PPPKM Perak Tengah

PPPKM Perak Tengah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PPPKM Perak Tengah, Non-Governmental Organization (NGO), No 48, Jalan Kelab, Parit.

Sedang berlangsung, Karnival Usahawan, Koperasi dan Jelajah Yakin DUN Bota, Perak.PPPKMNP Perak Tengah juga ada membuka ...
30/06/2026

Sedang berlangsung, Karnival Usahawan, Koperasi dan Jelajah Yakin DUN Bota, Perak.

PPPKMNP Perak Tengah juga ada membuka booth utk perkenalkan dan menjual produk ahli.l berdaftar. Kaunter pendaftaran ahli juga ada dibuka.

JOM DATANG BERAMAI²!!

Usahawan dan Usahawati di Perak Tengah khususnya kawasan Bota jom turun ramai² ke Karnival Usahawan Koperasi dan Jelajah...
29/06/2026

Usahawan dan Usahawati di Perak Tengah khususnya kawasan Bota jom turun ramai² ke Karnival Usahawan Koperasi dan Jelajah Yakin DUN Bota esok di Dewan Dato' Ahmad Hambal, Bota Kanan.

PPPKMNP Perak Tengah akan buka booth pendaftaran dan juga jualan hasil jualan ahli persatuan kami di sana.

Salam Aidiladha 🌙  Semoga semangat pengorbanan memberi ilham kepada kita semua para peniaga dan usahawan tempatan untuk ...
26/05/2026

Salam Aidiladha 🌙

Semoga semangat pengorbanan memberi ilham kepada kita semua para peniaga dan usahawan tempatan untuk terus tabah, jujur dan berdaya saing dalam mencari rezeki.

Hari Raya Korban bukan sekadar ibadah, tetapi juga simbol kekuatan komuniti niaga kita yang saling menyokong dan membina.

Ikhlas daripada PPPKMNP Perak Tengah

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙Syawal hadir membawa sinar kegembiraan, mengikat silaturahim yang mungkin pernah terlerai, dan...
20/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Syawal hadir membawa sinar kegembiraan, mengikat silaturahim yang mungkin pernah terlerai, dan membuka ruang kemaafan seluas-luasnya.

Di kesempatan yang mulia ini, kami daripada
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak Cawangan Perak Tengah
ingin mengucapkan:

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
Maaf Zahir & Batin

Semoga segala amalan diterima, segala dosa diampunkan, dan hubungan sesama kita terus diberkati.

Raikan Syawal dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kasih sayang bersama insan tersayang ❤️





Majlis Berbuka Puasa PPPKMNP Perak TengahTarikh: 28 Feb 2026Tempat : Badar Sila Wedding HallMasa : 5ptg-8mlm============...
01/03/2026

Majlis Berbuka Puasa PPPKMNP Perak Tengah
Tarikh: 28 Feb 2026
Tempat : Badar Sila Wedding Hall
Masa : 5ptg-8mlm
======================

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana Majlis Berbuka Puasa anjuran PPPKM Negeri Perak yang dikelolakan Cawangan Daerah Perak Tengah semalam telah berlangsung dengan penuh meriah dan keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Dato’ Mohd Nizar Zakaria, selaku penaung Persatuan Penjaja, serta Pn. Sarah Syazwani, Pegawai Khas MB DUN Bota, di samping pegawai-pegawai agensi dan NGO yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan telah menambahkan seri dan semangat buat kami di peringkat daerah.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YDP PPPKMNP, Tn Hj Asmadi Bin Teh bersama barisan AJK Negeri yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam pelaksanaan majlis. Tidak dilupakan barisan AJK Pelaksana yang bertungkus-lumus, bersusah payah memastikan setiap persiapan berjalan lancar. Kehadiran wakil ahli dari seluruh daerah turut memeriahkan suasana, menjadikan majlis ini benar-benar bermakna.

Tahniah dan terima kasih kepada 15 orang wakil keluarga asnaf yang diraikan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang. Kehadiran mereka memberi makna besar kepada tujuan majlis ini, iaitu mengeratkan ukhuwah dan berkongsi kegembiraan bersama masyarakat.

Kami juga amat menghargai sokongan daripada Badar Sila Wedding Hall yang menyediakan venue, PA sistem serta juadah berbuka yang lazat. Imam Muhammad Syafiq bin Sanusi, Imam Masjid As-Siddiq, yang memimpin bacaan doa dan anggota-anggota RELA yang bertugas menjaga lalu lintas demi kelancaran majlis.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha dan kerjasama ini menjadi amal jariah yang diberkati.

Insya-Allah, semoga kita dipertemukan lagi di majlis akan datang dengan semangat yang sama, demi memperkukuh silaturahim dan kebersamaan.

25/02/2026
Jangan lupa niat puasa sebelum tidur malam ini. Semoga Ramadan kali ini dipermudahkan dan diberi kekuatan sepanjang beri...
18/02/2026

Jangan lupa niat puasa sebelum tidur malam ini. Semoga Ramadan kali ini dipermudahkan dan diberi kekuatan sepanjang beribadah.

Marhaban Ya Ramadan 🕌🌙

Ramadan kembali menyapa dengan seribu keberkatan dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri. 🌙Buat seluruh penjaja da...
18/02/2026

Ramadan kembali menyapa dengan seribu keberkatan dan peluang untuk kita semua memperbaiki diri. 🌙

Buat seluruh penjaja dan peniaga khususnya di Daerah Perak Tengah, kami mendoakan semoga bulan yang mulia ini bukan sahaja menambahkan rezeki sesama kita, malah juga menambahkan pahala dalam setiap urus niaga, layanan dan keikhlasan kita.

Semoga setiap usaha mencari nafkah dipermudahkan, setiap jual beli diberkati, dan setiap doa yang dipanjatkan diangkat dengan penuh rahmat.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak ❤️❤️

Address

No 48, Jalan Kelab
Parit
32800

Telephone

+60194932606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPPKM Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share