18/03/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗠𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗜𝗟𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗤𝗔𝗗𝗔𝗥@ 𝗧𝗔𝗕𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
🌙 Sorotan Program: Iftar, Solat Berjemaah & Solat Tarawih
📍 Lokasi: Gelanggang Bola Keranjang, Pejabat ADUN Senggarang, Parlimen Batu Pahat
📅 Tarikh: 17 Mac 2026, Selasa
👥 Bilangan kanak-kanak & ibu bapa: 50 Kanak-Kanak & 50 Dewasa
Program diteruskan dengan Majlis Iftar yang menghimpunkan warga TABIKA KEMAS, ibu bapa serta komuniti setempat dalam suasana penuh kebersamaan. Turut hadir memeriahkan program ini ialah YB YUSLA BIN ISMAIL ADUN SENGGARANG , yang turut menyokong pelaksanaan program dalam usaha memperkukuh pembangunan sahsiah kanak-kanak sejak awal usia.
Selepas berbuka puasa, para peserta bersama-sama menunaikan solat berjemaah dan solat terawih yang diimamkan oleh USTAZ ABDUL AZIZ BIN OTHAMAN, sekali gus memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak dalam mengenali amalan qiamullail sejak kecil.
Program ini turut memperkukuh kerjasama antara TABIKA, ibu bapa dan komuniti, dalam usaha mewujudkan persekitaran pendidikan yang menyokong perkembangan rohani dan sahsiah kanak-kanak. Semoga usaha ini terus menyemai nilai iman, adab dan kecintaan kepada ibadah dalam diri generasi muda.