Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail - Zon Pasir Mas 4

Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail - Zon Pasir Mas 4 Akademi pembangunan bola sepak akar umbi dengan kerjasama unit sukan sekolah JPN. Diasaskan oleh Coach Zahasmi Ismail, lagenda bola sepak Kelantan & Malaysia.

ABZI Zon Pasir Mas 4 berpusat di Padang Sek. Keb. Pangkal kala, Pasir Mas.

09/05/2026

In the making

19/04/2026

Makanan dan minuman di bilik persalinan Al Ahli menunjukkan tahap profesionalisme dalam persediaan pemain sebelum perlawanan:

πŸ§ƒ Cecair: Minuman sukan seperti Gatorade untuk menggantikan cecair dan garam
🍌 Karbohidrat pantas: Pisang, roti, gula-gula untuk tenaga segera
🍫 Bar tenaga: Karbohidrat dan protein
πŸ₯œ Kekacang: Tenaga berpanjangan tanpa kejatuhan mendadak
πŸ“ Buah-buahan: Vitamin dan gula semula jadi
πŸ’Š Suplemen: Sokongan untuk prestasi dan fokus

Ini adalah satu sistem komprehensif yang dipanggil β€œFueling”.

[Abdul Salam Al-Shammari X]

Lensa kamera sambutan hari raya ABZI PM4. Jamuan berlansung selepas latihan mingguan. Terima kasih kepada semua yang ter...
18/04/2026

Lensa kamera sambutan hari raya ABZI PM4. Jamuan berlansung selepas latihan mingguan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.



18/04/2026

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail (ABZI) Zon Pasir Mas 4 berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan/

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim antara pemain, jurulatih dan ibu bapa, malah turut diselitkan dengan sambutan hari lahir Zahasmi Ismail selaku Technical Director ABZI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah menyumbang juadah serta bertungkus-lumus bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Tanpa sokongan padu anda semua, tidak mungkin majlis ini dapat berlangsung dengan begitu meriah dan lancar.

Semoga ABZI terus melahirkan bakat-bakat muda yang cemerlang di dalam dan luar padang, serta terus maju di bawah pimpinan coach Zahasmi. Selamat Hari Raya dan selamat menyambut ulang tahun coach ZI.



Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelatih ABZI Elite Pasir Mas U17 khususnya pelatih Zon Pasir M...
12/04/2026

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelatih ABZI Elite Pasir Mas U17 khususnya pelatih Zon Pasir Mas 4 atas kejayaan cemerlang menjadi Naib Johan peringkat kumpulan sekaligus berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Liga Cheetah Kelantan 2026.

Ini adalah hasil daripada kerja keras, disiplin, semangat juang dan kesungguhan anda semua sepanjang kejohanan. Teruskan fokus, kekalkan momentum dan berikan yang terbaik di peringkat seterusnya!

Kami bangga dengan pencapaian anda. Teruskan melangkah, buruan kejayaan masih belum berakhir! πŸ’ͺπŸ”₯

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak 1447HSemoga kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini membawa seribu keampun...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak 1447H

Semoga kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini membawa seribu keampunan, rahmat dan ketenangan buat kita semua.

Mudah-mudahan Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman serta membentuk akhlak yang lebih mulia di dalam dan di luar padang.

Ikhlas daripada
Barisan kejurulatihan, ibu bapa serta pelatih-pelatih
Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail – Zon Pasir Mas 4

Pada hari Sabtu, 14 Februari 2026, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak U9 & U12 HDJC CUP 2026 dengan penuh meriah dan...
16/02/2026

Pada hari Sabtu, 14 Februari 2026, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak U9 & U12 HDJC CUP 2026 dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Kijang Muda FC Pasir Mas tidak ketinggalan menghantar wakil bagi menyertai kejohanan ini, sekali gus memberi pendedahan awal kepada pelatih-pelatih muda dalam suasana pertandingan yang kompetitif.

Beberapa orang pelatih dari Zon Pasir Mas 4 telah terpilih menggalas tanggungjawab mewakili pasukan. Kejohanan ini juga merupakan penyertaan pertama mereka dalam kejohanan terbuka di luar kawasan, satu pengalaman yang amat berharga dari segi mental, disiplin dan keyakinan diri.

Walaupun berstatus pendatang baharu, para pelatih berjaya mempamerkan aksi yang membanggakan apabila mara sehingga peringkat suku akhir bagi kedua-dua kategori U9 dan U12. Pencapaian ini jelas menunjukkan potensi besar serta hasil latihan dan komitmen yang konsisten.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelatih, jurulatih serta ibu bapa atas sokongan padu. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

15/02/2026

Antara peluang terbaik Kijang Muda FC Pasir Mas untuk menyamakan kedudukan dan menjaringkan gol. Gerakan yang cantik, hantaran sempurna, pintu gol sudah terbuka, namun sepakan terkena palang.

Inilah realiti bola sepak, usaha sudah ada tetapi rezeki belum menyebelahi walaupun usaha dan permainan diberikan sepenuh jiwa.




Ulasan Perlawanan Liga Cheetah Kelantan 2026Kijang Muda FC Pasir Mas vs LUFC(Perlawanan terakhir peringkat kumpulan)Perl...
15/02/2026

Ulasan Perlawanan Liga Cheetah Kelantan 2026
Kijang Muda FC Pasir Mas vs LUFC
(Perlawanan terakhir peringkat kumpulan)

Perlawanan penentuan ini menyaksikan Kijang Muda FC Pasir Mas turun dengan misi jelas, keputusan seri sudah memadai untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Namun, sepak mula yang penuh tekanan menyaksikan ujian awal buat anak-anak muda Kijang.

Seawal permainan, LUFC dihadiahkan sepakan penalti, dan peluang itu dimanfaatkan dengan baik untuk mendahului 1–0. Ketinggalan tidak mematahkan semangat Kijang Muda, sebaliknya ia menaikkan intensiti permainan. Kijang Muda jelas menguasai tempo, mempamerkan hantaran-hantaran berbahaya serta pergerakan bola yang kemas.

Walaupun bermati-matian mencari gol penyamaan, beberapa peluang keemasan disia-siakan. Percubaan, serangan bertali arus, dan tekanan berterusan gagal diterjemahkan kepada jaringan. Nasib tidak menyebelahi Kijang Muda pada perlawanan ini.

Kesimpulannya, permainan dikuasai, komitmen dan disiplin dipuji, namun keputusan akhir tidak memihak. Bola itu bulat, belum rezeki untuk Kijang Muda FC Pasir Mas mencapai sasaran walaupun prestasi di padang membuktikan kualiti sebenar pasukan. Teruskan perjuangan, pengalaman ini pasti mematangkan pasukan untuk cabaran seterusnya.




13/02/2026

DEBUT LIGA LUAR – LIGA CHEETAH KELANTAN 2026 (U17)

Alhamdulillah, Kijang Muda FC Pasir Mas (Elite) buat pertama kali turun beraksi di liga luar iaitu Liga Cheetah Kelantan 2026 (U17).

Perlawanan pertama menentang WTS FC, kita tewas 3-1. Pemain - pemain sedikit gugup dan lambat panas pada awal permainan. Beberapa kesilapan mudah memberi ruang kepada pihak lawan menjaringkan gol. Pengalaman berharga buat semua pemain.

Namun bangkit pada perlawanan kedua sebelah petang menentang ASK FC, Kijang Muda FC Pasir Mas berjaya menang bergaya 3-0.

Pemain mula menemui rentak sebenar, lebih yakin dan bermain dengan lebih tersusun. Semangat juang yang tinggi membuahkan hasil!

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung esok pagi, 14 Februari menentang LUFC. Doakan kejayaan pemain - pemain Kijang Muda FC Pasir Mas.

Tahniah kepada semua pemain atas usaha dan komitmen.
Terima kasih juga kepada barisan kejurulatihan yang tidak pernah jemu membimbing dan memberi semangat.




Address

Padang Sekolah Kebangsaan Pangkal Kala
Pasir Mas
17020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail - Zon Pasir Mas 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share