Anak-Anak Johor

Anak-Anak Johor We're Anak-Anak Johor,
We Respect Each Other,
No Leader,Just Together. ★★★

02/08/2026

Peluang Kepada Semua Belia yang Berminat Untuk Menyertai Tentera Darat Malaysia!

PENDAFTARAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT (PM TD) LELAKI SIRI 208 TAHUN 2026 SECARA ATAS TALIAN BERMULA 3 OGOS SEHINGGA 3 SEPTEMBER 2026

1. Golongan belia lelaki yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia, pendaftaran Pengambilan PM TD Lelaki Siri 208 Tahun 2026 dibuka bermula 3 Ogos sehingga 3 September 2026.

2. Pendaftaran Pengambilan PM TD boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut: https://mims.mod.gov.my/sppmtd/

3. Syarat Asas Permohonan:
a. Calon serta Ibu atau Bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
b. Ketinggian Minima: Lelaki - 157 cm.
c. BMI - 18.0 hingga 28.0.
d. Umur - Mestilah tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun bagi calon lelaki pada 30 November 26.

4. Syarat Minima Kelayakan Akademik:
a. SPM - Lulus BM dan Sejarah.
b. SVM - PNGK Akademik 2.0 ke atas.

5. Sila layari Portal Rasmi Tentera Darat di www.army.mil.my (Kerjaya/Permohonan) untuk maklumat lanjut.

6. Sebarang maklumat lanjut boleh ikuti media sosial rasmi Sel Pengambilan Tentera Darat:
Tiktok :
Instagram:
page: Sel Pengambilan TD
Telegram: t.me/pengambilanTDM
Sekian, terima kasih.




27/07/2026

Naik ETS tapi tak mahu duduk mengundur?

Untuk arah utara, cuba pilih baris 8–14. Untuk arah selatan, fokus baris 1–7.

Semak juga kedudukan tandas, kabin kru dan kerusi meja sebelum bayar. Salah pilih, beberapa jam perjalanan boleh jadi tak selesa.

21/07/2026
16/07/2026

Ada ijazah dan minat kerjaya badan beruniform? Pengambilan Leftenan Muda Maritim Gred T8 kini patut anda beri perhatian.

Gaji permulaan sehingga RM3,338, perlu lulus syarat fizikal, larian 2.4 km dan latihan asas di AMSAS.

Jangan terlambat!

27/06/2026

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 akan dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Penting:
📌 Semakan pusat PKSK: 11 September – 22 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
📌 PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







30/05/2026

Anda lelaki warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan aktif bersukan?

Jom sertai pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ)!

Peluang terbuka kepada anak muda Johor yang berdisiplin, aktif dan bersemangat tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai anggota ATSNJ, selain berpeluang menyertai barisan perkhidmatan di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Permohonan kini dibuka bagi pengambilan Perwira dan Perajurit Muda ATSNJ bagi sesi kemasukan 1 Ogos 2026.

📍 Lokasi temu duga:
▪️ 6 Jun 2026 – Dataran Segamat
▪️ 7 Jun 2026 – Stadium Bandar Penawar

Bagi calon yang berminat, pastikan anda membawa dokumen asal yang diperlukan, hadir dengan berpakaian sukan lengkap serta berada dalam keadaan mental dan fizikal yang cergas sepanjang sesi temu duga dijalankan.

Ini merupakan peluang terbaik untuk anak muda Johor membina kerjaya dalam pasukan beruniform, di samping menabur bakti kepada negeri dan negara menerusi perkhidmatan yang penuh disiplin, terhormat dengan masa depan yang lebih terjamin.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Media Digital Johor serta saluran Telegram Johor Military Forces.








24/05/2026
24/05/2026

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26

Address

Pasir Gudang
81700

Telephone

+60182444637

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak-Anak Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share