Jabatan Amal Parit Buntar

Jabatan Amal Parit Buntar Jabatan Amal Malaysia Kawasan Parit Buntar. Badan sukarelawan beruniform kebajikan dan penyelamatan.

[AYUHAK BUKAHAN SABARATAAN: Fun Run 5km]Jabatan Amal Malaysia Kawasan Parit Buntar telah menjayakan penugasan khas sempe...
29/08/2026

[AYUHAK BUKAHAN SABARATAAN: Fun Run 5km]

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Parit Buntar telah menjayakan penugasan khas sempena acara Ayuhak Bukahan Sabarataan: Fun Run 5km yang berlangsung di perkarangan Rumah Angah Idah, Parit Tok Ngah Darat pada 2 Ogos 2026.

Bermula seawal jam 6.30 pagi, keanggotaan digerakkan sepenuhnya bagi memantau laluan larian, mengawal alir aliran trafik serta memastikan susunan parkir kenderaan kekal teratur sepanjang program.

Fokus utama pasukan juga tertumpu pada aspek perkhidmatan medik dan keselamatan peserta sepanjang pemanduan larian 5KM tersebut. Berkat kerjasama padu anggota dan peserta, tiada sebarang kecederaan atau insiden kecemasan dilaporkan.

Penugasan rasmi tamat sepenuhnya pada jam 10.30 pagi menyusuli penyempurnaan majlis cabutan bertuah dan penyerahan sumbangan kotak makanan kepada golongan asnaf tempatan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar, YB Ustaz Misbahul Munir dan YB Ustaz Hakimi Hamzi atas kepercayaan yang diberikan serta seluruh masyarakat tempatan yang memberikan kerjasama penuh sepanjang program berlangsung. Jabatan Amal Malaysia Kawasan Parit Buntar sentiasa berikhtiar memberikan khidmat yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Jabatan Amal Malaysia
Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
Pemuda PAS Malaysia
Pemuda PAS Perak
Pemuda Parit Buntar
Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar
Ustaz Misbahul Munir
Hakimi Hamzi





Sollu alan nabi Muhammad   اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
25/08/2026

Sollu alan nabi Muhammad

اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد



SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Bukan sekadar memperingati kelahiran insan agung, tetapi menghidupkan sunnah dalam setiap langkah perjuangan.

Rasulullah SAW mengajar erti kasih sayang, pengorbanan dan khidmat kepada ummah.
Semoga Maulidur Rasul kali ini menyuntik kekuatan untuk terus berkhidmat, berbakti dan beramal kerana Allah, demi agama, bangsa dan tanah air.

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

(33: 21)

KETUA PENGARAH
JABATAN AMAL MALAYSIA

08/08/2026

[BELASUNGKAWA BUAT TUAN ZAINUDDIN OSMAN (CIK DIN / DIN AMAL)]

"BERMALAM DI MEDAN TUGAS, BERPELUH DEMI KHIDMAT, PULANG KE RAHMATULLAH PADA HARI YANG MULIA."

Jabatan Amal Malaysia (JAM) Parit Buntar menangisi sebuah kehilangan yang amat besar. Seorang tokoh, pimpinan, dan abang yang sangat kita sayangi, Tuan Zainuddin Osman atau lebih mesra dan teguh dalam ingatan kita dengan panggilan Cik Din/Din Amal telah kembali menemui Penciptanya pada hari Jumaat yang penuh barakah.

Sebagai mantan Komandan JAM Parit Buntar yang memegang amanah tersebut dalam tempoh yang cukup lama, almarhum bukan sekadar seorang ketua, beliau adalah nadi dan tiang seri kepada pergerakan Semut Merah di bumi Parit Buntar ini.

🕊️ Jasamu Dikenang, Perjuanganmu Diteruskan

Bagi kami warga Jabatan Amal Parit Buntar, nama Cik Din adalah sinonim dengan kesetiaan, kerja keras, dan sifat tidak kenal erti penat.

- Di Medan Khidmat: Walaupun tempoh kepimpinannya sebagai Komandan telah berlalu, susuk tubuhnya tidak pernah surut dari medan tugasan. Di mana ada program, di situ ada Cik Din. Beliau tetap berdiri di saf hadapan membantu operasi, mengurus logistik dan membimbing anggota-anggota baru tanpa sedikit pun rasa canggung.

- Di Markas & Komuniti: Seluruh pelusuk Parit Buntar menjadi saksi ayunan langkahnya membawa pimpinan terutamanya YB Hakimi Hamzi berkhidmat untuk rakyat. Masa lapangnya dihabiskan di Markas PAS T**i Serong manakala idea serta kudratnya sentiasa dicurahkan tanpa henti buat kemajuan PASTI Parit Buntar. Dedikasi Cik Din adalah takrifan sebenar slogan kita: "Beramal Kerana Allah". Seluruh hidupnya benar-benar bergelumang dengan kerja parti dan khidmat kepada masyarakat.

💔 Perginya Seorang Amilin & Pejuang Sejati

Pemergian almarhum pada hari Jumaat yang mulia ini adalah sebuah pemergian yang dicemburui. Rehatlah, Cik Din. Seragam Amal yang pernah engkau sarung dengan penuh kebanggaan kini menjadi saksi bisu atas segala keringat dan pengorbananmu di dunia.

Seluruh barisan kepimpinan, komandan dan anggota Jabatan Amal Malaysia Parit Buntar mendoakan agar roh Almarhum Tuan Zainuddin Osman diampuni segala dosanya, diterima segala amal kebaikannya, dan ditempatkan di tempat yang tertinggi dalam kalangan para shuhada’ serta orang-orang yang beriman.

"Selamat jalan Komandan. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bakti, dan kasih sayang yang dicurahkan buat kami warga Amal. Panji perjuangan ini akan terus kami kibarkan."

Al-Fatihah.





Ustaz Misbahul Munir
Hakimi Hamzi
Jabatan Amal Malaysia
Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
Pemuda PAS Malaysia
Pemuda PAS Perak
Pemuda Parit Buntar
PAS Parit Buntar
Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar
Pasti Parit Buntar

Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'nSemoga Allah menempatkan Tuan Zainuddin Osman (Din Amal) bersama orang-orang yang beri...
07/08/2026

Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n

Semoga Allah menempatkan Tuan Zainuddin Osman (Din Amal) bersama orang-orang yang beriman. Kami menjadi saksi atas segala pengorbanannya dalam perjuangan bersama jemaah PAS dan Jabatan Amal Malaysia terutamanya semasa beliau sebagai Komandan JAM Kawasan Parit Buntar sebelum ini. Semoga Allah menerima segala pengorbanannya dan menjadikan asbab untuknya masuk ke dalam syurga.

Al-Fatihah


Untuk makluman pegawai saya Zainudin Osman telah kembali ke rahmatullah hari ini.

[KAWALAN KESELAMATAN & TRAFIK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN PARIT BUNTAR]Alhamdulillah, sepasukan anggota daripada...
08/07/2026

[KAWALAN KESELAMATAN & TRAFIK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN PARIT BUNTAR]

Alhamdulillah, sepasukan anggota daripada Jabatan Amal Malaysia Parit Buntar telah dikerahkan bagi menyempurnakan tugasan kawalan keselamatan dan kelancaran trafik sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Parit Buntar.

Program yang berlangsung pada hari Sabtu, 4 Julai 2026, bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari itu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussain, T**i Serong. Berseragam lengkap dengan Uniform Amal, seramai 7 orang anggota telah memberikan komitmen yang penuh sepanjang program berlangsung bagi memastikan setiap atur cara berjalan dengan tertib dan lancar.

Berkat disiplin dan kerjasama erat semua yang terlibat, keadaan lalu lintas serta pengurusan parkir di sekitar kawasan markas dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat baik, selamat dan terkawal dari awal majlis sehinggalah ia selesai sepenuhnya. Kecekapan kawalan ini amat membantu dalam menguruskan pergerakan kehadiran sekitar 200 orang hadirin yang terdiri daripada barisan perwakilan, pemerhati serta para jemputan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan tugasan ini. Semoga segala sumbangan dan bakti yang dicurahkan ini dinilai sebagai amal soleh yang diberkati di sisi-Nya.

Insya-Allah.









Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
Jabatan Amal Malaysia
Pemuda Parit Buntar
Pemuda PAS Perak
Pemuda PAS Malaysia
Hakimi Hamzi
Ustaz Misbahul Munir
Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته🟩⬛KELAS KOKURIKULUM KADET AMAL SRI AL-HASANAH BIL 3/2026🟩⬛Alhamdulillah, selesai satu lag...
08/07/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

🟩⬛KELAS KOKURIKULUM KADET AMAL SRI AL-HASANAH BIL 3/2026🟩⬛

Alhamdulillah, selesai satu lagi sesi perkongsian ilmu dan pemantapan disiplin bersama anak-anak Kadet Amal Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hasanah, T**i Serong

Melalui bimbingan fizikal dan mental, latihan asas kawad kaki kali ini berjalan dengan lancar dan penuh disiplin.

📅 Tarikh: 3 Julai 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 3.30 Petang
📍 Tempat: Dataran SRI Al-Hasanah
📚 Pengisian: Asas Kawad Kaki

Kehadiran:
👥 42 Anggota Kadet Amal SRI Al-Hasanah
👨‍🏫 2 Jurulatih Jabatan Amal Malaysia Parit Buntar
👩‍🏫 2 Guru Pembimbing Kadet Amal SRI Al-Hasanah

Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, guru-guru, dan para jurulatih yang sentiasa komited dalam membentuk jati diri anak muda. Semoga ilmu yang dicurahkan memberi manfaat yang berpanjangan.




SRI Al- Hasanah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
Jabatan Amal Malaysia
Pemuda Parit Buntar
Pemuda PAS Perak
Pemuda PAS Malaysia
Hakimi Hamzi
Ustaz Misbahul Munir
Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar

[LENSA JABATAN AMAL MALAYSIA PARIT BUNTAR]Sekitar penugasan anggota Jabatan Amal Malaysia Parit Buntar ketika Misi Hijau...
08/07/2026

[LENSA JABATAN AMAL MALAYSIA PARIT BUNTAR]

Sekitar penugasan anggota Jabatan Amal Malaysia Parit Buntar ketika Misi Hijaukan Pekan T**i Serong pada 2 Julai 2026. Tugasan memasang bendera PAS bersempena dengan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Parit Buntar bagi menghidupkan suasana muktamar untuk menaikkan semangat para perwakilan dan hadirin yang akan hadir. Para petugas diminta memakai vest pemantul cahaya bagi memastikan keselamatan semasa operasi dijalankan dengan kelengkapan yang mencukupi. Operasi tamat pada jam 11.30 malam.




Ustaz Misbahul Munir
Hakimi Hamzi
Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar
Jabatan Amal Malaysia
Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
Pemuda PAS Malaysia
Pemuda PAS Perak
Pemuda Parit Buntar

[AIDILADHA 1447H]Salam Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat.فصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ"Oleh itu, kerjakanlah sem...
26/05/2026

[AIDILADHA 1447H]

Salam Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat.

فصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." (Surah Al-Kautsar:2)

Hari raya kali ini, jom kita kembali merenung dan mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan puteranya Nabi Ismail A.S. Mari kita tingkatkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T dan mendekatkan diri kepada-Nya melalui ibadah korban.

“MOH KORBAN, MOH BERAMAL!”

Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
Jabatan Amal Malaysia
Pemuda Parit Buntar
Pemuda PAS Perak
Pemuda PAS Malaysia
Ustaz Misbahul Munir
Hakimi Hamzi
Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar


[SELAMAT HARI GURU: GURU BITARA NADI NEGARA]Guru bukan sekadar pemberi ilmu, tetapi lilin yang membakar diri demi menera...
16/05/2026

[SELAMAT HARI GURU: GURU BITARA NADI NEGARA]

Guru bukan sekadar pemberi ilmu, tetapi lilin yang membakar diri demi menerangi masa depan anak bangsa. Dari bilik darjah hingga ke lapangan amal, jasa guru tetap utuh terpahat di hati.

Terima kasih atas segala bimbingan, kesabaran, dan kasih sayang dalam membentuk peribadi kami. Semoga Allah memberkati setiap titis keringat dan ilmu yang dicurahkan.

Ikhlas daripada:
Warga Jabatan Amal Malaysia Parit Buntar B

Jabatan Amal Malaysia
Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak
Pemuda PAS Malaysia
Pemuda PAS Perak
Pemuda Parit Buntar
Ustaz Misbahul Munir
Hakimi Hamzi
Pusat Khidmat Masyarakat Parit Buntar
SRI Al- Hasanah

إنا لله و إنا إليه راجعون...اللهم اغفر له و ارحمه
11/05/2026

إنا لله و إنا إليه راجعون...
اللهم اغفر له و ارحمه


RAYUAN SUMBANGAN KEMATIAN AHLI

Dengan penuh dukacita, Jabatan Amal Malaysia Perak menerima khabar pemergian Allahyarham Sdr. Zakry Ariff pada sekitar jam 11.30 malam, 10 Mei 2026 setelah mengalami komplikasi paru-paru berair.

Sehubungan itu, sumbangan ihsan daripada para dermawan amatlah dirayu bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga Allahyarham. Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun Jabatan Amal Malaysia Perak seperti yang tertera.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan doa agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Address

Markas PAS T**i Serong, Jalan Tanjung Piandang
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60195452371

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share