08/08/2025
Bagaimana kita nak jadi "high value person" kalau kita tak habis dengan "low value habits". Antara habit kecil yang buat hidup kita tak bergerak dan menyusahkan ๐
1. Kuat merungut. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Sentiasa ada aja benda nak dirungutkan. Sentiasa tak nampak jalan dan peluang. Asal boleh merungut, merungut.
2. Komplen. Tak berhenti komplen. Lambat sikit, komplen. Panas sikit, komplen. Bising sikit, komplen.
3. Reaksi salah. Orang potong kereta pun beri reaksi melompat dan merempan. Tak ada reaksi positif. Sentiasa salah dan negatif.
4. S**a lambat-lambatkan kerja. Asal boleh tangguh, tangguh.
5. S**a perkara tak ada faedah kepada diri di media sosial. Mengambil semua benda sebagai bahan bacaan. Tak pilih betul-betul mana value sebenar.
6. Nak kredit. Buat apa-apa nak dipandang. Nak orang tahu. Nak dipuji dan nak orang berterima kasih. Tak dapat, merempan.
7. Memandang orang lebih kaya, lebih berusaha, lebih positif sebagai musuh dan jahat. Sentiasa ada pandangan tak elok kepada mereka yang lebih.
8. Tak peduli dengan bau badan, lantakkan dengan bau mulut. Tak peduli orang kiri kanan waima pergi solat jumaat pun tak kisah dengan baju berbau bagai. Tak hormat diri sendiri, takkan berjaya. Semua orang berjaya adalah sangat wangi!
9. Tak alert dengan keluarga sendiri. Sentiasa diri sendiri aja. Anak menangis, isteri kepenatan / suami kepenatan, semua tak peduli. Asal diri sendiri ok, itu ok. Bahaya!
10. Peduli dengan hal-hal remeh. Masuk kepala dan fikir bukan-bukan. Orang tegur sikit, terus fikir sampai seminggu. Kena nasihat sikit, dianggap serangan peribadi.
Credit KHM