Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail - Pasir Mas

Directions

Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail - Pasir Mas Akademi pembangunan bola sepak akar umbi dengan kerjasama unit sukan sekolah JPN. Diasaskan oleh Coach Zahasmi Ismail, lagenda bola sepak Kelantan & Malaysia.

ABZI Zon Pasir Mas berpusat di Padang Sek. Keb. Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63! Satu hati, satu semangat, satu Malaysia.Bersama membina generasi muda melalui suk...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63!

Satu hati, satu semangat, satu Malaysia.
Bersama membina generasi muda melalui sukan, disiplin dan semangat patriotik.

MALAM GEMILANG ABZI KIJANG MUDA FC PASIR MAS31 Ogos 2026 menjadi satu malam yang cukup bermakna buat Akademi Bola Sepak ...
01/09/2026

MALAM GEMILANG ABZI KIJANG MUDA FC PASIR MAS

31 Ogos 2026 menjadi satu malam yang cukup bermakna buat Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail (ABZI) Kijang Muda FC Pasir Mas apabila pasukan U16 berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Pesta Bola Merdeka (LUFC) 2026 dan muncul sebagai Naib Johan setelah pasukan adik-adik U12 & U10 menjadi johan dan tempat ke 3.

Satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti bahawa kesungguhan, kesabaran, disiplin, semangat juang serta komitmen dalam latihan akhirnya membuahkan hasil.

Perjalanan ini bukan mudah. Setiap latihan, setiap cabaran, setiap kekalahan dan setiap titisan peluh menjadi sebahagian daripada proses membentuk pasukan yang lebih kuat dan matang.

Pencapaian yang membanggakan ini juga didedikasikan untuk Technical Director & Pengasas ABZI, Coach Zahasmi Ismail, yang tidak pernah jemu memberikan sokongan, tunjuk ajar, bimbingan serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam membentuk pasukan serta pemain-pemain ABZI.

Segala nasihat, teguran, dorongan dan kepercayaan yang diberikan menjadi antara kekuatan buat para pemain untuk terus berusaha, memperbaiki diri dan memberikan yang terbaik di atas padang.

Terima kasih Coach atas segala pengorbanan, masa, ilmu dan kepercayaan yang dicurahkan. Pencapaian ini adalah hasil usaha kita bersama.

Tahniah buat semua pemain U16, barisan jurulatih, pengurusan serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan.

Naib Johan hari ini bukan penamat, tetapi satu langkah untuk kita terus melangkah lebih jauh.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

(ABZI) Kijang Muda FC terus terbang tinggi!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 MALAYSIA31 Ogos 2026Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai r...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 MALAYSIA

31 Ogos 2026

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia untuk membina sebuah negara yang aman, sejahtera dan penuh keharmonian.

Ayuh kita hayati erti kemerdekaan, hargai perjuangan generasi terdahulu dan terus melangkah bersama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Daripada:
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Barisan Kejurulatihan
Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail (ABZI)

30/08/2026

Latihan mingguan hari jumaat.

Teruskan berlatih, tingkatkan kemahiran dan bina keyakinan. Setiap latihan adalah langkah untuk menjadi pemain yang lebih baik.



30/08/2026

SEDUTAN πŸ“Ή
KEJOHANAN PESTA BOLA MERDEKA (U10, U12, U14 & U16) ANJURAN LUFC 2026.

We Are Champions πŸ†πŸ…


LAPORAN PENYERTAAN PESTA BOLA MERDEKA 2026Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail (ABZI) KMFC Pasir Mas telah menyertai Kejoha...
30/08/2026

LAPORAN PENYERTAAN PESTA BOLA MERDEKA 2026

Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail (ABZI) KMFC Pasir Mas telah menyertai Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2026, anjuran Akademi LUFC, bagi kategori U10, U12 dan U16.

Bagi kategori U10 dan U12, kejohanan telah berlangsung pada 29 Ogos 2026.

Alhamdulillah, (ABZI) KMFC Pasir Mas berjaya mencatat pencapaian yang membanggakan:

Kategori U10 – Tempat Ketiga Bersama
ABZI Pasir Mas tewas di peringkat separuh akhir kepada ATSE dengan keputusan 0-1.

Kategori U12 – Johan
(ABZI) KMFC Pasir Mas berjaya muncul sebagai juara selepas menewaskan PTFC dengan keputusan 1-0 dalam aksi penentuan kejuaraan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pemain atas komitmen, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada barisan jurulatih, pengurusan serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan.

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk terus memperbaiki prestasi dan melahirkan lebih ramai pemain muda yang berkualiti pada masa akan datang.

Tahniah (ABZI) KMFC Pasir Mas!
Teruskan melangkah, teruskan mencipta kejayaan.

27/08/2026

πŸ“Ή RANGKUMAN | KEJOHANAN BOLA SEPAK 7S (U12) ABZI

Alhamdulillah, tahniah buat ABZI Pasir Mas yang muncul JOHAN!

Kejohanan ini menjadi medan persiapan dan pemanas badan sebelum menghadapi Pesta Bola Merdeka U12 pada 29 Ogos 2026.

Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh.


22/08/2026

LATIHAN MINGGUAN ABZI PASIR MAS

Cuaca amat baik. Latihan hari sabtu berjalan seperti biasa.

Syabas dan tahniah kepada pelatih-pelatih yang turun menjalani latihan dan memberi komitmen yang sangat baik. Teruskan usaha dan tingkatkan kemahiran πŸ‘




21/08/2026

LATIHAN MINGGUAN ABZI PASIR MAS.

sesi latihan hari jumaat berjalan seperti biasa.




Address

Padang Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1
Pasir Mas
17020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bola Sepak Zahasmi Ismail - Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share