22/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐈𝐎𝐃𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari Biodiversiti Antarabangsa tahun ini disambut dengan tema “𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗸𝗮𝗹, 𝗜𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹” yang menekankan bahawa usaha memelihara dan memulihara biodiversiti bergantung kepada kekuatan tindakan tempatan secara kolektif yang diterajui komuniti.
Bertepatan dengan pendekatan seluruh negara dan seluruh masyarakat, tema ini turut selaras dengan usaha negara dalam memperkukuh daya tahan negara dalam mendepani krisis rantaian bekalan dunia. Dalam hal ini, pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti akan mengukuhkan jaminan bekalan makanan, sumber air, dan bahan mentah, seterusnya memastikan keselamatan dan kemampanan rantaian bekalan negara.
Biodiversiti adalah kehidupan kita, warisan kita, dan masa hadapan kita!
𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗡𝗥𝗘𝗦, 𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗟𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶’ ☘️