Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM

Call Directions Website

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM Penganjuran kursus kursus yang mantap dan efektif!

19 September 2026 | Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) melalui Sekolah Latihan...
19/09/2026

19 September 2026 | Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) melalui Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM) secara dalam talian menerusi platform Google Meet.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Atiqah binti As'ari, Encik Wan Ahmad Fikri bin Wan Aziz dan Encik Muhammad Akmal bin Jelani selaku tenaga pengajar sepanjang tiga siri pelaksanaan kursus.

Pelaksanaan kursus ini melibatkan penyertaan seramai 56 orang pelajar Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN). Kursus ini merupakan latihan wajib bagi pengendali makanan untuk memperoleh Sijil Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta berkaitan aspek kebersihan dan keselamatan makanan, amalan pengendalian diri serta pengurusan premis makanan yang bersih dan selamat. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat membentuk pengendali makanan yang lebih bertanggungjawab serta mengurangkan risiko kejadian keracunan makanan melalui amalan pengendalian makanan yang betul.





17 September 2026 | Anugerah Staf Terampil Bulan Ogos 2026 Anugerah bulanan ini diwujudkan sebagai salah satu bentuk pen...
17/09/2026

17 September 2026 | Anugerah Staf Terampil Bulan Ogos 2026

Anugerah bulanan ini diwujudkan sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada staf Pusat Kepimpinan dan Kompetensi yang komited dalam menjaga keterampilan diri sebagai staf universiti.

Keterampilan meliputi aspek penampilan dan kekemasan diri, kehadiran harian serta kualiti khidmat pelanggan yang baik dan konsisten. Anugerah ini bukan bertujuan untuk menentukan siapa yang terbaik dalam kalangan staf, tetapi merupakan satu rangsangan dan motivasi kepada semua staf supaya sentiasa berusaha untuk berketerampilan terbaik. Keterampilan yang baik mencerminkan kualiti diri dan imej organisasi. Jadikan penambahbaikan berterusan sebagai satu budaya kerja kita. Tahniah diucapkan kepada Cik Najla Aliyah binti Ehwan 👏👍.

Majlis turut diserikan dengan amanat bulanan yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Nor Hazana binti Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, sebagai suntikan semangat kepada seluruh warga PKK dalam meneruskan kecemerlangan perkhidmatan.






SELAMAT ULANG TAHUN KE-33 UTHM 🎉Pusat Kepimpinan dan Kompetensi mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-33 kepada Universiti ...
16/09/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KE-33 UTHM 🎉

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-33 kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tiga dekad lebih perjalanan telah menyaksikan UTHM terus berkembang dan mencipta pelbagai pencapaian dalam pendidikan tinggi, pembangunan bakat serta sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Semoga UTHM terus melangkah maju, melakar kecemerlangan dan memperkukuh kedudukannya di persada nasional dan antarabangsa.

Dengan Hikmah Kita Meneroka.






14 - 15 September 2026 | Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan SenggarangPusat Kepimpinan dan Kompete...
16/09/2026

14 - 15 September 2026 | Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Senggarang

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Senggarang pada 14 hingga 15 September 2026 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS), UTHM Tanjung Laboh.

Program selama dua hari ini melibatkan seramai 108 orang murid Sekolah Kebangsaan Senggarang. Pelbagai aktiviti berbentuk pembangunan diri dan kerja berpasukan telah dilaksanakan bagi memupuk disiplin, keyakinan diri, semangat kerjasama serta kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta.

Program ini dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal, SM/PB Mohamad Razid bin Kasaok, Tuan Haji Zainuddin bin Mohd Noh, Encik Abd Shukur bin Mutalib dan Encik Mohamad Badrul Hisyam bin Mohtar yang membimbing para peserta sepanjang pelaksanaan aktiviti program.

Majlis penutup program telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berusaha Encik Mohd Nazri bin Samad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Senggarang.

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Senggarang, barisan fasilitator, guru-guru pengiring, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membentuk murid yang berdisiplin, berkeyakinan serta mempunyai semangat kepimpinan dan kerjasama yang tinggi.







SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengucapkan ...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan terus diperkukuh, keharmonian sentiasa terpelihara dan kesejahteraan terus dinikmati bersama dalam membina Malaysia yang lebih maju dan makmur.






15 September 2026 | Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2Pusat Kepimpinan...
15/09/2026

15 September 2026 | Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM (PKK UTHM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa UTHM telah menganjurkan Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2 pada 15 September 2026, bertempat di Bilik Seminar Seri Siantan, Pejabat Pendaftar. Kursus ini telah disertai seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik UTHM.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan komunikasi peserta, khususnya dalam penggunaan bahasa yang berkesan bagi menyokong pelaksanaan tugasan dan urusan kerja seharian. Pendedahan kepada pendekatan komunikasi yang praktikal turut membantu peserta meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan maklumat, berinteraksi secara profesional serta mewujudkan komunikasi yang lebih jelas dan berkesan dalam persekitaran kerja.

Kursus telah dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Siti Noor Fazelah binti Mohd Noor bersama empat orang fasilitator daripada Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa UTHM. Penceramah dan fasilitator telah berkongsi ilmu, panduan serta pendekatan praktikal bagi membantu peserta mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa dan kemahiran komunikasi secara lebih yakin dan berkesan.

Pelaksanaan UTHM SPEAK Series 2 diharapkan dapat menjadi platform pembelajaran yang berterusan dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, memperkukuh profesionalisme serta melahirkan warga UTHM yang lebih kompeten, yakin dan berdaya saing, selaras dengan keperluan persekitaran kerja semasa.






15 September 2026 | Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2Pusat Kepimpinan...
15/09/2026

15 September 2026 | Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa UTHM telah menganjurkan Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2 yang berlangsung pada 15 September 2026 bertempat di Bilik PBL 1, UTHM Pagoh bagi memperkukuh kompetensi dan kecemerlangan warga kerja.

Kursus ini telah disertai seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pentadbir dan pelaksana daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTHM. Penyertaan daripada pelbagai latar belakang ini mencerminkan komitmen warga universiti dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan komunikasi dalam melaksanakan tugasan seharian.

Kursus telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa UTHM yang berkongsi ilmu, panduan dan pendekatan praktikal bagi membantu peserta mempertingkatkan tahap penguasaan serta keyakinan dalam penggunaan bahasa dan komunikasi.

Pelaksanaan UTHM SPEAK Series 2 diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, meningkatkan profesionalisme serta melahirkan warga UTHM yang lebih kompeten, yakin dan berdaya saing.





15 September 2026 | Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2 Kumpulan 4.Pusa...
15/09/2026

15 September 2026 | Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2 Kumpulan 4.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa UTHM telah menganjurkan Kursus UTHM Staff Proficiency & Excellence in Active Knowledge (UTHM SPEAK) Series 2 yang berlangsung pada 15 September 2026 bertempat di Makmal Multimedia 1, Blok C13, Pusat Pengajian Bahasa UTHM bagi memperkukuh kompetensi dan kecemerlangan warga kerja.
Kursus ini telah disertai seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pentadbir dan pelaksana daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTHM. Penyertaan daripada pelbagai latar belakang ini mencerminkan komitmen warga universiti dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan komunikasi dalam melaksanakan tugasan seharian.
Kursus telah disampaikan oleh Dr. Salawati binti Ahmad dari Pusat Pengajian Bahasa UTHM, yang berkongsi ilmu, panduan dan pendekatan praktikal bagi membantu peserta mempertingkatkan tahap penguasaan serta keyakinan dalam penggunaan bahasa dan komunikasi.
Pelaksanaan UTHM SPEAK Series 2 diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, meningkatkan profesionalisme serta melahirkan warga UTHM yang lebih kompeten, yakin dan berdaya saing.





9-10 September 2026 | Kursus Seni Membina Hubungan Siri 5Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK), Universiti Tun Hussein O...
14/09/2026

9-10 September 2026 | Kursus Seni Membina Hubungan Siri 5

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Kursus Seni Membina Hubungan Siri 5 sebagai satu inisiatif memperkasa kemahiran insaniah warga universiti melalui pengukuhan komunikasi, hubungan interpersonal dan budaya kerja berpasukan yang cemerlang.

Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman daripada Systematic Competency Alliance (SCOMA), Encik Ahmad Ridzuan bin Aziz, dan disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTHM.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pendekatan praktikal dalam membina hubungan profesional yang positif, memperkukuh kepercayaan, menggalakkan komunikasi yang lebih efektif serta meningkatkan keupayaan berkolaborasi dalam menghadapi cabaran di tempat kerja.

Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja yang lebih berdaya saing, berintegriti dan berprestasi tinggi, seterusnya menyumbang ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta kecemerlangan berterusan Universiti.





Address

Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074537133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share