Warga Pasir Mas

Warga Pasir Mas Info berkaitan Pasir Mas dan Negeri Kelantan

17/02/2026

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb 2026 - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Amaran hujan berterusan tahap bahaya (Merah) di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh) sehingga 2...
23/11/2025

Amaran hujan berterusan tahap bahaya (Merah) di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh) sehingga 25 Nov 2025

AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) sehingga Selasa, 25 November 2025.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, S*k dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) sehingga Selasa, 25 November 2025.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) sehingga Isnin, 24 November 2025.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) • Terengganu (Kemaman) sehingga Rabu, 26 November 2025.

Dikeluarkan pada: 11:00 pagi, 23 November 2025




23/11/2025

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh) 22 Nov sehingga 24 Nov 2025

Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas, yang juga bekas pemai...
03/11/2025

Suspek kes tembak maut seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas, yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya dimaklumkan secara tidak rasmi tentang penyerahan diri suspek berumur 31 tahun itu kepada pihak berkuasa Thailand.

“Berkaitan suspek, setakat ini saya diberitahu secara tidak rasmi bahawa suspek terbabit telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.

“Kita masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung penangkapan suspek tersebut,” katanya.

02/11/2025

Ditembak lapan kali, rakyat Malaysia yang parah di Golok meninggal dunia

Address

Pasir Mas
17000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warga Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share