Alumni KMKt

Call Directions

Alumni KMKt Laman Rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt)
https://linktr.ee/AlumniKMKt
(1)

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🤍Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh u...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🤍

Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW menjadi inspirasi untuk kita memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak Baginda, serta menghayati nilai kasih sayang, amanah dan ihsan dalam kehidupan seharian.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد

Selamat menyambut 12 Rabiul Awal. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan keberkatan Allah SWT. ✨

TAHNIAH & SYABAS! 🏆Alumni KMKt mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontinjen Kolej Matrikulasi Kelanta...
24/08/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Alumni KMKt mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontinjen Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) atas kejayaan membawa pulang 2 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa, dengan keseluruhan 5 pingat dalam Karnival Kokurikulum Matrikulasi! 🥇🥈🥉

Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah, olahragawan dan olahragawati KMKt! ❤️💛

🔰 BARISAN KEPIMPINAN ALUMNI KMKt | SESI 2025/2027 🔰Memperkenalkan barisan kepimpinan baharu Persatuan Alumni Kolej Matri...
15/08/2026

🔰 BARISAN KEPIMPINAN ALUMNI KMKt | SESI 2025/2027 🔰

Memperkenalkan barisan kepimpinan baharu Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan bagi sesi 2025/2027.

Kepimpinan ini diharapkan dapat menjadi penghubung yang erat antara pihak Kolej Matrikulasi Kelantan dan para alumni dalam usaha membina jaringan yang lebih kukuh serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas.

Semoga hubungan yang terjalin dapat terus menyumbang kepada perkembangan dan kegemilangan Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) pada masa akan datang.

Budi Disemai, Bakti Dituai. 🤍

SEKALUNG TAHNIAH BUAT LEPASAN STPM DAN SETARAF🎓✨Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahni...
14/08/2026

SEKALUNG TAHNIAH BUAT LEPASAN STPM DAN SETARAF🎓✨

Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar lepasan STPM dan setaraf atas kejayaan memperoleh keputusan UPU.

Semoga kejayaan yang dicapai menjadi langkah pertama menuju masa hadapan yang lebih gemilang. Teruskan melangkah dengan semangat untuk menuntut ilmu, membina sahsiah dan mengembangkan potensi diri.

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga.”
[Riwayat Muslim]

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Budi Disemai, Bakti Dituai 🌹


KUNJUNGAN HORMAT PIMPINAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN KE PENGURUSAN TERTINGGI KOLEJAlhamdulillah, pada 2...
23/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT PIMPINAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN KE PENGURUSAN TERTINGGI KOLEJ

Alhamdulillah, pada 23 Julai 2026, barisan pimpinan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) telah mengadakan kunjungan hormat kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Kelantan.

Kunjungan ini menjadi wadah untuk mengukuhkan hubungan strategik antara pihak alumni dan pengurusan kolej, di samping membincangkan potensi kerjasama serta perancangan program yang mampu memberi manfaat kepada alumni dan warga KMKt.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasakan demi melahirkan lebih banyak inisiatif yang memberi impak positif, sekali gus membuka ruang kepada alumni untuk terus menyumbang tenaga, kepakaran dan pengalaman kepada alma mater tercinta.

Terima kasih kepada pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Kelantan atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga ukhuwah dan sinergi yang terjalin menjadi asas kepada kecemerlangan KMKt pada masa hadapan.

“Jasa Disemai, Budi Dituai.” 🌿

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KOLEJ MATRIKULASI KELANTANAlumni Kolej Matrikulasi Kelantan mengalu-alukan kedatangan para...
13/06/2026

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan mengalu-alukan kedatangan para pelajar baharu Batch Ke-13 Sesi 2026/2027 ke Kolej Matrikulasi Kelantan.

Tahniah kerana berjaya melangkah ke satu fasa baharu dalam perjalanan menuntut ilmu. Gunakanlah peluang yang diberikan ini sebaik mungkin untuk menimba pengalaman, membina sahsiah, serta mengembangkan potensi diri ke arah kecemerlangan akademik dan kepimpinan.

Percayalah, setahun di KMKt akan menjadi antara pengalaman yang paling berharga dalam kehidupan anda. Semoga setiap langkah yang diambil dipermudahkan Allah SWT dan menjadi asbab kepada kejayaan di dunia serta akhirat.

Selamat datang ke keluarga besar KMKt! ✨

"Budi Disemai, Bakti Dituai" 🌹


PROGRAM BICARA ALUMNI 🎙️Jumpa petang ni adik-adik batch 13🙌Boleh sediakan soalan banyak-banyak untuk tanya Alumni-Alumni...
10/06/2026

PROGRAM BICARA ALUMNI 🎙️

Jumpa petang ni adik-adik batch 13🙌

Boleh sediakan soalan banyak-banyak untuk tanya Alumni-Alumni kita

✨ SALAM AIDILADHA ✨Alumni KMKt mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga Aidiladha kali i...
26/05/2026

✨ SALAM AIDILADHA ✨

Alumni KMKt mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada,
Alumni KMKt

🔗 Ikuti kami di:
https://linktr.ee/AlumniKMKt

“Budi Disemai, Bakti Dituai”

✨ PUASA 6 SYAWAL ✨Alumni KMKt mengajak seluruh umat Islam untuk menghidupkan amalan puasa sunat enam hari di bulan Syawa...
24/03/2026

✨ PUASA 6 SYAWAL ✨

Alumni KMKt mengajak seluruh umat Islam untuk menghidupkan amalan puasa sunat enam hari di bulan Syawal sebagai tanda kesyukuran selepas Ramadan.

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari r.a, Nabi SAW bersabda:
“Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”
(HR Muslim)

Ayuh kita teruskan momentum ibadah dan kekalkan semangat Ramadan dalam kehidupan seharian.

🔗 Ikuti kami di:
https://linktr.ee/AlumniKMKt

Budi Disemai, Bakti Dituai

BudiDisemaiBaktiDituai

SALAM AIDILFITRI 1447H ‎اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، وَلِلّهِ الحَمْدُHari Raya Aidilfitri adalah ha...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H

‎اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، وَلِلّهِ الحَمْدُ

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi setiap umat Islam setelah selesai menunaikan ibadah puasa selama sebulan yang menjadi salah satu rukun Islam.

Firman Allah SWT:

‎وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: “Supaya kamu memperbesarkan Allah kerana mendapat petunjuk dan supaya kamu bersyukur.”

(Surah Al-Baqarah 2: 185)

Marilah kita bergembira dengan mengharapkan rahmat dan keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan kita beroleh ketakwaan dan terus beristiqamah dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya di bulan-bulan seterusnya.

Justeru Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Kelantan dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga KMKt khususnya dan seluruh umat Islam.


Address

Pasir Puteh
16810

Telephone

+60169775945

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni KMKt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share