Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami

Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami MTDQAI adalah singkatan daripada Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami, yang diasaskan oleh Alfadhil Ustaz Tuan Hj Ismail Bin Noh pada 11-7-1997. Ismail Bin Noh.

MTDQAI adalah singkatan daripada Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami. MTDQAI telah ditubuhkan pada 11/7/1997 oleh pengasasnya iaitu al-fadhil Ustaz Tuan Hj. Terbinanya MTDQAI ini bermotifkan pendidikan al-Quran dan juga bimbingan dakwah islamiah kepada anak-anak muda dalam dan luar Kelantan. Moga kita semua yang menjadi tunjang utama ini dirahmati atas hasrat serta usaha yang ingin dicapai dan dip

ermudahkan juga segala urusan kita semua dalam menyebarkan dakwah ilmu agama Allah S.W.T.. inshaAllah

10/02/2026Pengajian kitab oleh al fadil ustaz zulkifli,Kelas kitab minggu akhir sebelum bulan ramadan..Semoga pelajar da...
10/02/2026

10/02/2026

Pengajian kitab oleh al fadil ustaz zulkifli,Kelas kitab minggu akhir sebelum bulan ramadan..Semoga pelajar dapat manfaat ilmu dari pengajian.πŸ’š

βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–
Untuk wakaf pembinaan dewan makan pelajar madrasah boleh disalurkan melalui

Bank : Bank Rakyat
Nama : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Al islami
No Akaun :1102285759

πŸ“² Mudir madrasah http://www.wassap.my/60127074002

_"π‘±π’‚π’›π’‚π’Œπ’–π’Žπ’–π’π’π’‚π’‰π’– π‘²π’‰π’‚π’Šπ’“π’‚π’ π‘²π’‚π’•π’‰π’Šπ’“π’‚"_

Jom sama-sama mengimarahkan Ramadhan 1447H πŸŒ™βœ¨Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita berkongsi rezeki dan memperba...
21/01/2026

Jom sama-sama mengimarahkan Ramadhan 1447H πŸŒ™βœ¨

Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk kita berkongsi rezeki dan memperbanyakkan amal, walaupun dengan sumbangan kecil tetapi penuh makna.

Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami, sebuah maahad tahfiz berdaftar JAKIM, membuka ruang infaq bagi membantu penyediaan Sahur, Berbuka & Moreh anak-anak tahfiz sepanjang bulan Ramadhan.

Infaq serendah RM7 pun sudah cukup untuk menyumbang, insyaAllah. Setiap sumbangan diuruskan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

🀍 Buat warga Kelantan yang dirahmati Allah,
mohon tinggalkan doa atau niat baik di ruangan komen agar kita sama-sama saling mendoakan.

πŸ” Satu perkongsian anda mungkin menjadi asbab kebaikan berpanjangan di bulan yang mulia ini.

Selamat maju jaya kepada semua pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami (MTDQAI) yang akan menduduki Sijil Pelajaran ...
24/11/2025

Selamat maju jaya kepada semua pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami (MTDQAI) yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2025 yang akan bermula esok.

Semoga Allah Swt mempermudahkan segala urusan, melancarkan urusan dalam menjawab soalan, serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang. Pengurusan MTDQAI mengucapkan Bittaufiq wannajah untuk kesemua pelajar SPM.

InsyAllah pada sesi 2026, MTDQAI akan menghantar 5 orang pelajar untuk menduduki Sijil Menengah Ugama (SMU) bagi Tingkatan 4, dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tingkatan 5 yang telah berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

Permohonan Pendaftaran Kemasukan Baru Sesi 2026 ke Maahad Tahfiz Darul Quran Al Islami ( Lelaki sahaja )Pengajian yang d...
19/11/2025

Permohonan Pendaftaran Kemasukan Baru Sesi 2026 ke Maahad Tahfiz Darul Quran Al Islami ( Lelaki sahaja )

Pengajian yang disediakan adalah:-

βœ…1. iqra dan Nazirah
Tempoh pengajian 1tahun (1x khatam)
βœ…2.Tahfiz sepenuh masa dan pengajian islam asas.
Tempoh pengajian 3 tahun

Syarat umum bagi kemasukan.

1- Dibuka bagi semua pemohon yang berumur 13 tahun kebawah pada tahun 2026

2- Ibubapa atau penjaga bersedia menanggung pengajiannya hingga tamat

3- Mempunyai minat sendiri yang mendalam dan bersungguh-sungguh, tanpa paksaan.

4- Sihat tubuh badan tanpa menghidapi penyakit yang kronik atau berjangkit

6- Sedia mematuhi segala peraturan dan undang undang madrasah yang telah ditetapkan.

WhatsApp segera untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
☎Ustaz Sharqawi
wasap.my/+60127074002

*KELAS TAHSIN AL-QURAN *Alhamdulillah, program Tahsin Al-Quran telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan daripada *Ust...
10/11/2025

*KELAS TAHSIN AL-QURAN *

Alhamdulillah, program Tahsin Al-Quran telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan daripada *Ustaz Ahmad Junaidi Bin Ariffin ( Pensyarah Fakulti Usuliddin al Quran Dan Sunnah KIAS)*

Kelas ini memberi fokus kepada:

βœ…pembetulan mahraj huruf
βœ…penambahbaikan makhraj & sifat huruf
βœ…peningkatan mutu tartil bacaan
βœ…penguasaan bacaan al-Quran dengan lebih tepat dan berkesan

Tujuan kelas ini adalah untuk memastikan setiap pelajar bukan sahaja mampu menghafaz, tetapi membaca Al-Quran dengan bacaan yang sahih, teratur dan berkualiti.

Semoga dengan usaha berterusan ini, Allah SWT mengurniakan kefasihan, ketepatan dan keberkatan dalam bacaan Al-Quran anak-anak kita 🀲🏻✨

09/10/2025Pengisian selepas asar setiap hari selasa diteruskan selepas cuti panjang.Pengajian kitab oleh al fadil ustaz ...
07/10/2025

09/10/2025

Pengisian selepas asar setiap hari selasa diteruskan selepas cuti panjang.Pengajian kitab oleh al fadil ustaz zulkifli.Semoga pelajar dapat manfaat ilmu dari pengajian.πŸ’š

βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–
Untuk wakaf pembinaan dewan makan pelajar madrasah boleh disalurkan melalui

Bank : Bank Rakyat
Nama : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Al islami
No Akaun :1102285759

πŸ“² Mudir madrasah http://www.wassap.my/60127074002

_"π‘±π’‚π’›π’‚π’Œπ’–π’Žπ’–π’π’π’‚π’‰π’– π‘²π’‰π’‚π’Šπ’“π’‚π’ π‘²π’‚π’•π’‰π’Šπ’“π’‚"_

02/09/2025
SABTU / 12 JULAI 2025Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Pro...
02/08/2025

SABTU / 12 JULAI 2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Kacau Bubur Asyura pada tahun ini.

Jutaan terima kasih kepada para guru, ibu bapa, pelajar serta komuniti setempat yang telah bersama-sama berganding bahu dalam menyediakan bubur Asyura, dengan ini juga dapat menyatukan semangat ukhuwah dan kerjasama antara kita semua.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT dan menjadi kenangan manis dalam membudayakan tradisi penuh makna ini.. Amiin


Address

Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami Kampung Slow Machang Pasir Mas
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share