Masjid Al Hanan Simpang 4 Tendong

Masjid Al Hanan Simpang 4 Tendong Lokasi GPS: 6.067631, 102.203769 Bagaimanapun ruang dan laman persekitaran adalah sangat terhad dan hanya mampu menampung 400 ahli jamaah sahaja pada satu masa.

Masjid Al-Hanan bermula dari sebuah surau yang telah dinaik taraf dan terbentuknya sebuah Mukim kecil Simpang Empat Tendong yang telah memperolehi kelulusan taraf sebagai Mukim Kecil Simpang Empat Tendong daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada September 2002 serta kelulusan khatib undangan bagi Masjid Mukim ini yang bermulanya solat jumaat pertama pada 14 Febuari 2003 bersamaan 12 Z

ULHIJJAH 1423. Mengikut statistik bancian bagi tahun 2011 yang lalu, jumlah ahli mukim yang wajib berJumaat daripada Mukim Simpang Empat Tendong adalah menghampiri seramai 900 orang. Jumlah keseluruhan ahli mukim adalah seramai 1623 orang. Oleh kerana ruangan surau yang telah dinaik taraf sangat terhad, ramai dari kalangan ahli mukim terpaksa mengerjakan Solat Fardhu Jumaat di masjid mukim lain yang berhampiran. Ekoran daripada itu, Pihak Jawatankuasa masjid dengan sokongan pelbagai pihak pada waktu itu telah mengembeling tenaga berusaha mencari tapak baru untuk membina sebuah banggunan masjid yang lebih selesa. Hasilnya, Pada 29 April 2009, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengeluarkan surat kebenaran untuk memungut derma daripada orang ramai. Tujuan kebenaran tersebut adalah untuk pengumpulan dana bagi pemilikan dua lot tanah yang beralamat Lot 291 dan 292, Kampung Resak, Mukim Tendong, 17030, Pasir Mas, Kelantan. Pemilikan tanah ini adalah bertujuan sebagai tapak untuk pembinaan Masjid Al-Hanan, Mukim Simpang Empat Tendong. Pemilikan tapak telah sempurna di usahakan melalui proses jual beli dengan menggunakan dana yang dikumpulkan melalui derma orang ramai sebanyak RM 135,000 (Satu Ratus Tiga Puluh Lima Ribu) pada 11hb November 2009 ( 23 Zulkaedah 1430 H ). Bangunan baru masjid Al-Hanan yang telah siap ini agak besar dan selesa. Adalah diharapkan dengan adanya kemudahan dan keselesaan yang ada ini akan menjadi sebuah institusi agama, dakwah, pendidikan, kebajikan dan sosial bagi masyarakat sekitar. Dan Pada hari ini, 20hb April 2016 bersamaan 12 Rejab 1437 berlangsungya penyerahan rasmi bangunan baru Masjid Al-Hanan antara pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan dan MAIK.

pagi ini, di hari raya ke-2 Aidil Adha, Tuan Imam bersama AJK, petugas dan sukarelawan, melaksanakan sembelihan lembu su...
28/05/2026

pagi ini, di hari raya ke-2 Aidil Adha, Tuan Imam bersama AJK, petugas dan sukarelawan, melaksanakan sembelihan lembu sumbangan untuk ibadah korban.
terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan.

26/05/2026
Program Pengahayatan Hari Arafah, Muslimah Masjid Al-Hanan, penyertaan peserta lebih dari 200 orang.
26/05/2026

Program Pengahayatan Hari Arafah, Muslimah Masjid Al-Hanan, penyertaan peserta lebih dari 200 orang.

25/05/2026

USTAZ ROZALDI BIN CHE OMAR

25/05/2026
24/05/2026

USTAZ MOHD ZULKIFLI BIN YUSOFF

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha 1447H di Masjid Al-Hanan. Pada Jam 8.30 Pagi
23/05/2026

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha 1447H di Masjid Al-Hanan. Pada Jam 8.30 Pagi

22/05/2026

USTAZ WAN SAIFUDDIN BIN WAN AB GHANI

Address

Pasir Mas
17030

Opening Hours

Monday 05:00 - 22:00
Tuesday 05:00 - 22:00
Wednesday 05:00 - 22:00
Thursday 05:00 - 22:00
Friday 05:00 - 22:00
Saturday 05:00 - 22:00
Sunday 05:00 - 22:00

Telephone

+60199526701

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Hanan Simpang 4 Tendong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share