Puspanita PIS

Puspanita PIS PUSPANITA Cawangan Kecil Politeknik Ibrahim Sultan

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.Bersama kita mulakan tahun baru dengan tekad untuk sentiasa menjadi insan yang m...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.
Bersama kita mulakan tahun baru dengan tekad untuk sentiasa menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama serta menjadi lebih baik dalam segala hal.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga ket...
20/03/2026

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata.
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.
Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

Salam Nuzul al-Quran buat seluruh umat Islam di Malaysia Peristiwa turunnya Al-Quran mengingatkan kita bahawa di setiap ...
07/03/2026

Salam Nuzul al-Quran buat seluruh umat Islam di Malaysia

Peristiwa turunnya Al-Quran mengingatkan kita bahawa di setiap ayat ada petunjuk, di setiap kalam ada rahmat.

Semoga kita terus mendekatkan diri dengan Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada warga Politeknik Ibrahim Sultan.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kekuatan dan sinar baha...
18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, kekuatan dan sinar baharu dalam setiap langkah kita. Semoga setiap amal ibadah diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap pengorbanan diganjari dengan kebaikan yang berlipat ganda.

Buat seluruh umat Islam, khususnya warga kerja Politeknik Ibrahim Sultan, semoga Ramadan kali ini mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat kerja berpasukan, dan memberi inspirasi untuk terus berbakti dengan penuh keikhlasan.

Semoga kita semua dipertemukan dengan malam Lailatulqadar dan diraikan dengan Syawal yang penuh kegembiraan.

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga kerja Politeknik Ibrahim Sultan serta seluruh rakyat Malay...
16/02/2026

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga kerja Politeknik Ibrahim Sultan serta seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan bersama-sama keluarga dan sahabat handai.

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Johor Kali ke-33 Tahun 2026Puan Hanim binti Baen, Puan Azrina binti La...
13/02/2026

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Johor Kali ke-33 Tahun 2026

Puan Hanim binti Baen, Puan Azrina binti Lazim, Puan Roveena Herleen binti Hussain Meah dan Puan Suhana binti Abdul Aziz telah mewakili PUSPANITA P*S untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Johor kali ke-33 yang diadakan di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada 9 Februari yang lepas.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Urusetia dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran mesyuarat kali ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Masjid P*S di atas sumbangan beg sekolah sempena Program Kongsi Rezeki B...
13/02/2026

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Masjid P*S di atas sumbangan beg sekolah sempena Program Kongsi Rezeki Back to School yang akan diadakan pada hari Sabtu, 14 Februari 2026.

Insyallah seramai sepuluh orang wakil PUSPANITA P*S akan turut serta program yang diadakan di Kolej Komuniti Sabak Bernam untuk bersama-sama menyantuni penerima sumbangan.

Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 11 Februari 2...
13/02/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA Politeknik Ibrahim Sultan Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 11 Februari 2026.

Turut berlangsung adalah serahan sumbangan PUSPANITA P*S kepada ahli:

1. Puan Siti Nurain binti Abdul Rahim,
2. Puan Siti Fatimah binti Mardan (diwakili oleh Puan Hanim binti Baen)
3. Puan Azlina binti Ahmad (diwakili oleh Ustazah Ummul Hafizah binti Ali)
4. Puan Saidatul Nizan binti Nasroddin

Gambar sekitar Program Kesedaran Kesihatan: Pengurusan Diabetes Semasa Ramadan.Terima kasih kepada semua warga P*S yang ...
06/02/2026

Gambar sekitar Program Kesedaran Kesihatan: Pengurusan Diabetes Semasa Ramadan.

Terima kasih kepada semua warga P*S yang telah hadir menjayakan program.

Semoga program ini memberi persediaan kesihatan sempena Ramadan yang bakal menjelang.

🌙 *PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN*Pengurusan Diabetes Semasa RamadhanAdakah anda bersedia menghadapi Ramadhan dengan lebih ...
06/02/2026

🌙 *PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN*
Pengurusan Diabetes Semasa Ramadhan

Adakah anda bersedia menghadapi Ramadhan dengan lebih sihat dan terkawal?

Jom sertai program kesedaran kesihatan yang memberi fokus kepada pengurusan diabetes ketika berpuasa serta peluang menjalani saringan kesihatan *PERCUMA!*

🩺 Pemeriksaan gula dalam darah
🩺 Pemeriksaan tekanan darah
🩺 Indeks J***m Badan (BMI)

🎤 Taklimat kesihatan oleh Dr. Aishah binti Jalil,
Family Physician & Health Screening Clinician, Regency Medical Care Centre

📅 Jumaat | 6 Februari 2026
🕗 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Bilik Pameran CDeC, Politeknik Ibrahim Sultan

✨ Terhad kepada 100 peserta *wanita* terawal (Warga Kerja P*S)
❗ Peserta *TIDAK* perlu berpuasa untuk saringan kesihatan

Ambil peluang ini untuk membuat saringan awal dan melangkah ke arah pencegahan diabetes demi Ramadhan yang lebih sihat.

*Sihat hari ini, tenang beribadah esok.*

Address

Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60 7-261 2488

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita PIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share