Pusat Khidmat DUN Gaal

Call Directions Website

Pusat Khidmat DUN Gaal Pusat Khidmat DUN GAAL (PKD Gaal) merupakan Pejabat ADUN Gaal yang menjadi pusat rujukan warga Dun Gaal.

PKD Gaal terletak di Kompleks Sri Gaal yang terdapat Kemudahan Dewan Serbaguna, Pusat Asuhan Tunas Islam dan juga Pejabat Penggawa Daerah Gong Datuk. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gaal merupakan pusat pendaftaran,perkhidmatan,penerangan untuk Merakyatkan Ekonomi dan Pengetahuan masyarakat setempat negeri kelantan dan juga sebagai tempat aduan rakyat setempat.

KERAHAN HADIR BERAMAI-RAMAI!CERAMAH JELAJAH HIMPUNAN & MUNAJAT PENYATUAN UMMAH (HIMPAK) PARLIMEN PASIR PUTEHAyuh seluruh...
18/10/2026

KERAHAN HADIR BERAMAI-RAMAI!

CERAMAH JELAJAH HIMPUNAN & MUNAJAT PENYATUAN UMMAH (HIMPAK) PARLIMEN PASIR PUTEH

Ayuh seluruh warga DUN Gaal dan Parlimen Pasir Puteh !!!

Kita sama-sama hadir memeriahkan Himpunan & Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) dalam mengimarahkan majlis ilmu, memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan semangat penyatuan ummah.

đź“… Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
🕤 Masa: 9.30 malam
📍 Tempat: Dewan Terbuka Arena Square, belakang Pasaraya Pantai Timur

🎙️Menampilkan barisan pimpinan:

- YB. Senator Ust. Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz, Ahli Dewan Negara

- YB. Datuk Dr. Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh

- YB. Zamakhshari Muhamad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan/Ahli Dewan Negeri Apam Putra

YB. Dato’ Haji Zuraidin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Chetnik

Ayuh beramai-Ramai

Bawa bersama ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat. Marilah kita memenuhi majlis ini dengan kehadiran, doa dan semangat kebersamaan demi memperkukuh penyatuan ummah.



PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM CAKNA HAWA & SKIM CAKNA SURI DUN GAALAlhamdulillah, seramai 54 orang penerima telah menerima ...
16/10/2026

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM CAKNA HAWA & SKIM CAKNA SURI DUN GAAL

Alhamdulillah, seramai 54 orang penerima telah menerima sumbangan menerusi Skim Cakna Hawa dan Skim Cakna Suri, melibatkan 30 penerima Skim Cakna Hawa dan 24 penerima Skim Cakna Suri.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YBrs. Cg. Mohd Zain Mahmood, Timbalan Pengerusi Pusat Khidmat DUN Gaal. Majlis turut didahului dengan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadhil Maulana Usamah bin Mohamaad, Mudir Pondok Miftahul Hidayah, Kg. Changgai.

Inisiatif Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan ini merupakan usaha menyantuni golongan wanita dan suri rumah yang layak, di samping membantu meringankan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan keluarga.

Semoga sumbangan yang diberikan membawa manfaat dan keberkatan kepada Semua.




PELANCARAN PASUKAN BOMBA KOMUNITI DESA ALAM SHAH PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT HADAPI KECEMASANBUKIT YONG, 15 OKTOBE...
15/10/2026

PELANCARAN PASUKAN BOMBA KOMUNITI DESA ALAM SHAH PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT HADAPI KECEMASAN

BUKIT YONG, 15 OKTOBER 2026 YB Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri Gaal hadir ke Majlis Perasmian Program Kempen Kesedaran Keselamatan Awam Zon 2 dan Pelancaran Pasukan Bomba Komuniti Desa Alam Shah, Bukit Yong menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran keselamatan awam serta memperkukuh kesiapsiagaan masyarakat menghadapi situasi kecemasan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Ahmad Hakim bin Harun, Ketua Pegawai Pembangunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), yang mewakili YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap agar penubuhan Pasukan Bomba Komuniti Desa Alam Shah dapat memperkukuh kerjasama antara masyarakat setempat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, khususnya dalam aspek keselamatan dan tindakan awal ketika berlaku kecemasan.

Menurut beliau, pasukan komuniti ini diharapkan dapat membantu memberikan bantuan awal kepada mangsa serta mengambil langkah yang bersesuaian sementara menunggu ketibaan pasukan bomba, sekali gus membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, YS. PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan, dalam ucapannya turut mengingatkan semua pihak supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi peralihan Monsun Timur Laut yang berpotensi menyebabkan kejadian banjir, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Beliau berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara, di samping membuat persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Turut hadir ialah YS. Tuan Azhar Elmi Mustofar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh; pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan; YDH. Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh serta wakil-wakil jabatan dan agensi Persekutuan dan Negeri.

Penganjuran kempen dan pelancaran pasukan komuniti ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap aspek keselamatan, mempunyai pengetahuan asas menghadapi kecemasan serta sentiasa bersedia membantu komuniti dengan kerjasama pihak berkuasa.




YB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri Gaal, menziarahi keluarga Allahyarhamah Sapinah binti Nor yang telah kemb...
15/10/2026

YB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri Gaal, menziarahi keluarga Allahyarhamah Sapinah binti Nor yang telah kembali ke rahmatullah di Mukim Gong Jenereh dan Allahyarhamah Habsah binti Ismail di Mukim Gaal.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.




YB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri Gaal, menziarahi keluarga Allahyarham Ariza bin Zakaria (Riza Bas) di Muk...
15/10/2026

YB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri Gaal, menziarahi keluarga Allahyarham Ariza bin Zakaria (Riza Bas) di Mukim Temila.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.




LAWATAN TAPAK PROJEK BAGI MENYELESAIKAN PERMASALAHAN RAKYATYB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gaal, tu...
12/10/2026

LAWATAN TAPAK PROJEK BAGI MENYELESAIKAN PERMASALAHAN RAKYAT

YB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gaal, turun padang bersama pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta IADA Kemasin Semerak bagi meninjau kerja-kerja mengatasi masalah air bertakung di Sekolah Kebangsaan (SK) Gaal dan kawasan sekitarnya.

Tinjauan ini dilakukan sebagai langkah persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang bakal tiba, bagi memastikan masalah air bertakung dapat ditangani sebaik mungkin serta mengurangkan risiko limpahan air dan gangguan kepada warga sekolah serta penduduk setempat.

Turut hadir ialah wakil Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, En. Syariful Hafiz; Ahli Majlis Daerah Pasir Puteh; Penghulu Mukim Gaal; Penghulu Mukim Gong Jenereh; serta wakil pihak SK Gaal.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan tindakan penyelesaian dapat dilaksanakan dengan sewajarnya demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan warga sekolah serta masyarakat setempat, khususnya dalam menghadapi musim tengkujuh.




11/10/2026



PENYAMPAIAN SKIM BANTUAN GERBANG AZ-ZIWAAJYBrs. Cg. Azlan Ramli, Setiausaha Pusat Khidmat DUN Gaal, mewakili YB. Ustaz M...
08/10/2026

PENYAMPAIAN SKIM BANTUAN GERBANG AZ-ZIWAAJ

YBrs. Cg. Azlan Ramli, Setiausaha Pusat Khidmat DUN Gaal, mewakili YB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, ADN Gaal, menyampaikan Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM1,000 kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Penerima bantuan ialah:

•Zamree bin Seman & Fitria Rosmadaini binti Mat Yusoff – Mukim Batu Berendam
• Mohammad Basir bin Mat – Mukim Batu Hitam

Semoga bantuan ini dapat meringankan urusan pasangan yang baru memulakan kehidupan berumah tangga. Selamat menempuh alam perkahwinan, semoga dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.




PEMBINAAN GELANGGANG SEPAK TAKRAW KG. GONG GENORYB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri Gaal meninjau kerja-kerja...
07/10/2026

PEMBINAAN GELANGGANG SEPAK TAKRAW KG. GONG GENOR

YB. Ustaz Mohd Rodzi Jaafar, Ahli Dewan Negeri Gaal meninjau kerja-kerja pembinaan gelanggang sepak takraw di Kg. Gong Genor yang sedang dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan sukan dan riadah untuk aktiviti pemuda setempat.

Bagi menjayakan pembinaan gelanggang ini, sejumlah RM3,000 telah diluluskan untuk menampung kerja-kerja berkaitan.

Untuk tahun 2026, sebanyak tiga (3) gelanggang sepak takraw akan dibina di beberapa mukim dalam DUN Gaal sebagai usaha menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik serta menggalakkan penglibatan anak-anak muda dalam aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat, khususnya golongan pemuda setempat.

Sukan menyatukan, komuniti diperkasakan.




ZIARAH SKUAD KITA CAKNA DUN GAALAlhamdulillah, meneruskan usaha mendekati masyarakat melalui Skuad Kita Cakna dengan men...
07/10/2026

ZIARAH SKUAD KITA CAKNA DUN GAAL

Alhamdulillah, meneruskan usaha mendekati masyarakat melalui Skuad Kita Cakna dengan menziarahi beberapa buah rumah di Mukim Batu Hitam, Changgai, Gong Nangka dan Gong Kemuning.

Ziarah ini menjadi ruang untuk bertanya khabar, menyantuni serta mengambil cakna keadaan dan keperluan masyarakat setempat.

Semoga kehadiran, ini dapat memberikan sedikit kekuatan, perhatian dan manfaat kepada mereka yang diziarahi.

Kita Cakna, Kita Prihatin, Kita Bersama.




Address

Dewan Sri Gaal, Kompleks Sri Gaal, Kg Gaal Tengah
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 09:00 - 15:00
Tuesday 09:00 - 15:00
Wednesday 09:00 - 15:00
Thursday 09:00 - 15:00
Friday 09:00 - 12:00
Sunday 09:00 - 15:00

Telephone

+60149901532

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat DUN Gaal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share