01/05/2026
πππππππ πππππ ππππππ πππππ πππ πππππ πππππππ! π«
Allah SWT berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 31:
"...dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
Persatuan Permata Johor membantah penganjuran "Rain Rave Water Music Festival 2026" di Bukit Bintang kerana program ini dilihat bertentangan dengan nilai agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.
Antara isu utama yang dibangkitkan ialah:
1οΈβ£Pembaziran dalam keadaan dunia sedang menghadapi krisis β sedangkan Allah melarang israf (pembaziran) sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Isra' ayat 27: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan."
2οΈβ£Percampuran bebas lelaki dan perempuan yang bercanggah dengan perintah menjaga batas aurat dan pergaulan
3οΈβ£Hiburan melampau yang melalaikan daripada mengingati Allah SWT
4οΈβ£Peniruan budaya Barat yang tidak selari dengan Islam
5οΈβ£Risiko keruntuhan akhlak, moral dan keselamatan belia negara
6οΈβ£Mencemarkan imej negara serta tidak sensitif terhadap nilai agama rasmi Malaysia dan nilai serta adab ketimuran.
Sehubungan itu, Permata Johor menyeru pihak berkuasa agar membatalkan program ini serta menggalakkan penganjuran aktiviti yang lebih membina sahsiah dan nilai murni belia β selaras dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Ustaz Mohd Hanafi Bin Mohd Norza
Pengerusi Permata Al-Quran Negeri Johor (PERMATA JOHOR)