Ustaz Rosdi

Ustaz Rosdi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ustaz Rosdi, Parit Sulong.

Tahniah πŸ‘πŸ»
13/07/2026

Tahniah πŸ‘πŸ»

KENYATAAN MEDIA

UCAPAN TAHNIAH KEPADA YAB DATO’ ONN HAFIZ GHAZI DI ATAS PELANTIKAN SEMULA
SEBAGAI MENTERI BESAR JOHOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PAS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato' Onn Hafiz bin
Ghazi atas pelantikan semula beliau sebagai Menteri Besar Johor dengan mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Pelantikan ini merupakan satu amanah besar yang mencerminkan keyakinan dan kepercayaan institusi diraja serta rakyat terhadap kepimpinan beliau dalam menerajui
pentadbiran Negeri Johor.

PAS Johor mendoakan agar YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk daripada Allah SWT dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi kesejahteraan rakyat, kemakmuran negeri serta kemajuan Johor yang berterusan.

Semoga hubungan baik antara kerajaan negeri, institusi diraja dan seluruh lapisan masyarakat terus diperkukuhkan ke arah mewujudkan sebuah negeri yang diberkati, prihatin dan sejahtera.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM
BERKAT PRIHATIN SEJAHTERA
JOM JAGA JOHOR

DATO' DR. HAJI MAHFODZ BIN MOHAMED
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor

13/07/2026

Sidang Dewan Rakyat 13 Julai 2026 (Sesi Pagi)

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas

TERIMA KASIH SRI MEDAN!Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua 4,276 orang pengundi Perikatan Nasional...
11/07/2026

TERIMA KASIH SRI MEDAN!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua 4,276 orang pengundi Perikatan Nasional di N18 Sri Medan yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada saya dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.

Walaupun keputusan tidak memihak kepada kita, sokongan yang diberikan amat bermakna dan akan sentiasa saya hargai. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan penuh hormat terhadap pilihan rakyat.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Sri Medan yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan mengambil bahagian dalam proses demokrasi ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional, jentera pilihan raya, petugas, sukarelawan serta para penyokong yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen. Segala pengorbanan masa, tenaga, fikiran dan doa yang dicurahkan menjadi bukti kesungguhan kita dalam membawa aspirasi rakyat Sri Medan.

Insya-Allah, perjuangan untuk berkhidmat kepada masyarakat tidak akan terhenti di sini. Saya akan terus bersama rakyat dan menyumbang sedaya upaya demi kebaikan Sri Medan.

Terima kasih semua!




Terbaik orang Sri Medan πŸ‘πŸ»
11/07/2026

Terbaik orang Sri Medan πŸ‘πŸ»

PERATUS KELUAR MENGUNDI (VTO) BAGI HARI MENGUNDI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI JOHOR KE-16 PADA 11 JULAI 2026 (SABTU)

sehingga jam 5.00 petang

11/07/2026

PERATUS KELUAR MENGUNDI (VTO) BAGI HARI MENGUNDI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI JOHOR KE-16 PADA 11 JULAI 2026 (SABTU)

sehingga jam 12:00 tengah hari

11/07/2026

PERATUS KELUAR MENGUNDI (VTO) BAGI HARI MENGUNDI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI JOHOR KE-16 PADA 11 JULAI 2026 (SABTU)

Sehingga jam 9.00 pagi

Alhamdulillah, selesai mengundi.Kepada semua yang layak, jangan lupa keluar mengundi hari ini.Mengundi adalah hak kita s...
11/07/2026

Alhamdulillah, selesai mengundi.

Kepada semua yang layak, jangan lupa keluar mengundi hari ini.

Mengundi adalah hak kita semua sebagai warganegara πŸ—³οΈ

Segala usaha telah kami lakukan. Kini tiba masanya untuk bertawakal, menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Dua minggu ...
10/07/2026

Segala usaha telah kami lakukan. Kini tiba masanya untuk bertawakal, menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Dua minggu yang lalu, pagi, petang, siang dan malam menjadi saksi setiap langkah, setiap pertemuan dan setiap usaha yang pasukan kami lakukan demi menyantuni warga Sri Medan.

Kami telah berusaha sebaik yang termampu.

Ya Allah, jika kemenangan ini adalah yang terbaik buat agama, rakyat dan Sri Medan, maka permudahkanlah jalannya. Jika sebaliknya, kurniakanlah kami hati yang reda menerima segala ketentuan-Mu.

Saya memohon doa daripada seluruh warga Sri Medan agar Allah SWT mengurniakan kita pemimpin yang amanah, bertaqwa dan benar-benar ikhlas membawa suara rakyat.

Esok, tunaikanlah tanggungjawab sebagai pengundi. Keluarlah mengundi dan berikanlah sokongan kepada Perikatan Nasional demi masa depan Sri Medan yang lebih baik.

Seruan akhir dari saya, undilah Calon Nombor 1, Ustaz Rosdi untuk Sri Medan.

---

N18 Sri Medan, undilah calon nombor 1, Ustaz Rosdi

"Jom Jaga Sri Medan"
"Jom Jaga Johor"




10/07/2026

Rupanya, saya lebih banyak jadi wartawan bila di lapangan πŸ˜…

Di hujung fasa kempen ini, kita santai saja ya. Orang Sri Medan, tidur awal, esok bangun awal dan terus undi calon nombor 1 ya! πŸ—³οΈ

---

N18 Sri Medan, undilah calon nombor 1, Ustaz Rosdi

"Jom Jaga Sri Medan"
"Jom Jaga Johor"




10/07/2026

Jom Jaga Sri Medan,
Jom Jaga Johor.

Undilah Ustaz Rosdi untuk Sri Medan!

Bersama kita turun mengundi, tunaikan tanggungjawab dan pilih pemimpin yang amanah dengan kepercayaan yang diberikan rakyat.

Selamat Mengundi!

---

N18 Sri Medan, undilah calon nombor 1, Ustaz Rosdi

"Jom Jaga Sri Medan"
"Jom Jaga Johor"




Address

Parit Sulong
83500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Rosdi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share