Majlis Belia Jajahan Pasir Mas

Majlis Belia Jajahan Pasir Mas Majlis Belia Pasir Mas Berfungsi Sebagai Satu Badan Induk Peringkat Daerah Hasil Gabungan Pertubuhan

Mari pakat masuk blako…
04/05/2026

Mari pakat masuk blako…

🚀 *LIGA SUPER ESPORT BELIA KELANTAN KINI TIBA!* 🚀​Korang kaki game? Jom join liga selama 9 bulan bermula April ini!​🎮 Ga...
31/03/2026

🚀 *LIGA SUPER ESPORT BELIA KELANTAN KINI TIBA!* 🚀

​Korang kaki game? Jom join liga selama 9 bulan bermula April ini!

​🎮 Games: MLBB | PUBGM | HOK | FREE FIRE
🏆 Hadiah Utama: *RM1,500 (Johan)*
💸 Yuran: *RM10/bulan* (Dapat Jersi Eksklusif + Medal + Sijil FREE!)

​📍 Daftar di: https://www.google.com/search?q=beliapro.com.my
(Scan QR Code di atas)

*Pendaftaran bermula 1 April 2026 - 10 April 2026!*

📱 Info lanjut: 01128236751

​Ayuh belia Kelantan, buktikan kehebatan korang! 👊💥

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SULTAN IBRAHIM (1)Tarikh     : 28 Mac 2026 (Sabtu)Masa      : 8.30 pagiTempat  : Dewan SK Sultan...
29/03/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SULTAN IBRAHIM (1)

Tarikh : 28 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SK Sultan Ibrahim (1)

Alhamdulillah. Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, LSr Nik Ikhwan Haqim Bin Datuk LSr Dr Hj Hanafi telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sk Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas. Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar, Barisan Pentadbir, guru-guru dan AJK pelaksana program di atas kejayaan penganjuran. Tidak lupa kepada semua ibu bapa pelajar SK Sultan Ibrahim (1) yang sentiasa cakna akan perkembangan anak-anak di SK SIS..



22/03/2026
SUMBANGAN SET CAROM KEPADA BELIA KOMUNITI KAMPUNG SLOW MACHANGTarikh     : 19 Mac 2026 (Khamis)Masa      : 6.30 petangTe...
20/03/2026

SUMBANGAN SET CAROM KEPADA BELIA KOMUNITI KAMPUNG SLOW MACHANG

Tarikh : 19 Mac 2026 (Khamis)
Masa : 6.30 petang
Tempat : Kg Slow Machang, Pasir Mas

Alhamdulillah, selesai sesi penyerahan sumbangan set papan carrom (papan dan kaki) untuk anak-anak muda kita di Kampung Slow Machang! 🎯✨

Semoga dengan adanya set carrom baru ni, aktiviti riadah belia kita lebih meriah dan dapat mengukuhkan lagi silaturahim sesama kita. Takdelah asyik menghadap telefon je, kan? Hehe.

Terima kasih diucapkan kepada LSr Nik Ikhwan Haqim (Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas) yang sudi meluangkan masa hadir menyempurnakan penyerahan. Turut hadir bersama, Abe Darus (JPKKP Kg Slow Machang) serta barisan belia yang sentiasa bersemangat.

Siapa rasa dia 'king' carrom kat sini? Jom kita test satu papan! 🏃‍♂️💨

SUMBANGAN AIR MINUMAN UNTUK BERBUKA PUASATarikh      : 18 Mac 2026 (Rabu)Masa       : 5.30 petangTempat   : Kg Slow Mach...
19/03/2026

SUMBANGAN AIR MINUMAN UNTUK BERBUKA PUASA

Tarikh : 18 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Kg Slow Machang, Pasir Mas

Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, LSr Nik Ikhwan Haqim ditemani Setiausaha, Sdr Mohd Fadzwan dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi MBJPM telah bersama-sama menghulurkan air minuman untuk penduduk Kg Slow Machang berbuka puasa.
Alhamdulillah air tebu, air soya, teh ais dan susu cincau caramel habis dalam masa setengah jam sahaja..Terima kasih kepada semua yang hadir.

Alhamdulillah..Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Sdr Mohd Fadzwan mewakili Pengerusi, LSr Nik Ikhwan Haqim tela...
19/03/2026

Alhamdulillah..Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Sdr Mohd Fadzwan mewakili Pengerusi, LSr Nik Ikhwan Haqim telah menyampaikan Sumbangan Juadah Berbuka Puasa (ayam golek) untuk Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas..

Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, ketenangan, dan peningkatan iman berbanding sebelumnya. Marilah kita manfaatkan bulan mulia ini untuk memperbanyak amal ibadah, memperbaiki diri, mengeratkan silaturahim, serta meraih keampunan daripada Allah SWT dengan hati yang lebih sabar dan syukur..


[BERITA BAIK BUAT BELIA PASIR MAS: PENUBUHAN KELAB RAKAN MUDA] 📢Alhamdulillah, satu lagi langkah progresif telah diambil...
19/03/2026

[BERITA BAIK BUAT BELIA PASIR MAS: PENUBUHAN KELAB RAKAN MUDA] 📢

Alhamdulillah, satu lagi langkah progresif telah diambil dengan pembukaan Kelab Rakan Muda di Pasir Mas.

Sebagai induk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Majlis Belia Jajahan Pasir Mas sentiasa komited dan bersedia menjadi pemudah cara bagi mana-mana pihak yang ingin:

✅ Menubuhkan Kelab Rakan Muda
✅ Mendaftarkan Kelab Sukan
✅ Mengaktifkan Pertubuhan Belia

Kami di MBJ Pasir Mas sentiasa membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu anda dari segi khidmat nasihat dan prosedur pendaftaran agar suara belia di daerah kita lebih teratur dan berimpak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PBSD PASIR MAS atas kerjasama erat selaku badan kerajaan yang sentiasa menyantuni, membimbing, dan membantu belia di Pasir Mas untuk aktif berpersatuan.

Mari kita gerakkan potensi belia Pasir Mas bersama-sama! 🤝✨

🍢 Colek Santai & Sembang Anak Muda @ Tendong! 🌙Tarikh    : 14 Mac 2026 (Sabtu)Masa     : 10.00 malamTempat : Bunut Susu,...
16/03/2026

🍢 Colek Santai & Sembang Anak Muda @ Tendong! 🌙

Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Tempat : Bunut Susu, Tendong

Malam tadi memang padu! Bukan setakat perut kenyang dengan colek, tapi pengisian pun penuh di dada.

Alhamdulillah, suasana cukup meriah dan santai dalam program Colek Santai yang berlangsung di Tendong semalam. Memang rezeki dapat berkumpul ramai-ramai macam ni dalam suasana ukhuwah yang cukup harmoni.

Lagi istimewa, malam tadi kita turut dimeriahkan dengan kehadiran:

YBhg. Datuk Noor Hariri Bin Mohamed Noor (Pengerusi Rural Capital Berhad - RCB)

LSr Nik Ikhwan Haqim Bin Datuk LSr Dr Hj Hanafi
(Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas)

Barisan Ahli Jawatankuasa MBJPM * Serta semestinya, anak-anak muda Tendong yang sentiasa bersemangat!

Kenapa Colek Santai Ni Best?

Bila duduk sekali begini, barulah kita dapat dengar denyut nadi anak muda. Tiada protokol ketat, hanya sembang santai sambil cicah colek. Datuk Noor Hariri dan pimpinan belia pun cukup 'sempoi' berkongsi pandangan serta mendengar aspirasi anak muda kita di Pasir Mas.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semangat kesukarelaan dan penyatuan macam inilah yang kita nak teruskan demi kemajuan komuniti kita.

"Dari anak muda, untuk anak muda!" 💪✨

PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026Tarikh     : 12 Mac 2026 (Khamis)Masa      : 5....
13/03/2026

PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

Tarikh : 12 Mac 2026 (Khamis)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail
Petra, Rantau Panjang.

Alhamdulillah, sempat meluangkan masa hadir dan menertai Majlis Perasmian Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2026 petang tadi. 🌙✨

Program yang cukup bermakna di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Rantau Panjang. Seronok tengok semangat anak muda kita berkumpul untuk aktiviti kerohanian sepanjang bulan Ramadan ini.

Turut bersama, Sdr Nazram Bin Ramli (Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Jajahan Pasir Mas) serta barisan rakan-rakan AJK yang lain. Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan PBSD PASIR MAS atas jemputan!

Semoga program sebegini terus menyuntik semangat positif buat belia kita. 💪

Iftar Perdana Bersama Keluarga Besar Majlis Belia Jajahan Pasir Mas! 🌙✨Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar Perdana...
12/03/2026

Iftar Perdana Bersama Keluarga Besar Majlis Belia Jajahan Pasir Mas! 🌙✨

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar Perdana Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Mas semalam. Memang meriah sungguh bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni di Ibis Styles Hotel, Kota Bharu. 🏨

Terima kasih daun keladi buat LSr Nik Ikhwan Haqim Bin Datuk LSr Dr Hj Hanafi (Pengerusi MBJ Pasir Mas) dan Majlis Gabungan Belia Kelantan yang sudi turun dan berbuka puasa bersama kita. Tak lupa juga buat barisan AJK Tertinggi serta semua belia & beliawanis Pasir Mas yang hadir memeriahkan suasana. 🤝

Bukan sekadar makan-makan, tapi ini masanya kita nak recharge ukhuwah dan borak-borak santai pasal masa depan belia kita. Memang best dapat jumpa muka-muka hebat dari seluruh jajahan Pasir Mas!

Terima kasih buat semua yang terlibat! Memang awesome. Semoga ramadan kali ini membawa lebih banyak keberkatan buat kita semua.

Address

D/A PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR MAS
Pasir Mas
17000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Jajahan Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share