Jawatankuasa Pemilihan MPP UTHM

Directions Contact the organization

Jawatankuasa Pemilihan MPP UTHM Facebook ini adalah akaun rasmi JPMPPUTHM dan akaun ini akan digunakan untuk mengemaskini segala perkara terkini mengenai Pilihanraya Kampus UTHM.

|| NOTIS PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SESI 2026/2027 ||  Assalamualaikum w.b....
09/10/2026

|| NOTIS PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SESI 2026/2027 ||

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) UTHM, menurut Seksyen 70 Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, menetapkan 29 Oktober 2026 (Khamis) sebagai Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2026/2027. Pemilihan ini adalah bagi kerusi-kerusi Kawasan Umum dan kerusi-kerusi Kawasan Fakulti.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| UCAPAN TAKZIAH ||  Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Seluruh barisan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakila...
29/09/2026

|| UCAPAN TAKZIAH ||

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Seluruh barisan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merafakkan rasa duka dan mengucapkan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke Rahmatullah pada 28 September 2026.

Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Sekian, terima kasih.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| KRITERIA SEKRETARIAT JPMPP IIAssalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.Sekretariat J...
20/09/2026

|| KRITERIA SEKRETARIAT JPMPP II
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.
Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) memainkan peranan penting dalam
memastikan kelancaran dan ketelusan sepanjang proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Bagi memastikan pelaksanaan pilihan raya kampus berjalan dengan cekap, berintegriti dan berwibawa, berikut adalah kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk menjadi sebahagian daripada barisan Sekretariat.
Adakah anda memenuhi kriteria yang dicari? Sertai kami dan jadilah pemangkin kepada pengurusan pilihan raya kampus yang adil dan saksama.
Sekian, terima kasih.
"SISWA PENCETUS INTEGRITI"

JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| PENCARIAN SEKRETARIAT JPMPP SESI 2026/2027 ||Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integri...
20/09/2026

|| PENCARIAN SEKRETARIAT JPMPP SESI 2026/2027 ||

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Peluang untuk anda menjadi sebahagian daripada penggerak utama pengurusan pilihan raya kampus kini tiba!

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kini membuka pendaftaran bagi pencarian barisan Sekretariat JPMPP Sesi 2026/2027.

Inilah medan terbaik untuk anda mengasah bakat kepimpinan, menimba pengalaman pengurusan organisasi, dan menyumbang secara langsung dalam memartabatkan demokrasi serta integriti mahasiswa di UTHM.

Pendaftaran kini dibuka. Imbas kod QR pada poster atau layari pautan di bawah untuk mendaftar:

📌 Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/1uQ8QYLoGHAxpFZ89
📅 Tarikh Tutup: 27 September 2026
Sekian, terima kasih.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| APA ITU TOWNHALL? ||Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.Townhall JPMPP UTHM mer...
17/09/2026

|| APA ITU TOWNHALL? ||

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Townhall JPMPP UTHM merupakan satu sesi untuk memperkenalkan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) UTHM kepada seluruh mahasiswa.

Sesi ini turut membuka ruang perbincangan berkaitan politik kampus, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) serta isu-isu berbangkit sepanjang proses PMPP berlangsung.

Jom hadir dan bersama-sama meriahkan Townhall JPMPP UTHM!
Kenali JPMPP dengan lebih dekat dan dapatkan informasi berkaitan PMPP sesi 2026/2027.

Jumpa anda di Townhall!

Sekian, Terima Kasih.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| APA ITU JPMPP? ||Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.Jawatankuasa Pemilihan Maj...
17/09/2026

|| APA ITU JPMPP? ||

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) merupakan sebuah badan organisasi yang bersifat berkecuali daripada mana-mana entiti dan persatuan.

JPMPP dianggotai sepenuhnya oleh mahasiswa UTHM yang telah dilantik secara rasmi oleh Naib Canselor UTHM mengikut Peraturan Pemilihan MPP 2011, Bahagian III, Peraturan 6, Subperaturan (i).

Fungsi utama JPMPP adalah untuk mengadakan dan menjalankan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) UTHM.

Kenali JPMPP, fahami peranannya dan bersama-sama kita jayakan PMPP UTHM sesi 2026/2027!

Sekian, Terima Kasih.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| APA ITU PMPP? ||Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.Pemilihan Majlis Perwakilan...
17/09/2026

|| APA ITU PMPP? ||

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) merupakan proses pemilihan wakil mahasiswa bagi membentuk barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

PMPP bertujuan untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan mempunyai jati diri tinggi, di samping memupuk semangat demokrasi melalui pemahaman prosedur pengundian serta menghormati proses berkempen.

Sebagai mahasiswa, kita bebas untuk memilih pemimpin pilihan dan bersama-sama menghormati keputusan undian PMPP.

Kenali PMPP, fahami prosesnya, dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi!

Sekian, Terima Kasih.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| SELAMAT HARI MALAYSIA ||Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.Barisan Jawatankua...
16/09/2026

|| SELAMAT HARI MALAYSIA ||

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Barisan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat seluruh warga UTHM dan rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti pembentukan Malaysia dengan memperkukuh semangat perpaduan, menghormati kepelbagaian serta memelihara keharmonian sebagai sebuah negara yang bersatu padu. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi asas dalam membina Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU UTHM SESI 2026/2027 ||Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetu...
16/09/2026

|| SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU UTHM SESI 2026/2027 ||

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada seluruh mahasiswa baharu UTHM bagi sesi 2026/2027!

Selamat melangkah ke satu fasa baharu yang penuh dengan ilmu, pengalaman, cabaran dan peluang. Semoga setiap langkah yang diambil sepanjang berada di UTHM menjadi kenangan bermakna serta membentuk diri anda menjadi mahasiswa yang berilmu, berintegriti dan berjiwa pemimpin.

"SISWA PENCETUS INTEGRITI"



JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR SESI 2026/2027
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

|| POSTER INFOGRAFIK PELAKSANAAN AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERITI 1971 (AKTA 30) (AUKU) ||Assalamualaikum WBT, Salam Seja...
01/02/2026

|| POSTER INFOGRAFIK PELAKSANAAN AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERITI 1971 (AKTA 30) (AUKU) ||

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.

Berikut merupakan penekanan bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971):

1) AUKU merupakan rangka perundangan utama bagi penubuhan, penyelenggaraan & pentadbiran UA serta perkara-perkara berkaitan dengannya.

2) Akta ini telah melalui pindaan sebanyak lapan (8) kali melibatkan pelbagai skop seperti penambahbaikan tatakelola sehingga pengurusan aktiviti & tatatertib pelajar.

3) Pindaan terkini telah diwartakan pada 27 Jun 2024 melibatkan enam (6) peruntukan utama di bawah Agenda Pemerkasaan Mahasiswa meliputi:

i) Jawatankuasa tatatertib pelajar
ii) Pengurusan kewangan persatuan
ii)Tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

4) Pindaan AUKU tersebut merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan Kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi & menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan & kematangan diri.

Sekian, terima kasih.

“SISWA PENCETUS INTEGRITI”






JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Address

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
Parit Raja
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Pemilihan MPP UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jawatankuasa Pemilihan MPP UTHM:

Shortcuts

Share