Pemuda Parit Buntar

Pemuda Parit Buntar DEWAN PEMUDA PAS PARIT BUNTAR Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar, Perak, Malaysia

28/08/2026

Kali ni kasi jadi geng 🔥

Untuk perincian tempahan boleh rujuk di ruangan komen ⤵️

28/08/2026

Jom semua. Minum petang dan mendengar amanat daripada pimpinan.

Kami Pemuda PAS Parit Buntar menyaksikan sendiri bagaimana kerja kerasnya arwah cikdin berkhidmat untuk parti dan YB Hak...
07/08/2026

Kami Pemuda PAS Parit Buntar menyaksikan sendiri bagaimana kerja kerasnya arwah cikdin berkhidmat untuk parti dan YB Hakimi Hamzi .

Boleh dikatakan seluruh hidupnya bergelumang dengan bekerja untuk parti.

Seluruh pelusuk Parit Buntar arwah bawak YB Hakimi. Masa lapangnya dihabiskan di Markas PAS T**i Serong. Idea dan tenaga dicurahkan sepenuhnya untuk Pasti Parit Buntar.

Pemergian yang dicemburui pada hari Jumaat yang mulia ini, semoga Allah tempatkan beliau bersama orang orang yang beriman.

Perginya seorang Amilin dan Pejuang 😔😔😔
Zainudin Osman

29/07/2026
25/07/2026

Melayu PH ni hangpa tau dak serangan terhadap MB Sanusi hanya meningkat populariti beliau yang dah sedia popular. Benda clear kot, mudah sangat nak faham apa yang disampaikan oleh MB Sanusi tu.

Hangpa dok ikut rentak DAP tu pasaipa? Serangan hangpa tu hanya menampakan siapa barua yang sebenarnya.

18/07/2026

Banyak benda kami muhasabah semalam bila sebut bab syarat² kemenangan.

Ada jugak kawan pesan, "menang kalah ni urusan Allah, kerja kita kat cawangan dan kawasan ni jangan tinggal"

Sorang lagi kawan pesan, "kalau kita buat kerja betul², kena cara yang betul, bersatu hati insyaAllah Allah takkan sia siakan kita"

Ni semalam usrah pemuda bersama cawangan Batu Lima kat PASTI Hidayah. Untuk pengetahuan semua jugak PASTI Hidayah ni baru siap renovate dan masih memerlukan beberapa kelengkapan seperti aircond, televisyen, almari dan kerusi meja.

Kalau ada yang nak menyumbang boleh rujuk info di ruangan komen nanti.

🤝🏼🤝🏼🤝🏼
18/07/2026

🤝🏼🤝🏼🤝🏼

03/07/2026

Kita menubuhkan PAS pada tahun 1951. Dalam pilihan raya pertama sebelum kemerdekaan pada tahun 1955, kita memenangi satu kerusi Parlimen di Krian.

Sejak hari itu hingga ke saat ini, kita tidak pernah berundur daripada medan perjuangan. Parti lawan silih berganti. Ada yang datang dan pergi. Ada yang hanya mula bekerja apabila pilihan raya semakin hampir. Biarkan mereka dengan cara mereka.

Yang penting, kita tahu mengapa kita berjuang.

Perjuangan ini bukan sekadar mencari kemenangan politik. Kita memikul amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Setiap usaha, setiap pengorbanan dan setiap kebaikan yang kita lakukan adalah sebahagian daripada bekalan kita untuk bertemu dengan-Nya.

Sebab itu, kemenangan tidak datang hanya dengan semangat yang berkobar-kobar.

Kemenangan memerlukan strategi yang jelas, disiplin yang tinggi, pengorbanan yang berterusan dan gerak kerja yang konsisten.

Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat akan mengeluarkan arahan. Arahan itu akan disusun daripada peringkat pusat, negeri, kawasan sehinggalah ke cawangan. Walau sesukar mana sekalipun untuk dilaksanakan, laksanakanlah dengan penuh amanah. Yakinlah bahawa setiap arahan telah disusun dengan teliti supaya seluruh jentera bergerak dalam satu saf, satu haluan dan satu matlamat.

Akhirnya, setelah kita merancang, berusaha dan berkorban sedaya upaya, kita berserah kepada Allah SWT. Apa pun pendekatan parti lain, itu urusan mereka. Yang penting, kita melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Marilah kita melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan. Pertahankan apa yang telah kita bina. Perkukuhkan apa yang masih lemah. Yang kuat, bantulah yang lemah.

Insha-Allah, jika kita terus bersatu, berdisiplin dan istiqamah dalam perjuangan, kita bukan sahaja mampu mencapai kemenangan, bahkan memperoleh keredaan Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kekuatan, keikhlasan dan kemenangan yang diberkati.

**Penulisan asli daripada : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

19/06/2026

Address

Jalan Keli
Parit Buntar
34200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Parit Buntar:

Shortcuts

Share