16/01/2026
Laporan Ringkas Program Ceramah Perdana Isra’ Mikraj
15 Januari 26 - Program Ceramah Perdana anjuran PKPI TNB Pasir Gudang sempena sambutan Isra’ Mikraj telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ceramah bertajuk “Mikraj Iman, Etika dan Prestasi” ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ismail Mat Ali, yang menekankan kepentingan penghayatan peristiwa Isra’ Mikraj dalam memperkukuhkan iman, membentuk etika diri serta meningkatkan prestasi dalam kehidupan seharian.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Parlimen Pasir Gudang, Tuan Hassan bin Abdul Karim, yang menunjukkan sokongan padu terhadap penganjuran program berunsur keilmuan dan kerohanian.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 350 orang peserta, sekali gus mencerminkan komitmen dan minat yang tinggi dalam kalangan warga kerja dan masyarakat setempat terhadap program keagamaan yang dianjurkan.