KKTM Pasir Mas

KKTM Pasir Mas Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas
17000 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim Pengambilan pertama pelajar seramai 100 orang dibuat pada bulan April 2000.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) mula dibina pada tahun 1998 dan siap beroperasi pada Januari 2000 dengan nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas). Pembinaannya mengambil masa 2 tahun menggunakan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7). Ianya dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan 38 ekar dan kedudukannya adalah kira-kira 8 kilometer dari Bandar Pa

sir Mas. Institusi ini merupakan IKM pertama yang menawarkan jurusan di peringkat Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas) ditukar kepada nama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) pada tahun 2004 dan menawarkan program Diploma MARA sepenuhnya mulai sesi Julai 2004. Dengan pengstrukturan baru ini jawatan Pengetua telah dinaiktaraf ke jawatan Pengarah dan jawatan Penolong Pengetua ke jawatan Timbalan Pengarah. Dua jawatan Timbalan Pengarah diwujudkan iaitu Hal Ehwal Akademik & Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar. Organisasi KKTM Pasir Mas dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar yang terdiri daripada staf pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) yang terdiri daripada pensyarah teknikal, pensyarah bukan teknikal dan Pegawai Unit Peperiksaan. Bahagian Hal Ehwal Akademik merangkumi Jabatan Pengajian Am, Unit Peperiksaan dan Persijilan serta lima kursus iaitu Kursus Teknologi Elektrik, Kursus Teknologi Elektronik, Kursus Teknologi Senibina, Kursus Teknologi Mekanikal dan Kursus Teknologi Bangunan.

Address

Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KKTM Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share