Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan

Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan, Non-Governmental Organization (NGO), Kompleks Guru-Guru Pondok Kelantan, PT 3925 KAMPUNG CHERANG TULI, PADANG PAK AMAT, Pasir Puteh.

Jemput Hadir Semua✨
30/04/2026

Jemput Hadir Semua✨

🌙 Majlis Haul Imam Al-Haddad Kelantan 🌙

Dengan penuh rasa mahabbah, marilah kita bersama-sama menghadiri majlis penuh keberkatan ini.
Bukan sekadar perhimpunan, tetapi peluang untuk menghidupkan hati dengan zikrullah dan mengingati para auliya’ Allah.

✨ Tema: Memilih Teman — kerana teman yang baik akan membawa kita lebih dekat kepada Allah.

📅 30 April 2026 (Khamis)
⏰ 6.00 Petang
📍 Masjid Ayesha, Mukim Pekan Kok Lanas, Ketereh Kelantan

Antara pengisian:
📖 Khatam Al-Quran
🕌 Solat Maghrib berjemaah
📿 Bacaan Ratib Al-Haddad

💫 Bersama para masyaikh & asatizah yang dimuliakan

“Semua dijemput hadir beramai-ramai”
Jangan lepaskan peluang untuk berada dalam majlis yang dipenuhi rahmat ini 🤲

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Guru-Guru Pondok Kelantan.Jemput semua hadir.
09/04/2026

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Guru-Guru Pondok Kelantan.

Jemput semua hadir.

07/02/2026

Amaran Keras kepada Pihak yang ingin menjatuhkan Kepimpinan Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan. Warga Pondok telah mengeluarkan amaran , kalau perlu berhimpun kami akan turun berhimpun💪🏻 Kami Warga Pondok berdiri bersama Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.

05/02/2026

Amanat dan Amaran Tegas oleh Abuya Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al Makki (Penasihat Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan dan Tokoh Ulama’ Negeri Kelantan). Sama-sama kita tegakkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Kelantan💪🏻🤍

05/02/2026

Kenyataan Rasmi Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan bertarikh 31 Januari 2026 baru-baru ini disampaikan oleh Tuan Guru Baba Haji Wan Rosli Bin Wan Ibrahim (Pengerusi Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan). Ayuh bersama dalam menegakkkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah💪🏻 Sebarkan seluasnya

29/01/2026

Seruan Jemputan oleh Guru Mulia Tuan Guru Baba Haji Wan Rosli Bin Wan Ibrahim (Pengerusi Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan).
Jemput hadir semua, sebarkan seluas mungkin.
Moga menjadi saham akhirat kita nanti🤲🏻

Dengan segala hormatnya kami menjemput orang ramai menghadiri Jamuan Makan Sambil Menderma bagi menjayakan Pembangunan K...
28/01/2026

Dengan segala hormatnya kami menjemput orang ramai menghadiri Jamuan Makan Sambil Menderma bagi menjayakan Pembangunan Kompleks Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan.

🗓 31 Januari 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 9.00 malam
📍 Kompleks Persatuan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan

Ayuh hadir, santuni majlis, dan bersama menyumbang demi kelangsungan khidmat ilmu para guru pondok.
Setiap derma anda adalah saham akhirat yang berpanjangan.

Orang ramai dijemput hadir.
Semoga Allah memberkati setiap langkah dan sumbangan. 🤍

Address

Kompleks Guru-Guru Pondok Kelantan, PT 3925 KAMPUNG CHERANG TULI, PADANG PAK AMAT
Pasir Puteh
16800

Telephone

+601137443597

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan:

Shortcuts

Share