Jpkk Kaw. Semarang - Semerik

Jpkk Kaw. Semarang - Semerik HJ GHARIF JAMAL BIN SPAHAT
KETUA KAMPUNG
JPKK KAWASAN SEMARANG (SEMERIK)

28/06/2026Program gotong royong penduduk Kampung Parit Kuari dan ahli Southern Volunteers (SV) parit kuari  bersama2 dal...
02/07/2026

28/06/2026
Program gotong royong penduduk Kampung Parit Kuari dan ahli Southern Volunteers (SV) parit kuari bersama2 dalam program gotong-royong membersih kawasan kampung pada Ahad jam 8.00 pagi.
Kampung kita jagaan kita.
Terima kasih.

BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) FASA 4 – PASANGAN BARU BERKAHWINBerita baik buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga! K...
14/05/2026

BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) FASA 4 – PASANGAN BARU BERKAHWIN

Berita baik buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga! Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor menyediakan bantuan sebanyak RM400.00 (RM200 suami dan RM200 isteri) kepada pasangan yang layak.

📌 Syarat utama kelayakan:
✅ Perkahwinan di Negeri Johor bagi tahun 2024 dan 2025
✅ Perkahwinan sah berdaftar di Negeri Johor
✅ Kedua-dua pasangan berumur 40 tahun ke bawah
✅ Perkahwinan kali pertama dan masih pasangan suami isteri

📄 Dokumen diperlukan:

* Kad Pengenalan asal
* Surat Perakuan Nikah Nikah Negeri Johor asal

* TEMPAT penyerahan mengikut Daerah menikah dan DUN yang telah ditetapkan.

PENGUMUMAN PENTING ‼️📢 BERITA BAIK UNTUK BANGSA JOHOR ‼️Kerajaan Negeri Johor kini membuka semakan untuk Bantuan Kasih J...
14/05/2026

PENGUMUMAN PENTING ‼️

📢 BERITA BAIK UNTUK BANGSA JOHOR ‼️

Kerajaan Negeri Johor kini membuka semakan untuk Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4. Fokus utama kali ini adalah buat golongan suri rumah tidak bekerja dan warga emas.

🗓️ Tarikh Penting:
Semakan: 14 - 30 Mei 2026
Rayuan: 1 - 14 Jun 2026
Keputusan Rayuan: 25 Jun 2026

💻 Semak status anda di:

https://bkj.johor.gov.my
(Laman web mula diakses pada 14 Mei 2026)

Sila kongsikan info ini kepada ibu bapa dan jiran tetangga kita !

Jom ramai2 dapatkan barang keperluan anda di sini...
14/05/2026

Jom ramai2 dapatkan barang keperluan anda di sini...

06/04/2026 (ISNIN)Assalamualaikum..Saya, selaku Ketua Kampung, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan t...
06/04/2026

06/04/2026 (ISNIN)

Assalamualaikum..
Saya, selaku Ketua Kampung, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung serta Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah meluangkan masa hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya JPKK Kawasan Semarang pada pagi tadi.

Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam memeriahkan majlis serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Segala kerjasama, komitmen dan semangat gotong-royong yang ditunjukkan mencerminkan perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi bersama.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung, saya bagi pihak penganjur memohon maaf.

Sekian, terima kasih.
Tn Hj Gharif Jamal bin Spahat
Ketua Kampung Kawasan Semarang

19/01/2026

PROGRAM SEMARAH SUBUH DUN SEMARANG DI SURAU KG PARIT KUARI DARAT

YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN Semarang bersama2 kariah dalam
Program Semarak Subuh DUN Semarang menyantuni pesakit kancer dan pesakit terlantar di kampung parit kuari .

PROGRAM SEMARAK SUBUH DUN SEMARANG DI SURAU KG PARIT KUARI DARATAssalamualaikum semua rakan2...*YB Datuk Hj Samsolbari b...
19/01/2026

PROGRAM SEMARAK SUBUH DUN SEMARANG DI SURAU KG PARIT KUARI DARAT

Assalamualaikum semua rakan2...
*YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN Semarang* akan bersama2 kariah dalam
*Program Semarak Subuh DUN Semarang* yang akan d adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19.01.2026 - Isnin
Masa : 5.30 pagi
Tempat : *Surau As-Syakirin Kampung Parit Kuari Darat Mukim 8*

*Semua rakan2 d jemput hadir. Tksh*

Assalamualaikum semua rakan2...*YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN Semarang* akan bersama2 kariah dalam*Program Sema...
19/01/2026

Assalamualaikum semua rakan2...
*YB Datuk Hj Samsolbari b Jamali - ADUN Semarang* akan bersama2 kariah dalam
*Program Semarak Subuh DUN Semarang* yang akan d adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19.01.2026 - Isnin
Masa : 5.30 pagi
Tempat : *Surau As-Syakirin Kampung Parit Kuari Darat Mukim 8*

*Semua rakan2 d jemput hadir. Tksh*

Atucara:
5.30 pagi - kehadiran
jemaah
- solat2 sunat
sblum solat
subuh
5.45 pagi - Tarhim
6.07 pagi - Solat Subuh
- Wirid dan
doa
- Tazkirah
ringkas
(sehingga
waktu
Isyrak) oleh
Ustaz Hj
Mohd Shahli
b Hj Mohd
Said
- Jamuan
sarapan pagi
- Ziarah Dhuha
2 rmh

Terima kasih pada semua yang hadir dan melibatkan diri dalam program ini.

Kerja2 pembersihan parit di kawasan semarang sedang di jalankan . Kebersihan sungai dan parit diutamakan.
07/12/2025

Kerja2 pembersihan parit di kawasan semarang sedang di jalankan .
Kebersihan sungai dan parit diutamakan.

Mohon kerjasama semua penduduk kampung dan rumah-rumah sewa sekitar Parit Hj Abd Hamid, Parit Semarang, Parit Lapis Sema...
07/12/2025

Mohon kerjasama semua penduduk kampung dan rumah-rumah sewa sekitar Parit Hj Abd Hamid, Parit Semarang, Parit Lapis Semarang dan Parit Kuari untuk TIDAK membuang sampah di Jalan Rizab 1, Kampung PARIT SEMARANG. Kawasan ini telah ditimbus dan dibersihkan bagi menjaga kebersihan persekitaran serta mengelakkan pencemaran yang lebih serius. Kerjasama anda amat dihargai.

MOGA SEMUA PIHAK MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN SEMARANG

~JPKKKAWASANSEMARANG~

Address

Jalan KAMPUNG PARIT KUARI
Parit Raja
BATUPAHAT

Telephone

+60127262874

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jpkk Kaw. Semarang - Semerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share