REAKSI

REAKSI KELAB PEMINAT RADIO AMATUR DAN REKREASI KERIAN, PERAK (REAKSI)
PPM-008-08-12022014
www.reaksi.org.my

Dedikasi Buat Arwah Pak Rahim (9M2RR): Kecekalan & Kehebatan Seorang Maestro AntennaJika ada yang bertanya kepada saya, ...
08/08/2026

Dedikasi Buat Arwah Pak Rahim (9M2RR): Kecekalan & Kehebatan Seorang Maestro Antenna

Jika ada yang bertanya kepada saya, apakah kepayahan dan kehebatan arwah Pak Rahim (9M2RR) selain daripada ketelitiannya membina tower?
Jawapan saya cukup mudah: Proses beliau membina, menala (tuning), dan menaikkan horizontal loop antenna bertingkat ini satu per satu.

Bayangkan kerumitan dan ketelitian yang diperlukan:
Pemasangan Presisi: Memasang setiap loop antenna mengikut ukuran tepat.
Proses Tuning yang Cerewet: Menala SWR satu per satu untuk memastikan setiap jalur (band) mencapai resonans terbaik.
Kejuruteraan Mekanikal: Memasang susunan antenna tersebut pada mini base tower dan menaikkannya menggunakan aluminium telescopic pole.

Cabaran Sebenar: 'Dry Run' di Halaman Rumah Sebelum ke Ban Pecah (BOTA 2016)
Cabaran paling utama arwah bukanlah sekadar membina susunan 4-Band Loop ini, tetapi ketabahan dan disiplin beliau.
Arwah sanggup memasang dan menaikkan kesemua struktur ini di halaman rumahnya terlebih dahulu untuk ujian. Apabila sudah berpuas hati dengan prestasinya, beliau membuka semula kesemua antenna ini satu per satu! Kesemuanya dibungkus rapi dan diangkut ke Ban Pecah demi menjayakan aktiviti BOTA (Beaches On The Air) pada 26-28-02-2016.

Pemerhatian & Kehebatan Teknikal Setup Arwah 9M2RR
Bila dilihat kembali susunan antenna arwah dalam foto ini, ia bukan sekadar projek homebrew biasa, tetapi satu karya kejuruteraan radio yang amat tinggi nilainya:

Struktur 'Pyramid Tree' 4 Jalur (7MHz – 50MHz):
Membina horizontal loop bertingkat (stacked array) bermula dari jalur besar 40m (7MHz) di bawah, disusuli 20m (14MHz), 15m (21MHz), 10m (28MHz), hinggalah vertical antenna 6m (50MHz) di puncak memerlukan kefahaman geometri dan imbangan berat yang sangat tinggi. Loop 40m di bawah memerlukan struktur spreader yang kukuh supaya wayar tidak melentur (sagging).

Cabaran Interaksi Antara Band (Mutual Coupling):
Satu perkara yang sangat s**ar dalam multi-band loop bertingkat ialah interaksi medan elektromagnetik antara elemen. Menala SWR untuk 5 jalur serentak memerlukan kesabaran tahap tertinggi kerana talaan pada satu band boleh mengganggu prestasi band yang lain. Arwah berjaya menyelesaikannya dengan sempurna!

Inovasi Portable Heavy-Duty:
Menjadikan sistem antenna bertingkat bersaiz gergasi ini bersifat portable—boleh dipasang di rumah, dibuka, dibawa ke pantai Ban Pecah, dan didirikan semula—membuktikan arwah seorang yang sangat praktikal dan tidak pernah memilih jalan mudah demi minat.

Semangat homebrew, disiplin, kesabaran, dan kepakaran teknikal arwah Pak Rahim (9M2RR) memang tiada galat ganti. Beliau bukan sahaja mendirikan antenna, tetapi mendirikan satu penanda aras (benchmark) kecekalan buat kita semua.

Semoga arwah dicemburui atas ilmu, kebaikan, dan inspirasi yang ditinggalkan.

Allahumaqfirlahu warhamhu waafie waafuanhu

Mengenang Ayahanda 9M2RR – Legenda Homebrew Yang Ramai Tidak Pernah Tahu Posting kali ini bukan sekadar untuk mengenang ...
04/08/2026

Mengenang Ayahanda 9M2RR – Legenda Homebrew Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Posting kali ini bukan sekadar untuk mengenang pemergian arwah Pak Rahim 9M2RR, tetapi untuk berkongsi kisah-kisah yang mungkin sebahagian daripada anda tidak pernah tahu. Mudah-mudahan melalui catatan ini, lebih ramai akan mengenali siapakah sebenarnya insan yang banyak menyumbang kepada dunia radio amatur di sekitar Kerian dan Perak.

Sudah hampir sebulan ayahanda 9M2RR meninggalkan kita.
Namun sehingga hari ini, rasa kehilangan itu masih sama. Masih segar dalam ingatan.

Benarlah kata orang tua-tua, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama."
Bagi kami yang pernah mengenali beliau, nama Pak Rahim tidak akan pernah hilang daripada lipatan sejarah radio amatur. Selagi ada orang yang bercakap tentang homebrew, antena dan semangat mencuba, selagi itulah nama 9M2RR akan terus disebut.

Menara Homebrew Yang Menjadi Lambang

Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke base station beliau pasti akan terpaku melihat sebuah menara yang berdiri megah di hadapan rumahnya.
Namun ia bukan sekadar sebuah menara.
Setiap antena yang terpasang di situ bukanlah produk kilang. Tiada satu pun antena komersial. Kesemuanya direka, dibina dan diuji sendiri oleh arwah. Itulah identiti sebenar Pak Rahim. Seorang pembina tulen yang sentiasa percaya bahawa sesuatu yang dibuat dengan ilmu dan usaha sendiri mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi.

Aku sendiri pernah melihat pelan asal pembinaan menara itu. Arwahlah yang menerangkan satu persatu bagaimana ia dibina.
Aku juga pernah berpeluang memanjatnya.
Sejujurnya, aku hanya mampu sampai sekitar 60 kaki sebelum rasa gayat mengambil alih. Ketika itu, ketinggian asal menara tersebut sekitar 80 kaki.

Malangnya, selepas dibadai ribut yang sangat kuat, bahagian atas menara patah. Kini ketinggiannya tinggal sekitar 60 kaki sahaja.
Kesan ribut itu begitu dahsyat sehingga struktur besi tersebut terkilas seperti batang tebu yang dip**as.

Satu perkara yang benar-benar mengagumkan aku ialah sepanjang pembinaan menara itu hampir tiada penggunaan pateri pada struktur utamanya. Semua sambungan dibuat menggunakan bolt dan nut.
Kemas. Kukuh. Teliti.
Begitulah sifat Pak Rahim dalam setiap hasil kerjanya.

Bermula Dengan CB dan Walkie Talkie Eatel

Sebelum kami mengenali dunia radio amatur, kami terlebih dahulu bermain radio CB.
Ketika itu kami menggunakan walkie-talkie jenama Eatel yang diubah suai.

Tetapi Pak Rahim sudah berada beberapa langkah di hadapan kami.
Beliau telah berjaya membina sendiri set radio CB menggunakan hasil tangan dan kepakaran beliau.

Walaupun penggunaan CB ketika itu masih tidak dibenarkan di Malaysia, minat kami terhadap dunia komunikasi radio tidak pernah padam.
Malah daripada situlah kami belajar perkara yang tidak diajar di mana-mana.
Pak Rahimlah yang mengajar kami tentang propagasi radio, cara mengukur antena, penggunaan peralatan serta teknik membina antena yang betul.
Pada zaman itu, ilmu seperti ini memang s**ar ditemui di kawasan Kerian.
Beliau tidak pernah lokek berkongsi.

Melalui radio CB juga kami mula mengenali komuniti CB di negeri-negeri utara.
Rupa-rupanya dunia CB ketika itu sangat besar.
Daripada situlah lahirnya minat terhadap radio amatur.
Ramai rakan-rakan CB, termasuk aku sendiri, akhirnya mengambil lesen radio amatur hasil dorongan dan tunjuk ajar beliau.

Demam TV Medan

Sebelum kemunculan Astro pada pertengahan tahun 1990-an, satu fenomena pernah melanda Malaysia.
Fenomena TV Medan.

Dan orang yang mencetuskan minat itu di kawasan kami ialah Pak Rahim.
Apabila beliau berjaya menerima siaran dari Medan, ramai p**a yang mengikut jejak langkahnya.
Booster TV menjadi barang buruan.
Antena p**a perlu ditala dengan cukup tepat ke arah Medan.

Hasilnya, beberapa saluran terkenal seperti Indosiar, RCTI, SCTV, TPI, ANTV dan Metro TV dapat ditonton dengan jelas.
Ketika itu kami saling berkunjung dari rumah ke rumah, berkongsi ilmu dan membandingkan kekuatan isyarat.
Semuanya bermula daripada eksperimen seorang insan bernama Pak Rahim.

Dari TV Medan Ke Satelit Palapa

Pak Rahim sememangnya seorang pencinta homebrew.
Beliau bukan sekadar menerima siaran satelit Palapa, malah berjaya membangunkan sistem pancaran untuk dikongsi bersama orang kampung yang mengenali beliau.

Untuk tujuan itu, beliau turut mereka dan membina sendiri antena TV homebrew.
Sampai satu ketika, hampir setiap rumah rakan-rakan radio amatur di sekitar sini menggunakan antena hasil rekaan beliau.

Jika berkunjung ke base station beliau, pasti akan kelihatan sebuah satellite dish homebrew bersaiz kira-kira tujuh kaki yang dibina sendiri.
Melihat hasil kerja tersebut sudah cukup membuktikan tahap kemahiran beliau.

Minat Hi-Fi dan Dunia Elektronik

Selain radio, Pak Rahim juga sangat meminati dunia audio Hi-Fi.
Beliau pernah membina amplifier homebrew yang bunyinya cukup mengagumkan.
Aku sendiri pernah melihat sistem speaker milik beliau.
Kalau tidak silap ingatan, suatu ketika dahulu sistem tersebut pernah disewa oleh Kerajaan Negeri Perak untuk digunakan dalam majlis Tilawah al-Quran sekitar penghujung tahun 1970-an.

Ilmu Yang Dibina Melalui Pembacaan

Ramai menyangka kemahiran beliau datang secara semula jadi.
Hakikatnya tidak.
Pak Rahim sentiasa menambah ilmu melalui pembacaan.

Antara bahan bacaan kegemarannya ialah majalah Practical Wireless, yang menurut beliau merupakan langganan tetapnya selama bertahun-tahun.
Beliau pernah bercerita bahawa kebanyakan ilmu yang dipelajarinya datang daripada majalah tersebut sebelum dipraktikkan sendiri.

Kalau tidak silap ingatan aku, arwah juga pernah mengikuti pengajian dalam bidang elektronik TV di sebuah institut kemahiran belia. Mungkin di IKTBN Dusun Tua atau IKTBN Belia Pertak. Jika ingatan aku tersilap, mohon maaf kerana kisah ini sudah lebih 30 tahun berlalu.

Apabila internet mula berkembang, aku pernah menunjukkan kepada beliau satu projek Direct Conversion Receiver menggunakan transistor BF984 yang aku ambil daripada internet.
Beliau menelitinya dengan cukup teliti.
Kemudian beliau berkata,
"Rajah dalam internet ni banyak yang tak tepat. Nilai komponen pun ada yang lari."

Itulah pengalaman beliau.
Beliau sudah mencuba, menguji dan membandingkan sendiri.
Sebab itulah beliau sering berpesan bahawa buku dan majalah teknikal yang berkualiti jauh lebih boleh dipercayai.

Antara rujukan utama beliau ketika itu ialah Practical Wireless (PW), RSGB Radio Communication dari Great Britain dan ARRL Handbook dari Amerika Syarikat.
Daripada bahan-bahan inilah lahirnya asas ilmu yang begitu kukuh.
Bukan sekadar mencuba secara agak-agak.

Legasi Yang Tidak Akan Hilang

Hari ini, Pak Rahim mungkin sudah tiada.
Tetapi legasi yang beliau tinggalkan masih hidup.
Bukan harta yang menjadi warisan.
Bukan juga wang ringgit.
Sebaliknya ilmu, hasil ciptaan, antena, menara dan semangat homebrew yang terus menjadi inspirasi kepada generasi radio amatur selepas beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda 9M2RR dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Insya-Allah, jika diberikan kesempatan dan kelapangan, masih banyak lagi kisah tentang arwah Pak Rahim yang ingin aku kongsikan. Semoga catatan-catatan ini menjadi rekod sejarah agar jasa seorang insan yang begitu besar sumbangannya kepada dunia radio amatur tidak hilang ditelan zaman.

Lawatan Verifikasi MCMC ke Bukit Larut Pengesahan Apparatus Assignment (AA) Repeater 9M4RXB REAKSIHari ini 30 Julai 2026...
30/07/2026

Lawatan Verifikasi MCMC ke Bukit Larut Pengesahan Apparatus Assignment (AA) Repeater 9M4RXB REAKSI

Hari ini 30 Julai 2026, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan lawatan ke puncak Bukit Larut, Perak bagi menjalankan pemeriksaan dan pengesahan Apparatus Assignment (AA) untuk pelbagai sistem komunikasi yang beroperasi di lokasi tersebut.

Pelbagai agensi dan syarikat telekomunikasi turut hadir sepanjang sesi verifikasi ini, antaranya RTM, TM, MYTV, ASTRO Radio, Sapura, Media Prima, APM serta REAKSI.

Bagi pihak REAKSI, pemeriksaan telah dijalankan ke atas repeater 9M4RXB. Antara peralatan yang digunakan oleh pegawai MCMC ialah Keysight Handheld FieldFox Spectrum Analyzer untuk membuat pengukuran dan verifikasi teknikal. Yang mencuit hati, bacaan kuasa pemancar p**a sempat disemak menggunakan Diamond SX-400 milik REAKSI.

Ada sedikit detik mengejutkan mereka apabila bacaan pemancar menunjukkan kuasa hanya sekitar 3 watt walaupun di dalam AA kuasa pemancar adalah 25 watt. Namun semuanya berjaya disahkan dan pemeriksaan berjalan dengan lancar.

Mewakili REAKSI pada sesi tersebut ialah team teknikal yang diketuai oleh 9M2SAR Sofi, 9W2LDB-Rizauddin, 9W2EXL-Solihin dan 9W2GOG-Mohd Yusoff.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MCMC atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan setiap sistem komunikasi yang beroperasi di bawah Apparatus Assignment (AA) mematuhi spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan.

Walaupun jadual pemeriksaan hari ini amat padat dengan kehadiran pelbagai agensi sehingga ada yang tiba sekitar tengah hari, pihak MCMC tetap berjaya melaksanakan tugas dengan profesional.

Tahniah kepada REAKSI atas kejayaan melepasi proses verifikasi repeater 9M4RXB. Semoga sistem ini terus memberi manfaat kepada komuniti radio amatur dan menyokong komunikasi ketika diperlukan. 73!

Ada orang mengenali dunia radio melalui VHF dan UHF.  Aku p**a mengenali dunia radio melalui HF.Segalanya bermula dengan...
11/07/2026

Ada orang mengenali dunia radio melalui VHF dan UHF.
Aku p**a mengenali dunia radio melalui HF.

Segalanya bermula dengan sebuah walkie-talkie kecil berjenama Eatel.

Bagi orang lain, ia mungkin sekadar walkie-talkie biasa dengan jarak komunikasi sekitar 500 meter hingga 1 kilometer.
Tetapi bagi kami di daerah Kerian, set kecil itulah yang membuka pintu kepada sebuah dunia yang jauh lebih luas.

Selepas melalui sedikit sentuhan dan pengubahsuaian pada bahagian RF output untuk meningkatkan kuasa pancaran, kemudian dipadankan p**a dengan antena luar, set Eatel yang sederhana itu bertukar menjadi sesuatu yang luar biasa.

Daripada sebuah walkie-talkie, kami mula mendengar suara dari Kediri, Jawa Timur. Kadang-kadang Thailand, kadang-kadang Sepanyol, malah beberapa negara lain yang muncul apabila propagasi pada 26 MHz dan 27 MHz benar-benar "hidup".
Ketika itu, setiap kali speaker berbunyi, kami tidak pernah tahu suara dari negara mana p**a yang bakal kedengaran. Perasaan teruja itu s**ar digambarkan.

Dari situlah semuanya bermula.
Kalau bukan kerana radio kecil itu, mungkin aku tidak akan mengenali dunia radio amatur seawal ini. Mungkin juga aku tidak akan berusaha mendapatkan lesen radio amatur, apatah lagi berjaya memiliki Lesen Kelas A.

Radio itu bukan sekadar alat komunikasi.
Radio itulah guru pertama yang mengajar aku tentang antena dipole, antena omnidirectional, propagasi gelombang radio, SWR, matching, linear amplifier atau lebih mesra dipanggil "kasut", dan bermacam-macam lagi ilmu yang tidak mungkin dipelajari di dalam bilik darjah.

Di sebalik semua ilmu itu, berdiri seorang insan yang sentiasa murah berkongsi pengalaman.
Allahyarham Pak Rahim 9M2RR.

Setiap kali kami berkumpul, topik kami tidak pernah lari daripada radio. Cerita tentang reka bentuk antena baharu, eksperimen yang berjaya atau gagal, projek homebrew, propagation dan bermacam-macam lagi. Berjam-jam berbual pun masih terasa tidak cukup.

Beliau bukan sekadar seorang pengendali radio amatur.
Beliau ialah seorang guru.
Beliau ialah seorang pencetus idea.
Beliau ialah seorang yang sentiasa berfikir bagaimana hendak memudahkan orang lain menikmati hobi ini.

Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa beliau merupakan antara individu yang banyak berjasa dalam membangunkan rangkaian linking repeater yang menghubungkan Johor sehingga ke Perlis. Pernah suatu ketika, rakan radio amatur dari Riau dapat berkomunikasi dengan rakan di Medan menggunakan rangkaian repeater di Semenanjung Malaysia. Sesuatu yang ketika itu seolah-olah mustahil kerana komunikasi sebegitu lazimnya hanya dilakukan melalui HF.

Beliau juga sanggup mendahulukan wang sendiri membeli dua buah repeater bernilai hampir RM16,000 untuk ditempatkan di Gunung Jerai dan Bukit Larut. Bukan kerana keuntungan. Bukan kerana nama. Tetapi kerana minat dan mahu melihat komuniti radio amatur terus berkembang.

Daripada kreativiti beliau juga lahirlah konsep repeater mudah alih yang jauh lebih murah, praktikal dan mudah dibina. Aku sendiri menjadi antara saksi awal bagaimana rangkaian homebrew beliau berkembang sedikit demi sedikit sehingga mampu menghubungkan hampir seluruh Semenanjung Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kesihatan beliau semakin merosot. Namun semangatnya terhadap radio tidak pernah benar-benar padam.

Pada 28 Mei, sempena Aidiladha, aku bersama beberapa orang rakan sempat menziarahi beliau.
Kami berbual seperti biasa.

Tentang radio.

Tentang antena.

Tentang cabaran hutan/hiking

Tentang pendaki yang sesat viral ketika itu

Tentang projek-projek yang masih belum sempat disiapkan antaranya penemuan mobile antenna terbaru untuk 7mhz.

Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa itulah pertemuan terakhir kami.

Pada 10 Julai 2026, tepat jam 8.30 malam, Allah telah menjemput beliau p**ang, sebagaimana yang telah tertulis sejak azali.

Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang rakan.

Bukan sekadar kehilangan seorang Elmer.
Tetapi kehilangan seorang insan yang meninggalkan legasi yang akan terus hidup di setiap repeater yang dibinanya, pada setiap antena yang menjadi inspirasi, dan pada setiap operator yang pernah menerima ilmunya.

Gelombang radio akan terus bersiaran. Repeater akan terus memancar. Antena akan terus berdiri teguh.
Tetapi suara seorang guru yang pernah membimbing kami... tidak akan kedengaran lagi.

Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Rahim 9M2RR.
Semoga Allah SWT mengurniakan syurga yang tertinggi buatmu dan menerima segala ilmu serta amal jariah yang telah engkau tinggalkan untuk kami semua. Amin.

Allahumaqfirlahu warhamhu waafie waafuanhu.
Salam takziah buat Muhammad Sofi aka 9M2SAR dan keluarga terus menyambung legasi armarhum ayahanda 9M2RR.

De-9M2MGL

Rahsia Kecil Tahun 1948 yang Membunuh Tiub Vakum & Mengubah Dunia Radio Selamanya! Pada 29 Jun 1948, sekump**an kecil wa...
04/07/2026

Rahsia Kecil Tahun 1948 yang Membunuh Tiub Vakum & Mengubah Dunia Radio Selamanya!

Pada 29 Jun 1948, sekump**an kecil wartawan berkumpul di ibu pejabat Bell Telephone Laboratories di West Street, New York City. Sidang media tersebut diadakan untuk mendemonstrasikan sebuah gajet pelik dan kecil yang diperbuat daripada plastik, wayar, dan secebis kecil elemen germanium.

Peranti tersebut ialah transistor sentuhan-titik, atau _point-contact transistor_.

Walaupun pengumuman terpilih itu tidak menjadi berita utama yang besar pada keesokan paginya—malah The New York Times secara ikonik "menyembunyikan" berita pendek sebanyak empat perenggan di bahagian paling bawah halaman "News of the Radio" mereka—hari tersebut menandakan bermulanya era keadaan pepejal, atau _solid-state_, secara rasmi. Ia mengubah landskap komunikasi global buat selamanya.

*Merahsiakan Sebuah Revolusi*

Para saintis Bell Labs, iaitu John Bardeen, Walter Brattain, dan William Shockley, sebenarnya telah berjaya menghidupkan prototaip pertama yang berfungsi enam bulan lebih awal, iaitu pada Disember 1947.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan eksekutif Bell Labs menyedari bahawa mereka sedang memegang satu peralihan paradigma yang sangat besar. Mereka sengaja merahsiakan penemuan ini sehingga 29 Jun demi menyelesaikan dua tugas kritikal:

1. *Mengamankan Paten*: Memastikan semua perlindungan undang-undang adalah kukuh sebelum seluruh dunia mengetahui tentang teknologi ini.
2. *Memberi Taklimat kepada Tentera*: Memberikan peluang kepada pihak tentera AS untuk menilai teknologi tersebut bagi tujuan komunikasi pertahanan rahsia sebelum ia diumumkan kepada orang awam.

Apabila mereka akhirnya mendemonstrasikannya kepada pihak media pada 29 Jun, mereka menggunakan transistor tersebut untuk menguatkan rakaman suara dan mengendalikan radio penerima yang menggunakan transistor sepenuhnya. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa ia mampu menggantikan komponen tradisional secara total.

*Kematian Tiub Vakum*

Untuk memahami mengapa hari tersebut menjadi satu mercu tanda sejarah yang amat besar bagi para pengendali radio dan jurutera, anda perlu melihat apa yang digunakan oleh peralatan komunikasi pada zaman itu: tiub vakum.

Tiub vakum merupakan tulang belakang bagi semua pemancar dan penerima radio, namun ia mempunyai batasan fizikal yang besar:

- *Panas dan Rapuh*: Ia pada asasnya adalah mentol lampu pijar khas yang diperbuat daripada kaca nipis. Ia menjadi sangat panas apabila digunakan dan mudah pecah.

- *Sangat Kuat Makan Elektrik*: Tiub memerlukan voltan filamen yang berasingan semata-mata untuk memanaskan katod sebelum ia boleh mula menguatkan isyarat.

- *Sukar Alih*: Disebabkan oleh keperluan kuasa yang terlalu besar, idea untuk menghasilkan pemancar-penerima radio yang benar-benar mudah alih dan ringan adalah hampir mustahil. Set "mudah alih" pada tahun 1940-an memerlukan pek bateri yang besar dan berat semata-mata untuk membekalkan voltan plat tinggi yang diperlukan.

*Era Baru Komunikasi*

Prototaip ringkas yang diperkenalkan pada 29 Jun itu telah mengubah segalanya. Dengan menggunakan fizik keadaan pepejal dan bukannya ruang vakum, transistor hanya memerlukan sebahagian kecil kuasa elektrik, hampir tidak menghasilkan haba, sangat tahan lasak, dan saiznya kurang daripada satu persepuluh saiz tiub vakum.

Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, teknologi ini membawa secara langsung kepada penghasilan radio poket transistor komersial yang pertama. Ia merevolusikan barangan elektronik pengguna, dan akhirnya membuka jalan kepada penghasilan mikrocip, pemprosesan isyarat digital moden, serta peralatan radio keadaan pepejal yang sangat kompak yang kita gunakan hari ini.

EYEBALL HAM RADIO KERIAN @ BASE STATION 9W2MYR Alhamdulillah, malam semalam warga Radio Amatur daerah Kerian REAKSI berj...
28/06/2026

EYEBALL HAM RADIO KERIAN @ BASE STATION 9W2MYR

Alhamdulillah, malam semalam warga Radio Amatur daerah Kerian REAKSI berjaya berhimpun untuk sesi Eyeball di Base Station Cikgu Amin, 9W2MYR, Bagan Serai.

Masa & Suasana
Program start 9:00 malam lepas Isyak sampai 12:00 tengah malam. Santai habis.
Turut hadir XYL dan harmonic, jadi makin meriah dan silaturahim makin erat.

Tujuan Berkumpul
1. Lepas rindu jumpa kawan lama yang dah lama tak bersua muka

2. Sembang kenangan zaman Radio Amatur dulu-dulu

3. Kongsi pengalaman, gadget & peralatan radio terkini

4. Update perkembangan aktiviti RAE

Perkara Penting Dibincang

Isu Lesen AA Tamat Tempoh: Sayang ramai rakan lesen Amateur Assignment dah mati dan tak boleh renew lagi. Hobi bermakna terpaksa tinggal sebab tak disambung.

Radio & Aktiviti Gunung: Semua setuju lesen Ham sangat berguna untuk pendaki. Bila masuk kawasan takde line telefon, radio jadi talian hayat masa kecemasan. Baru ni ada rakan Ham tolong mohon bantuan melalui komunikasi radio untuk satu kump**an pendaki apabila ada peserta yang tercedera.

Terima kasih Cikgu Amin 9W2MYR sediakan juadah.
9W2LDB p**ak bawa cheesecake.

📋 Senarai Call Sign Yang Hadir:
9W2IIA, 9W2XON, 9W2LDB, 9M2CAE, 9M2TON, 9M2MGL, 9W2NNA, 9W2ZRY, 9W2UGI, 9W2IXI, 9W2IIX, 9W2UZS, 9W2RRE

Terima kasih semua yang sudi hadir memeriahkan Eyeball kali ini. Semoga ukhuwah ni kekal. Insya-Allah jumpa lagi sesi seterusnya di lokasi baru.

Kenapa Ada Balun 1:1, 4:1, 9:1 dan 64:1? 🤔📡Ramai tanya kenapa antena guna balun/unun ratio lain-lain. Jawapan dia simple...
18/06/2026

Kenapa Ada Balun 1:1, 4:1, 9:1 dan 64:1? 🤔📡

Ramai tanya kenapa antena guna balun/unun ratio lain-lain. Jawapan dia simple je: ikut impedans kat feed point antena, dan kena padankan dengan coax 50Ω.

Balun/UnUn bukan alat ajaib bagi semua antena jadi perfect. Dia cuma transformer RF untuk padankan impedans supaya kuasa dari radio → antena jalan lancar, tak banyak reflect balik.

➡️ 1:1 Balun / Choke Balun
Pakai bila impedans antena dah hampir 50Ω
Contoh: Dipole resonan, Vertical resonan, Yagi
Tujuan: Halang common mode current kat coax + kurangkan RF masuk shack
Formula: 50Ω antena → 50Ω coax
Tiada ubah impedans, cuma tapis arus tak seimbang

➡️ 4:1 Balun
Pakai bila impedans antena sekitar 200Ω
Contoh: Folded Dipole ±200Ω, Sesetengah OCF Dipole, Loop tertentu
Formula: 200Ω ÷ 4 = 50Ω
Antena 200Ω terus ngam dengan coax 50Ω

➡️ 9:1 UnUn
Paling pop**ar untuk random wire/long wire
Contoh: Random Wire, Long Wire, EARCHI antenna
Formula: 450Ω ÷ 9 = 50Ω
Impedans wire ni berubah ikut panjang + frekuensi, so 9:1 bukan confirm SWR rendah. Dia cuma bawa impedans tinggi tu lebih hampir 50Ω supaya ATU senang nak tune.

➡️ 64:1 UnUn
Ini transformer standard untuk EFHW
Contoh: EFHW 40m, EFHW 80m, Multi-band EFHW
Formula: 3,200Ω ÷ 64 = 50Ω
Hujung EFHW impedans dia 2,500Ω - 4,000Ω. Tu sebab kena guna 49:1 atau 64:1

➡️ 49:1 vs 64:1
Kebanyakan builder EFHW s**a 49:1 sebab:
2,450Ω ÷ 49 ≈ 50Ω → lagi hampir impedans sebenar EFHW
Tapi 64:1 pun boleh jalan, bergantung panjang antena, tinggi & persekitaran

✅ Kesimp**an
Pilih balun/unun bukan ikut "mana paling kuat". Tapi ikut impedans antena kat feed point:
1:1 → 50Ω ke 50Ω
4:1 → 200Ω ke 50Ω
9:1 → 450Ω ke 50Ω
49:1 → 2450Ω ke 50Ω
64:1 → 3200Ω ke 50Ω

Nak pilih transformer kena tau dulu impedans antena. Kalau tak ngam, SWR tinggi & prestasi drop.
Ringkasnya: Balun/UnUn bukan untuk "turunkan SWR", tapi untuk "padankan impedans" antara antena & coax. Baru power transfer efficient 💪

*Antena EFHW: Jangan Pandang Rendah Pada "Wayar Sepanjang 40m" Ni* 📡Antena EFHW iaitu End-Fed Half-Wave sering dipandang...
17/06/2026

*Antena EFHW: Jangan Pandang Rendah Pada "Wayar Sepanjang 40m" Ni* 📡

Antena EFHW iaitu End-Fed Half-Wave sering dipandang rendah keupayaannya. Ramai fikir "end-fed" tu je kelebihan dia.

Sebenarnya, kelebihan utama antena ni ialah ia beroperasi sebagai antena berbilang panjang gelombang iaitu multi-lambda.

*Keputusan Simulasi Antena 40m @ 12m Tinggi*
Berikut simulasi bagi antena EFHW saya panjang 40 meter, pasang tinggi 12 meter:

Pada jalur frekuensi yang lebih tinggi, antena ni hasilkan beberapa lob utama iaitu main lobes dengan keuntungan gain sehingga 10 dBi. Nilai ni hampir menyamai gain antena Yagi 5 elemen!

Sudut pancaran iaitu elevation pun rendah, bawah 15 darjah. Memang cun untuk komunikasi jarak jauh DX.

*Arah Lob & Coverage*
Lob-lob utama berada pada arah sekitar 40 hingga 60 darjah. Antena saya dipasang di Kenya dengan orientasi 300 darjah.

Hasilnya:
1. Satu lob hala ke Europe
2. Satu lob hala ke Japan
3. Satu lob hala ke Australia
4. Satu lob hala ke bahagian selatan South America

Sekali pancar, 4 benua kena 🎯

*Kelemahan & Cara Atasi*
Satu kelemahan antena ni ialah kewujudan zon null yang sangat dalam. Maksudnya ada arah tertentu isyarat jadi sangat lemah.

Tapi ada trick dia. Kalau guna 2 batang EFHW dipasang secara berserenjang 90 darjah antara satu sama lain, biasanya sekurang-kurangnya satu antena akan bagi isyarat baik ke arah yang dikehendaki.

*Kesimp**an*
EFHW sering dipandang rendah. Hakikatnya, ciri "end-fed" tu hanyalah sebahagian kecil reka bentuk je.

Kelebihan sebenar antena ni ialah kemampuan dia berfungsi sebagai antena multi-lambda yang mampu hasilkan gain tinggi + sudut pancaran rendah pada jalur frekuensi yang lebih tinggi.

Jangan underestimate wayar 40m tu 😉 73

Posting asal 👉Reto Casanova

Tak Perlu Sebut "Ooolak... Ooolak..." Untuk Check SWRKadang-kadang kita mendengar operator menekan PTT sambil menyebut "...
16/06/2026

Tak Perlu Sebut "Ooolak... Ooolak..." Untuk Check SWR

Kadang-kadang kita mendengar operator menekan PTT sambil menyebut "ooolak... ooolak..." berulang kali semata-mata untuk melihat bacaan SWR meter. Sebenarnya jika tujuan hanya untuk memeriksa SWR atau menala ATU, terdapat cara yang lebih baik, lebih kemas dan lebih tepat.

*Guna Carrier Berterusan, Lebih Stabil*
Jika stesen mempunyai ATU iaitu Antenna Tuning Unit dan SWR meter, anda boleh gunakan carrier berterusan melalui mod:
- *FM* - tekan PTT, carrier keluar berterusan
- *AM* - carrier tetap keluar walaupun tanpa bercakap
- *CW* - gunakan key atau fungsi TUNE pada radio
- *RTTY* - sesetengah radio menyediakan carrier yang sesuai untuk tujuan ujian

Kaedah ini memberikan bacaan yang lebih stabil dan konsisten berbanding menggunakan suara kerana tahap audio manusia sentiasa berubah-ubah.

*Etika Penting Di Udara*
Namun terdapat satu perkara yang lebih penting, iaitu etika operasi di udara. Elakkan melakukan tuning atau memancarkan carrier di atas frekuensi yang sedang digunakan oleh stesen lain. Walaupun hanya beberapa saat, ia tetap boleh mengganggu QSO yang sedang berlangsung.

Jika ingin menala ATU atau memeriksa SWR sebelum beroperasi, amalan yang biasa dilakukan oleh ramai operator berpengalaman ialah mencari frekuensi yang kosong beberapa kHz di bawah atau di atas frekuensi operasi yang ingin digunakan. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk beroperasi pada 7.130 MHz, anda boleh membuat tuning pada frekuensi yang kosong berhampiran frekuensi tersebut sebelum kembali ke frekuensi operasi sebenar.

Bagi kebanyakan antena HF, perbezaan beberapa kHz tidak memberi perubahan yang ketara terhadap bacaan SWR atau padanan antena. Pada masa yang sama, kaedah ini membantu mengelakkan gangguan kepada pengguna band yang lain.

*Radio Amatur = Teknologi + Etika*
Radio amatur bukan sekadar mengenai peralatan dan teknologi. Ia juga tentang disiplin operasi, pertimbangan terhadap pengguna lain dan amalan yang baik ketika berada di udara. Kadang-kadang perkara kecil seperti cara kita membuat tuning sudah cukup untuk menunjukkan tahap pengalaman dan etika seorang operator.

73 de 9M2MGL

9M4RXC - Repeater Bukit Panchor (415m ASL)9M4RXC FM Analog (Kuning) vs 9M4RXC-2 LoRa APRS (Merah)Salah satu cara meningk...
31/03/2026

9M4RXC - Repeater Bukit Panchor (415m ASL)

9M4RXC FM Analog (Kuning) vs 9M4RXC-2 LoRa APRS (Merah)

Salah satu cara meningkatkan jarak capaian ialah dengan beralih ke mod komunikasi yang lain.

Address

No. 7, Lintang Bahagia 1, Taman Bahagia
Parit Buntar
34200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when REAKSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to REAKSI:

Shortcuts

Share