanaman ditenggelami air," katanya.

Mohamed memberitahu, pokok betik boleh bertahan sehingga tiga tahun serta boleh diremajakan semula.

Katanya lagi, ia sesuai ditanam di semua jenis tanah kecuali berpasir dan sebatang pokok boleh menghasilkan sekitar 40 biji buah dalam satu masa.

"Sepanjang tahun sebatang pokok boleh mengeluarkan buah sekitar 120 biji.

Alhamdulillah dengan bantuan RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) saya ingin mengembangkan lagi tanaman ini.

"Saya juga bersedia berkongsi kepakaran dengan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi tanaman pokok betik," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Address

Kampung Selising
Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Selising posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share